8 Disember 2014.
Balik dari SDSI, masing-masing memang dah terlepek keletihan. Owh, mertua tidur semalam di rumah arwah mak. Memang masa ajak pergi SDSI tu, memang suruh tidur sini sebab faham masing-masing letih, suami pun keletihan takkan nak suruh ulang alik ke Seremban - Melaka - Seremban - Melaka hantar mak ayahnya balik.
Dekat pukul 6.00 tanya mertua, nak makan malam apa? Ikan bakar di Duyong ke atau makan Yong Tau Foo Pantai Puteri? Mertua kata nak makan yong tau foo. So, aku dan suami on je pergi makan yong tau foo di Pantai Puteri. Lepas Maghrib, teus bergerak ke sana. Alhamdulillah, masa sampai memang tak banyak orang lagi. Selang beberapa minit, berderu orang sampai sehingga ada yang terpaksa berdiri tunggu meja kosong. Phew...nasib baik tau!
Sengaja order yong tau foo sahaja, sebab dah ada pengalaman order macam-macam makanan sampai tak habis makan. Saja hold dari order mee goreng mamak atau nasi goreng, nak tengok kenyang ke tak makan yong tau foo semata. Otak-otak pun makan sebatang dua je. Memang kenyang giler menghadap yong tau foo ramai-ramai.
P/s: Mertua nak datang tidur semalam kat rumah, dari dua minggu lepas dok mengemas rumah. Huhuhu....
pernah makan kat sini..best
ReplyDeleteBest kan? Dia ada lagi satu cawangan kat area Pulau Gadong kalau tak silap, dalam shoplot. Tapi yang di Pantai Puteri ni kire paling dekat dengan rumah Yani. Yang uniknya, harga dia tulis kat kertas yang diletakkan bawah mangkuk besar sup tu, so lepas makan baru dapat tengok berapa harga yong tau foo yang kita makan.
Delete