08 June 2009

Letih


Ade tak orang yang dengar apa kata hati aku tengah menjerit dan merintih?
Tak ade kan?

Semua benda aku nak tanggung sendiri.
Semua orang punya hati aku nak jaga.
Semua orang punya perasaan aku nak ambik berat.
Tapi hati aku?
Ada orang lain pedulik?

Aku dah penat nak jaga hati semua orang, dah penat nak jaga perasaan orang lain supaya tak terguris.
Dah penat dan terlalu letih.
Sampai aku dah tak ada 'rasa' lagi dalam diri aku ni.
Aku hilang semangat nak hadapi karenah semua orang.
Sampaikan aku pernah menangis teresak-esak seorang diri semasa memandu.
Merintih pada diri sendiri.
Itu adalah tahap aku dah tak boleh tanggung lagi beban dalam diri aku.

Dulu, aku memang jenis cepat memberontak.
Bukan kehendak aku? Aku akan suarakan.
Tak peduli sama ada orang terima atau tidak.

Tapi bila makin dewasa, aku cuba tinggalkan sikap tu.
Aku cuba kawal dan terima jalur kehidupan aku, sama ada baik atau tidak.
Tak semua benda aku boleh kongsi dengan orang lain.
Kadangkala bila aku nak luahkan pada seseorang, ia tersekat dikerongkong.
Sukar nak luahkan bila aku rasa orang itu tak akan faham apa yang aku rasa.
Akhirnya aku telan semula semuanya.

Kalaulah orang tahu apa perasaan aku sekarang.
Tentu airmata aku tak mengalir lagi bersama pedih hati ini.

I wish i am somebody else...

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)