22 September 2014

Kemaruk Asam Pedas Telur Ikan Tanjung Emas Muar


22 September 2014.

Dua kali ulang makan kat Muar kurang dalam sebulan. Tak kemaruk ke namanyer tu?
Kali pertama masa 31 Ogos 2014 aritu, masa cuti kemerdekaan. 

Sebenarnya dah lama cari telur ikan, sebelum arwah mak meninggal lagi. Arwah mak dulu pun cari telur ikan kat pasar selalu tak jumpa. Lepas tu blogwalking kat blog sapantah, ternampak entri pasal makan asam pedas telur ikan kat Muar. Macam biasa la, aku google sana sini, kumpul info baru inform kat suami nak pergi makan kat Tanjung Emas, Muar.

Pekena sekali mee bandung Muar. Sedap tapi agak manis. Suami pula tak minat makan mee bandung, aku habiskan seorang. Masa ni belum start balik diet, hehe~


Memang puas hati la makan kat sini, alhamdulillah jumpa kedai yang betul. Kedai no. 8 di Medan Selera Tanjung Emas Muar. Walaupun pada aku, aku lebih suka asam pedas yang pedas dan masam, disebabkan asam pedas Muar ni ada telur ikan, kira ok la jugak.

Sebelum balik, jalan-jalan kejap kat sekitar Jeti Tanjung Emas, bergambar lepas tu singgah solat kat Masjid Jamek Sultan Ibrahim (Masjid Biru).


Semalam (21 September 2014) turun Muar lagi sekali, nak makan asam pedas telur ikan. Yang bagusnya, datang awal sedikit dari pukul 1.00 tengahari. Macam kitaorunk, bergerak dari rumah dalam pukul 11 lebih, sampai kat pekan Muar ngam-ngam pukul 12.40 tengahari. Order makanan dan minuman dan cari tempat duduk.

Tak sampai beberapa minit, dah ramai yang datang serbu makan kat kedai ni. Nasib baik datang awal sedikit, kalau tak memang kena beratur dan kena tunggu orang lain habis makan baru dapat duduk. Yang bestnyer, semalam siap bungkus asam pedas telur ikan untuk bawa balik. 

 Belanja gambar tuan blog dan suami

Asam pedas telur ikan yang awesome! Masuk siap-siap dalam bekas tupperware, tengahari panaskan balik dalam microwave di pantry pejabat. Hari ni ulang makan asam pedas telur ikan lagi...nyum nyum!

6 comments:

  1. Wah...ni betul2 mengidam ni kan...SA sebulan sekali mesti pi Muar tp x pnh lg mkn kat area tanjung emas tuh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time turun Muar singgah la kat situ pekena mee bandung dan asam pedas...hehe~

      Delete
  2. Replies
    1. Memang sedap pun ST, sampai berulang datang walaupun jauh ( 1 jam je pun..huhu)....nasib baik suami pun layan makan telur ikan, bila ajak je dia 'on' je....

      Delete
  3. Replies
    1. Huhuhu...tak tahu la bila lagi next time turun muar.....masih mengidam lagi ni....hehehe

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)