24 Julai 2014.
Perancangan spontan.
Lagipun tak puas iftar haritu dengan kawan-kawan sepejabat, protokol sangat dan rasa terkongkong.
Jadi ada yang ajak iftar sekali lagi semalam (23 Julai 2014), kali ni lebih santai. Konsep kami-kami je.
Pilih iftar bersama di Hotel Bayview Melaka - ada promosi buffet Ramadhan ala Selera Kampung. Harga pun ok dengan kualiti dan kuantiti makanan yang dihidangkan. Aku dan suami sampai awal di Hotel Bayview Melaka sebab bersiap dari pejabat je, tak balik rumah dulu. Jauh kot nak patah balik dari rumah ke bandar Melaka lagi....6.30 petang dah sampai lobi hotel menunggu yang lain. Naik ke Aras 4, tengok The Palette Cafe Bayview masih lenggang tak ramai orang, kami berdua ambil peluang cuci mata tengok apa hidangan yang ada, lepas tu kami ambil makanan.
Nasib baik sampai awal sedikit, dapat ambil gambar juadah dengan selesa sebab selang beberapa minit orang dah mula ramai sampai dan terpaksa beratur nak ambil makanan.
Bahagian kuih muih, buah-buahan, manisan dan ABC
Di bahagian luar cafe, tepi kolam ada diletakkan bahagian satay ayam dan daging serta daging kambing golek, cuma daging kambing golek dah siap-siap dipotong-potong kecil. Kuah kambing golek sedap juga. Tepi pintu nak ke kolam renang, ada bahagian kerabu 1 Malaysia, kuih muih, rojak buah dan rojak kuih.
Ada ruang untuk salad segar, manisan puding dan pelbagai sambal. Kuah rojak buah dia sedap, kacang tumbuk pun kasar-kasar, puas hati makan.
Banyak pilihan lauk pauk selera kampung - aku ambil lauk ketam, rendang kambing, sayur campur, keropok papadom, telur asin dan ayam lemon. Iftar kali ni berpeluang juga makan ketam, dari sebelum puasa cari ketam kat pasar, asyik tak dapat je. Kat sini makan ketam puas-puas.
Bahagian menu utama - lauk pauk selera kampung. Antara hidangannya; lauk ketam, rendang ayam kapitan, rendang daging kambing, ayam goreng, kuah dalca, ayam lemon, sayur campur, nasi putih dan nasi beriani serta banyak lagi. Ada juga bahagian bahan mentah steambot, setiap meja ada diletakkan set steambot (dalam pakej), jadi sesiapa yang nak bersteambot, dipersilakan.
Ikutkan, sebelum buat perancangan nak iftar bersama, ada yang plan makan steambot kat Restoren Api-Api, ada juga yang plan makan ikan bakar. Tapi aku macam biasa la, nak cari tempat yang ada nasi. Alhamdulillah kat sini semua ada, nak steambot ada, nak ikan bakar dan seafood pun ada.
Antara yang hadir sama. Sementara mak ayah pergi beratur ambil makanan, aku tolong jaga si Dagu Runcing kat atas tu, umpan dia dengan HP aku sebab tak nak dia menangis. Huhuhu....mula-mula macam tak nak orang, lepas tu dah boleh main flying kiss dengan dia. Geram kat dagu runcing dia!
Aksi-aksi selepas makan, nasib ada yang ingatkan nak ambil gambar. Kalau tak, takde gambar kenangan langsung.
Iftar bersama sebelum Syawal....
Sue, last gi buffet last week... then dh xde dh plan makan kat luar..tapi nak akhir2 puasa ni rasa malas sgt nak masak..tapi kat bazar ramadhan still xde benda menarik nak makan.. huhuhu
ReplyDeleteYani pun start semalam pulun masak semula untuk juadah berbuka kami suami isteri. Mood nak masak makin kelaut tapi sayang plak bahan mentah masih ada dlm fridge, dah lama nanti rasa dah tak sedap. Yani pergi bazar ramadhan 2 kali je kot tu pun kat Seremban. Nasib baik hubby Yani jenis tak kisah masak simple / ulang resepi yang sama... :)
Deleteaduhai ...saya puasa..saya tengok makanan ni ...nyum3....
ReplyDeleteSemua orang tengah puasa skrg ni... takde masalah pun :)
Delete