Aku rasa dah hampir setahun aku tak dail no. hp dia. No. hp dia pun aku dah lama buang. Aku nak lupakan apa yang pernah berlaku antara dia dan aku. Tapi sekali sekala timbul rasa menyesal aku buang terus no. hp dia dari hp aku tu. Mungkin sebab rindu?
Sabtu lalu, lepas tengok midnite kat tv3, aku dah baring-baring sambil melayan mata nak tidur. Dah hampir pukul 3 pagi. Belek-belek phonelist, aku tergerak hati nak tengok senarai no hp yang aku simpan dalam simkad aku. Aku scroll. Tiba-tiba terjumpa no. hp dia. Alhamdulillah, masih tersimpan rapi dalam hp aku. Hati aku berbelah bagi sama ada nak try misscall atau tidak. Aku tak ada niat nak bercakap dengan dia. Cuma nak pastikan sama ada no tu masih wujud atau tidak. Kalau tak wujud lagi, aku delete terus dari simkad aku la. Tak ada kompromi lagi.
Bila aku call, terdengar bunyi deringan tanda masih aktif no. dia. Aku terus cancel call. Hati aku berdebar-debar. Jangan-jangan dia ingat aku masih teringat kat dia. Agghh....sudah!
Tak sampai seminit, no dia muncul kat skrin hp aku. Dia call balik!
Aku terkejut. Nak jawap atau tak? Aku tak pasti sama ada aku perlu jawap atau terus membiarkan hp aku tu berdering? Kalau aku tak jawap, nampak sangat aku kejam. Arghh...lantak la...aku tak pedulik apa yang dia fikir pasal aku lagi.
Aku sambut panggilan dia akhirnya. Bukan tanda aku kalah, tp hati aku meronta nak dengar suara dia. Suara dia tetap sama. Nada pun sama macam dulu. Aku jawap sepatah tiap kali dia melontarkan pertanyaan. Sampai dia tegur...."tak perlulah cakap formal sangat dengan saya".
Tak sampai 2-3 minit berbual, aku putuskan panggilan dia. Begitu sahaja. Aku tak pasti sama ada dia kecil hati dengan tindakan aku atau tidak. Aku tak nak ambik tahu.
Lepas tu, aku hantar mesej kat dia.
" Saya minta maaf, saya rasa tak sepatutnya saya call no awak td dari awal"
Dan dia tak call-call aku lagi untuk hari-hari seterusnya sehinggalah subuh tadi.
Aku tak perasan ada missed call. Dah sampai tempat kerja, aku baru perasan aku no. hp dia di skrin hp aku. Pukul 5.05 pagi.
Saya benci awak, tapi saya rindu awak.
siapakh dia itu..menyibuknya aku.. hehe
ReplyDeletetindakan yg sma bila sy amat merindui dia..tp dia buat x reti..langsung x call sy..huhu
z|Ha_J;
ReplyDeletedia adalah seseorang dari masa silam saya.
cuba melupakan dia tapi hati tidak mahu terima kenyataan hidup sememangnya harus begini.....
cik ida....
ReplyDeletefeeling lovey dovey ya...
hehe..
btw here's my new blog.
the link: http://yamnewbeginning.blogspot.com/
sila tukar ya