23 March 2016

Warong Mak Senah


23 Mac 2016.

Dekat seminggu makan tengahari dengan suami kat kedai makan ni. Haram tak tahu nama kedai. Selalu masa taip mesej whatsapp kat suami, bila dia tanya makan mana....aku balas "tmpt sama, kedai makan area IPK Melaka" tu.

Start dari minggu cuti sekolah tu, kami berdua dah tak jejak kaki kat Mydin lagi dah, penuh je foodcourt dengan orang ramai. Hari Isnin tu je la, kami dok rasmikan makan tengahari kat Subway baru buka dalam Mydin Ayer Keroh tu sebab mengejarkan masa rehat yang singkat. Bermula hari Selasa dok ligat fikir nak makan mana, tu teringat nak cuba makan kat kedai makan ni pulak.

So far alhamdulillah lauk sedap dan banyak pilihan; paling penting murah!
Huhuhu, makan nasi campur untuk dua orang, air manis satu dan air suam satu, range harga RM10-13. Oklah tu kan? Kalau kat foodcourt Mydin, jangan harap dapat harga macam ni. Lauk aku makan seorang pun dah cecah RM9, tanpa nasi dan tak campur air botol mineral tau. Hoh! Campur dengan makanan suami, dekat RM20-22 juga la sehari.

Whatsapp gambar kedai makan ni kat suami tadi. Lepas ni kalau tanya nak lunch kat mana.....cakap je " Jom gi Mak Senah?!" Hehehe.....

6 comments:

  1. murah tu..
    kat opis akk ni, tu ari akk nampak sorang tu kena smpai RM12. akk plak yg tanjat.. kesian plak tgk akk tu. 12hengget tu boleh makan 2 orang tu.. mencekik btol harga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ridiculous la harga kat kedai makan skrg ni, KekDa!
      Yang tak puas hati tu, masa Yani skip makan nasi 2 bulan tu, ambik menu lauk + sayur je....harga dah dekat RM10. Separuh pinggan penuh dengan sayur, ayam seketul. Melampau naw rasanya. Ingatkan tak ambik nasi, dpt la murah sikit. Sama jeeee...baik Yani makan nasi je kalau mcm tu punye harga.

      Delete
  2. OMG... rate KLCC tu kalo harga deat rm10...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu....bila kena bayar mcm tu, nak telan lauk pun rasa macam pasir tau ST. Ngadu kat suami pasal harga, dia pun geleng kepala....
      Nasib baik kedai makan Mak Senah ni banyak lauk favourite suami, so dia ok je seminggu berulang alik kedai makan yang sama =)

      Delete
  3. macam menarik kalau ada masa ke Melaka boleh try singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je Ros, lauk tengahari lauk kampung. Ade juga goreng2 dan mee rebus. Yani pun nanti nak try mee rebus kat situ.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)