Baru kejap tadi, mak aku telefon hp aku. Aku kalau mak aku call mengejut macam ni, aku dah rasa lain macam je, either bad news atau good news.
Mak aku beritahu, Anur dapat posting Melaka untuk houseman dia. Alhamdulillah!
Kan aku cakap, doa mak lebih makbul?
Aku tahu, setiap saat mak aku berdoa agar dak Anur ditempatkan di Melaka, supaya dekat dengan mak dan adik beradik lepas belajar ni.
Aku pun faham, orang tua ni kalau dah makin lama, dia nak anak-anak dia dekat dan selalu depan mata dia, sebab masa belajar, masing-masing duduk jauh merantau negeri orang.
Sama la macam kes aku hari tu, masa gi lapor diri kat Putrajaya. Aku berdoa punya la banyak kali, tak terkira. Minta dengan Allah harap-haraplah dapat bekerja di negeri sendiri. Campak mana pun tak kisah la, asalkan dalam Melaka. Bukan pentingkan diri sendiri, tapi aku fikirkan mak duduk sorang kat rumah tak berteman. Kalau sihat walafiat, aku tak kisah sangat nak tinggal-tinggalkan mak tu, tapi kesihatan mak aku tak menentu. Biar sakit pening dia depan mata aku. Aku tak nak terkilan dan menyesal tak sudah kalau mak pergi tanpa aku sempat cium dia. *mata aku dah bergenang ni.....hmm...*
Tapi, terbukti doa seorang mak tu makbul. Allah lebih dengar doa seorang mak yang meminta kebaikan untuk masa depan anak dia.
Ha....Adik aku dah duduk Melaka ni, happy sikit la mak ngan aku. Ade gak kawan aku nak ajak bertekak....kalau dengan adik beradik yang dah berumahtangga ni, payah sikit. Dah makin renggang. Sementara Adik aku tak kawin lagi ni la, aku masih ade peluang nak lenjan dia cukup-cukup. Kan Anur? Muahahahaha......
Apa-apa pun, aku nak ucapkan Tahniah kat adik aku sebab jadi satu-satunyer doktor dalam famili aku. Kebanggaan mak ngan abah aku nih.
p/s: Pssst...Anur, pasni ko boleh la jadi sumber sijil MC aku erk?? kui kui kui
nak mc bleh... :P
ReplyDeleteskyrel tu ialah..
ReplyDeleteEn. Sukhairil bin Sulaiman
Penolong Pewawai Teknologi Maklumat(F29)-BPTM
kalu ada boleh bg tak?
kalu xde takpelah,abaikan je..tq
boleh2..apa lak x boleh...tp saya bagi ext number dia jer la...no hp, mintak sendiri...hehehe 06-2307 264 !
ReplyDeletehehu....bgsnyer kakak...selama 2 thn aku tak lyak memberi sebrg MC..ada paham.bukan bidang kuaSA aku..
ReplyDelete