Sabtu lepas, ke Felda Bukit Senggeh sebab menghadiri kenduri kawin sedara mak. Guna jalan pintas melalui kampus utama UTEM. Tengok bangunan universiti, tetiba rindu pulak nak sambung belajar. Zaman belajar kat U dan Matrik dululah yang paling aku rindu. Zaman mengenal erti persahabatan, suka duka kehidupan dan zaman merasai benda baru. Nak sambung ijazah, tapi kewangan lak tak stabil lagi. Dapat sambung kat UTEM pun ok juga, buat part-time sabtu dan ahad. Ntah la.....mak dah sound awal-awal, kalau nak sambung belajar lepas ni guna duit sendiri. Tak boleh nak harap duit mak lagi sebab tanggungjawab mak memberi pendidikan dah habis. InsyaAllah, kalau dah niat benda baik, Allah akan permudahkan jalan bagi hamba-Nya. Kan?
On the way balik dari Felda Bukit Senggeh tu, singgah sebentar kat kedai buah-buahan. Ternampak iklan buah-buahan ni. Owh...nama lain bagi buah naga ialah pitaya ye? Baru aku tahu.
Ahad lak, aku konvoi ngan Mak Lang aku gi kenduri kawin sedara kat Petaling Jaya. First time dak Abang (kereta MyVi aku ler) naik KL. Minggu lepas dah berjalan ke Johor. Haa...skang naik KL lak...harap-harap ada rezeki bawak dak Abang gi Pantai Timur lak.....Amin! Kebetulan kawasan perumahan Pakcik Manap (sedara aku) tu dekat dengan kawasan runtuhan pasaraya Jaya Supermarket di Seksyen 14. Kalau ikutkan, memang dekat la kalau ikut jalan sebelah pasaraya tu, tapi since diorunk masih dok kemaskan kawasan tu, jalan tu ditutup. So, kena pusing balik dan masuk ikut depan restoren McD. Sempat gak la snap gambar bangunan tu.
Ni suasana kat tol Sungai Besi area kul 4 petang. Kenderaan nak ke arah selatan banyak, nak balik ke Pusat Bandar pun banyak! Aku pemandu berhemah ok, tak de nyer nak potong-potong queue orang lain. Ko nak potong, pooootttoooonnnggg la. Aku tak kisah. Tapi kalau ko eksiden kat depan tu kang, aku berenti pastu aku gelak kan ko sampai ko mati. Adil tak?
NAK SAMBUNG BELAJAR EH?
ReplyDeleteADA BUDGET RANGSANGAN EKONOMI UNTUK SAMBUNG BELAJAR...
CUBA KE SINI https://online2.mohe.gov.my/pppi/
tapi tak silap yg ini full time rasanya