29 December 2014

Sambal Hitam Pahang : Nasib Baik Sampai!

29 Disember 2014.

Alhamdulillah! Selamat sampai jugak parcel sambal hitam aku ni di pejabat kejap tadi. Nasib baik tak hanyut dek banjir di Pahang nun.

Haritu ada keluar dalam akhbar Kosmo pasal produk-produk tempatan, aku ternampak pasal sambal hitam Pahang keluaran Shikin Delicious. Dah tekak pun memang dah lama teringin nak makan sambal hitam Pahang ni, aritu dok cari di booth Pahang SDSI tak jumpa pula. Isnin minggu lepas pakat-pakat ajak member opis join order sambal hitam Pahang ni. Campur dengan order member-member, aku order 14 bekas sambal hitam, aku punye order je dah 8 bekas (kes nak agih-agih pada adik beradik yang duduk kat Melaka ni).

Nak dijadikan cerita, kebetulan masa tu belah pantai timur dah start banjir, aku boleh terlepas pandang isu tu. Bila dah order, staf Shikin Delicious mesej di FB maklumkan mungkin akan delay delivery sebab laluan nak ke pejabat pos banyak ditutup, berkemungkinan dia akan pos dari Pekan, Pahang. Aku ok je sebab faham kesukaran diorunk nak uruskan banyak benda kat sana, dah la banjir.
 


 Tak sabar nak makan sambal hitam Pahang ni dengan nasi putih panas-panas.....nyum nyum!

6 comments:

  1. wow...sambal hitam nie memang best...selamat menjamu selera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terminat pulak sejak akak yang kawin dengan org Pahang bagi rasa aritu...sedap, baru je rasa tadi masa lunch..

      Delete
  2. byk nya.. hihi.
    selamat makan sambal itam ya..
    akk mmg sentiasa ada stok dalam peti ais.
    mak sedara abg Lan yg buat kan.. beli kat dia je.. hikhik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...banyak order tapi dah ada 'nama' dan bahagian masing-masing. Yani beli dua bekas je untuk rumah sendiri, lagi 6 bekas untuk 3 adik beradik lain yg duduk sama Melaka. Bestnyer KekDa dah ada ready stok....ni nak tunggu kakak yang no.3 buatkan lambat sgt, terpaksa la beli dari org lain dulu....

      Delete
  3. Replies
    1. Oh ye ke? Haah..alhamdulillah sedap dan pedas. Memang kena dengan tekak orang Melaka....member2 opis ada yang tanya bila nak repeat order ni.... ;)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)