26 May 2009

Artikel Menarik Minggu Ini

a) Rancangan 'Bijak Wang' di TV3

Aku ada ikuti satu rancangan baru tentang pengurusan wang pada sabtu petang lepas di TV3. Rancangan berinformasi tajaan Maybank.

Bukan nak membebel, cuma nak kongsi info yang aku rasa berguna untuk rujukan kita semua.

Mengikut info yang diberikan oleh rancangan ini;

Purata Perbelanjaan Bulanan Isi Rumah

Penduduk Bandar : RM2503.00
Penduduk Luar Bandar : RM1209.00

Terjumpa statement di bawah semasa yahoo-ing pasal 'Bijak Wang';

Catch Bijak Wang on TV3, every Saturday 7.00 pm starting May 23, 2009

Beginning tomorrow, Maybank together with TV3 will air Bijak Wang, a special weekly programme on managing personal finances especially in these difficult times.

Tune in to the ‘live' talk-show, an educational financial programme spanning 26 episodes to be aired on TV3 every Saturday at 7.00 pm starting May 23, 2009.

Be a wise spender and avoid the unnecessary worry of financial burden and debts in your life. Watch Bijak Wang!

Bijak Wang is hosted by TV3 journalist Nurin Mastura. The 30 minute episode in Bahasa Malaysia will cover many aspects of financial planning and issues which may affect you.

Bijak Wang, your smart financial planning programme brought to you by Maybank.

Jom tonton setiap sabtu! Aku rasa amat sesuai untuk golongan umur macam kita mempelajari benda-benda pengurusan duit ni.

a) Buang Yang Tidak Buang, Sebenarnya?

Artikel yang menarik dalam laman web Yahoo!.

No such thing as "deleted" on the Internet

It's always fun to write about research that you can actually try out for yourself.

Try this: Take a photo and upload it to Facebook, then after a day or so, note what the URL to the picture is (the actual photo, not the page on which the photo resides), and then delete it. Come back a month later and see if the link works. Chances are: It will.

Facebook isn't alone here. Researchers at Cambridge University (so you know this is legit, people!) have found that nearly half of the social networking sites don't immediately delete pictures when a user requests they be removed. In general, photo-centric websites like Flickr were found to be better at quickly removing deleted photos upon request.

Why do "deleted" photos stick around so long? The problem relates to the way data is stored on large websites: While your personal computer only keeps one copy of a file, large-scale services like Facebook rely on what are called content delivery networks to manage data and distribution. It's a complex system wherein data is copied to multiple intermediate devices, usually to speed up access to files when millions of people are trying to access the service simultaneously. (Yahoo! Tech is served by dozens of servers, for example.) But because changes aren't reflected across the CDN immediately, ghost copies of files tend to linger for days or weeks.

In the case of Facebook, the company says data may hang around until the URL in question is reused, which is usually "after a short period of time." Though obviously that time can vary considerably.

Of course, once a photo escapes from the walled garden of a social network like Facebook, the chances of deleting it permanently fall even further. Google's caching system is remarkably efficient at archiving copies of web content, long after it's removed from the web. Anyone who's ever used Google Image Search can likely tell you a story about clicking on a thumbnail image, only to find that the image has been deleted from the website in question -- yet the thumbnail remains on Google for months. And then there are services like the Wayback Machine, which copy entire websites for posterity, archiving data and pictures forever.

The lesson: Those drunken party photos you don't want people to see? Simply don't upload them to the web, ever, because trying to delete them after you sober up is a tough proposition.

Isk....isk...bahaya gak ni, kan? Kita ingatkan gambar yang kita dah delete, orang lain dah tak boleh retrieve semula...ruper-rupernya, masih berkemungkinan besar boleh dapat balik!!

22 May 2009

Bunga Solar Yang Comel

Nampak tak benda alah ni? Dah lama aku aim nak beli benda ni sejak beli kereta ari tu. Ada sesapa ternampak benda alah ni dijual di mana? Bapa rege dia? Kalau tak silap aku, benda ni cuma guna kuasa solar untuk berfungsi.....comel je dia gerak2kan daun dia bila terkena cahaya matahari. Makin terik matahari, makin laju daun dia bergerak2....hehehhe!

Gambar ni aku snap pada kete park sebelah aku petang tadi....

Aku try cari gambar dia kat tenet, jumpa lak kat flickr seseorang...pinjam gambar jap ye encik/puan/abang/kakak empunya flickr....

As per quoted;

This is a solar powered toy. It flaps its leaves when there's enough light. Rather adorable. I picked it up from DealExtreme.com.

Owh.....herm...ada sesapa leh kasi aku info mana nak beli benda alah ni....nak lagi senang, hadiahkan aku benda alah ni....ngengenge!! <--iklan penaja oleh BaTiK_PiNk kepada orang-orang tertentu....

PETUA untuk 'TAHAN LAMA'

Petua yang paling sengal aku pernah dengar!
Dapat dari emel yang dihantar oleh yahoo group 'Rehat Minda'...dan-dan time tu aku tergelak sakan. Mengembalikan semula mood aku setelah seharian dihambat tugas hakiki.

===============================================================
Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo.......
Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie, ya?
Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama'.


KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2008. Dan sebelah lagi
pada 1 January 2009. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.
Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat
hahaaa....

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word:
SELAMAT BERTAHAN LAMA........ ......... .sentiasa terbuka dan rasional.
===============================================================

21 May 2009

Penjawat Awam Tiada Budi Bahasa?

Balasan posting aku dalam blog Minister Of Mind:

jangan disebabkan perangai seorang pegawai kerajaan, semua penjawat awam dituduh sebegitu...itu tidak adil sebenarnya.

tak dinafikan memang ada penjawat awam yang kurang dari segi etika khidmat pelanggan mereka, bukan kurang ajar, cuma tidak di'polish' budaya budi bahasa dalam diri mereka.

saya juga penjawat awam, saya juga pernah jadi orang swasta..dan saya dah banyak berdepan dengan karenah birokrasi penjawat awam dan sikap skeptikal org swasta terhadap org biasa macam saya. sama sahaja, tak ada bezanya.

dengan mengatakan org kerajaan kurang hajar dan tidak mesra pelanggan tidak menjadikan pihak swasta sentiasa pilihan terbaik bila kita mempertikaikan sistem khimat pelanggan terutamanya di Malaysia.....itu hakikatnya.

kepada owner blog;
to have peop's respect, us must respect them at the first place....

Terasa gak aku bile orang pertikaikan isu budi bahasa di kalangan penjawat awam. Untuk menuding satu jari ke orang lain, kita jangan lupa ...masih ada 4 jari lagi menuding kembali ke arah diri kita.

Aku selalu mengingatkan diri sendiri....
- dengan mengatakan orang lain salah, tidak bermakna diri kita selalu betul
- dengan mengatakan orang lain jahat, tidak bermakna diri kita baik bak malaikat
- dengan mengatakan orang lain kejam, tidak bermakna diri kita sentiasa berperikemanusiaan

20 May 2009

Dunia Oh! Dunia

Macam-macam yang berlaku semalam kan?
Antara berita-berita yang menarik perhatian aku:-

1) "Pocong' Kena cekup


MELAKA: Misteri kemunculan `pocong’ yang menghantui penduduk terutama pengguna jalan raya apabila mendakwa kerap terserempak dengan ‘hantu’ itu di kawasan selekoh Kampung Padang Temu di sini, akhirnya terjawab apabila ‘pocong’ terbabit ‘ditangkap’, awal pagi kelmarin.

Bagaimanapun, pocong yang selama ini menakutkan orang ramai selepas waktu tengah malam hingga awal pagi rupanya perbuatan segelintir remaja nakal.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu terbongkar apabila seorang ‘mangsa’, Abdul Rahim Abdul Majid, 51, dari Padang Temu ‘menangkap’ pocong buatan itu ketika pulang dari tempat kerja kira-kira jam 1.30 pagi.
Sambungan berita bleh baca dari Metro Online. Pergh, bikin malu orang satu negeri je la budak-budak nakal ni. Malu aku nak ngaku senegeri ngan korunk! Perangai macam tak cukup akal. Kena kat mak bapak korunk sendiri, baru tahu langit tu tinggi ke rendah!

2) Mat Rempit kini 'Samseng Jalanan'

Polis trafik akan memperluaskan peranan skuad khas menangani Mat Rempit atau Skuad 42 ke seluruh negara menjelang hujung tahun ini dalam usaha memerangi secara habis-habisan gejala berkenaan yang banyak menyumbang kepada jenayah serta lain-lain masalah moral.

Difahamkan sehingga kini empat negeri iaitu Kuala Lumpur, Johor, Perak, Pulau Pinang serta Bukit Aman sudah menubuhkan skuad berkenaan dan menunjukkan kejayaan dalam menangani masalah itu.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata selain menubuhkan pasukan khas itu gelaran Mat Rempit juga ditukar kepada ‘Samseng Jalanan’.
Herm, bagus sangatlah tu. Asyik tukar-tukar istilah untuk mat rempit. Bukan makin insaf, makin naik takuk adelah diorunk ni. Apsal tak tukar je nama diaorunk kepada 'Syaitan Nirrajim'. Kan lebih manis?

3) Anak Petra Perompak

Anak kedua kepada penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas empat dakwaan termasuk mencuri motosikal dan dompet.

Raja Azman Raja Petra, 33, yang tidak bekerja, mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Norkamilah Aziz.

Dia yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah mencuri motosikal Yamaha RXZ kepunyaan operator, Mohd Syaiful Setapa, 24.
Adoii aaai..malunyer aku kalau aku jadi Raja Petra ni...nilah yang orang Melayu selalu cakap, "Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak." Hari-hari dok canang keburukan orang, tapi perangai setan anak sendiri boleh tak perasan? Dari mana agaknya anak dia warisi perangai tu ek?

Rasa-rasa korunklah kan....kalau anak dia ni masuk lokap, bini Petra nak buat lagi tak petisyen dalam blog, minta peminat blog dia atau rakyat Malaysia kumpul duit nak bebaskan anak dia ni??

Layan Linux Redhat



















Minggu ni aku terlibat dengan latihan penggunaan Linux Redhat. Serius wei, dah lama aku tinggalkan benda-benda programming ni since tahun 2006. So, bila aku diarahkan masuk kelas latihan ni, aku sedikit goyah. Boleh lagi ke aku layan coding-coding yang berjela-jela tu?



















Alhamdulillah la, setelah tiga hari ngadap benda alah ni, kire boleh la aku nak pegang-pegang server Linux dalam bilik server tu kalau ada apa-apa masalah. Kalau nak godek-godek server Linux tu...insyaAllah boleh diusahakan. Kalau nak suh jahanamkan server tu......hah, ni konfem boleh! Yakin Boleh! Muahahahah (sambil buat muka jahat).

Ala, lagipun ni baru kelas Basic aka Budak Baru Belajar. Lum masuk extendednyer kelas. Kalau opis aku kasi peluang sambung kelas lagi...apa salahnya kan?

18 May 2009

Fun Fair Dan EOM

Kecik-kecik dulu mak tak pernah bawa aku adik beradik gi fun fair, so buat ulung kalinyer aku heret adik aku gi masuk fun fair kat Pantai Puteri malam Jumaat lepas. Huhuhu..sib baik rumah hantu belakang tu tak open malam tu....
Benda berputar ni betul-betul buat Adik aku seriau nak naik. Puas aku pujuk dia....tak jalan jugak! Hampeh....tapi serius tak tipu, memang sangat laju dengan bunyi dia macam nak tercabut! Teringat lak cerita Final Destination...
Haa....sebab tak puas hati tak dapat naik wheel malam tu, aku bawak la adik aku dengan mak gi naik Eye On Malaysia (EOM) kat tepi Selat Melaka.
Mak dan adik aku...sian lak dia tak dapat berjalan2 sangat masa cuti ni....dok merengek je bosan duduk rumah...
Peluk mak puas-puas.....
Sangat gayat tengok sayup-sayup je orang kat bawah tu....
Gedik-in-the-making........muahahahahahha

Ketua Menteri Besar Melaka?

Selak-selak pamplet hari perasmian kompleks membeli belah baru di kawasan MITC yang diletak dalam peti surat rumah aku, tiba-tiba aku ternampak kesilapan nih.

Ni silap ke hape nih? Mesti kerja bahagian unit promosi yang main copy paste dari pamplet2 terdahulu. Huhuhuhu.....bile masa lak Ketua Menteri Melaka jadi Ketua Menteri Besar Melaka?

12 May 2009

Kelas Bahasa Inggeris: Part 1

Ha..macam best lak belajar istilah-istilah versi bahasa Inggeris nih! Hehehe....

Rasanye dah lama tak mengulangkaji subjek Bahasa Inggeris. Paling last masa kat KUiTTHO dulu, kot?

Ha...apa kata kita sambung ke ayat yang kedua?

'Beauty is in the eye of the beholder'.....maksudnya?

"Beauty is in the eye of the beholder" means that beauty is entirely subjective, one may see beauty where another does not. Individuals have different inclinations on what is beautiful.

Haa...paham? Lebih kurang macam ni la maksud dia....apa yang ko pandang lawa,cantik, comei lote..mungkin pada mata orag lain....biase-biase je.

To Err Is Human

Posting dikemaskini !

Owh, ok...terima kasih ye En. Naim sebab bagi link tersebut.
Belajar benda baru hari ini.
Ni saya salin dan tampal dari laman web wikipedia.org tersebut:-

Phrase

to err is human

  1. Everyone makes mistakes.

Usage notes

In English, this is usually part of a longer phrase: "to err is human; to forgive is divine".


Rupe-rupenya saya tertinggal ayat hujung tu...'to forgive is divine'...that's really make sense why i feel the sentence is hanging somewhere!



Posting Terdahulu


Tetiba pagi tadi, masa bersiap nak ke tempat kerja..dalam kotak fikiran aku kuar ayat ni "To Err Is Human".

Hati aku meronta-ronta nak tahu apa maksud ayat ni. Buka kamus, cari perkataan "err", dia tulis "tersilap". Owh, itu maksud dia eh? Jadi, aku assume ayat dia lebih kurang macam ni...'Manusia tidak lari dari membuat kesilapan'.

Lepas waktu opis, aku gatal-gatal tangan lak cari makna ayat tu menggunakan laman web citcat.com. Sekali kuar makna ayat macam ni....'Bumi mana yang tidak ditimpa hujan'...erk?!

Kawan-kawan.....sama ke maksud kedua-dua ayat nih?

11 May 2009

Along, Angah dan Adik






Sila abaikan kualiti kulit aku dalam gambar-gambar tu. Memang kulit aku berjeragat.

05 May 2009

Maafkan Aku, Ibu

Topik Sinar Pagi di Sinar.FM pagi tadi betul-betul mengusik perasaan aku tika memandu ke tempat kerja. Tajuk "Maafkan Aku, Ibu" sempena Hari Ibu tak lama lagi, membuatkan aku meleleh airmata sorunk-sorunk dalam kereta.

Macam-macam kisah yang pendengar ceritakan pada K.E dan Krill, ada yang menyesal akibat mengecewakan hati arwah mak sebab tak belajar elok-elok masa muda dulu, luahan anak 12 tahun terlalu rindukan mak dia yang dah berpisah dengan ayah budak tu dan banyak lagi. Tapi cerita dua pemanggil yang aku tulis ni memang betul-betul buat aku menangis. Sayu betul dibuatnya.

Aku memang tak boleh dengar cerita-cerita sedih terutamanya melibatkan mak/ibu/umi ni. Teringat posting thread yang aku pernah buat dalam blog lama aku..meh aku tempek kan...

Mak la insan yg paling penting dlm hidup ida. Ida nak mak tgk anak mak nih terima segulung ijazah atas hasil titik peluh mak membesarkan ida selama nih.

I used to make my mom cry because of myself. Degil. Suka melawan. Kurang ajar. Tak dengar cakap. Menyusahkan. Itulah sikap anak mak yg ke-5 nih. Tapi, kalaulah mak tahu.....ida lah anak mak yg paling sayang mak ! Org kata.....anak yg paling teruk dlm keluarga selalunya anak yg paling sygkan mak.....I admitted that ! Kalaulah mak tahu, antara Along, Bangah, Alang, Ateh dan Anur......Ida ni anak mak yg paling takut kehilangan mak suatu hari nanti,,,hilang tempat ngadu, tempat menumpang kasih...terasa jauh sgt bezanya kasih sayang adik beradik dengan kasih sayang seorang mak.

Kalau adik beradik selisih faham dengan kita, dendamnyer mungkin lama.....tapi, kalau dengan mak, dendamnya tak lama....kemaafan sentiasa hadir walaupun hati mak terluka. Biarlah ida habiskan masa bersama2 mak selama mungkin....selagi Allah tak tarik lagi nafas mak. Nak bermanja ngan mak puas2. Nak dengar leteran mak sepuas2nya. Nak dengar gelak tawa mak puas2. Nak peluk dan cium mak puas2. Nak layan karenah mak puas2.

** Teringat kata2 mak teh......"biarpun 5 dr 6 org anak berjaya dalam hidup dan hidup senang, anak yg paling bodoh dan tak dibanggakan lah yang akan kemas berak kencing mak dia yg seorang tu masa tua nanti.....bukan anak2 yg berjaya tu!!" - Ida nak jadi anak yg seorang tu.....

Sepanjang hidup aku di muka bumi ini, seingat aku, aku pernah dua kali buat mak menangis kegembiraan:-

1) Masa telefon mak nak bagitahu aku lulus peperiksaan akhir semester dan dapat 3 Anugerah Dekan.
2) Masa dapat keputusan posting (penempatan) kerja aku sekarang. Masa tu aku di Putrajaya.

Menangis sebab perangai aku? Banyak kali.

Aku masih ingat gelak tawa mak masa aku buat lawak pasal abah aku. Masa tu kitaorunk dalam kereta. Itulah pertama kali aku tengok mak aku gelak besar. Gelak besar yang spontan. I've made it. Aku dah berjaya buat mak aku gelak dengan lawak aku.

Untuk mak, ida sanggup jadi penglipur lara (pelawak) untuk seumur hidup ida...

04 May 2009

Mentor 3

Malam tadi tetiba terbuka siaran tv3, masa tu tengah berlangsung rancangan Mentor Musim Ke-3.

What a shame!

Rancangan realiti hiburan yang paling busuk aku pernah tengok! Aku ingatkan Astro sahaja yang keluarkan rancangan realiti hiburan paling busuk, rupanya tv3 pun join the club?!

Memalukan bile melihat aksi nenek yang dah 70-30% masuk alam nazak, terkinja-kinja depan pentas, bersorak macam ahli neraka tengah kena dera, berjoget sama dengan penonton sebaya cucu-cucu mereka tanpa segan silu. Agaknya apalah yang nenek-nenek ni semua fikirkan masa buat aksi-aksi tu? Allah cuti? Malaikat leka? Kalaulah Allah tarik nyawa masing-masing masa tengah melambai-lambai tangan asyik dengan hiburan depan mata, alangkah hinanya kematian nenek-nenek tu.

Bayangkan kalau orang atau jiran bertanya...

Jiran: Arwah meninggal di mana?

Anak: Hrm..hrm...kat konsert Mentor 3.


Jiran: Aik...apa arwah buat kat konsert tengah-tengah malam?


Anak: Tengah terkinja-kinja bersorak untuk cucu (protege) / artis yang dia minat...


Hina kan?

Penuh dengan taktik kotor tv3 hidangkan untuk raih undian sms, dari segi pemilihan protegenyer, mentornyer, hosnyer hinggalah ke hos belakang pentasnyer. Gunakan isu muka penuh jerawat untuk raih undi? Isu protege kekampungan untuk raih undi? Just like Mawi-the-alim-felda-guy yang Astro pernah gunakan dulu? Sangat-sangat memualkan.

Sejarah rancangan realiti hiburan tv3 memang menyedihkan. Semua (bukan sebahagian!) artis keluaran Mentor x de mendatangkan hasil langsung pada industri muzik Malaysia. Pemenang Mentor 1: Pija - apa jadi? Mentor 2: Fiq - apa jadi? Semua ke laut....Itu pun tv3 masih nak buat Mentor 3??

Hos muka yang sama? Malam ni muka dia, malam esok muka dia, pagi esok pun muka dia?
Tolong la......kalau sampai sepuluh kali muka kau jer yang keluar dalam sehari...tu bukan hos versatile, tu namanya hos recycle bin.

Apa logiknya masukkan sesi temubual belakang pentas? Nas Ahmad? Masih terikut-ikut gaya Terjah dalam Melodi? Gaya kurang hajar nak mula temubual orang? Kau sapa?

Yakin 110%, banyak unsur nepotism dalam Mentor 3 nih. Jangan terkejut lepas Mentor ni abis, pecah lubang yang si X ni anak sedara mentor Y, si M rupenya adik artis P. Sebelum menang, semua tak ngaku sedara artis, lepas tu buat kenyataan akhbar tak nak babitkan status anak seni pak cik dia la, akak dia la. Crap!

Ini adalah ulasan peribadi aku. Dari apa yang aku lihat. Dari apa yang aku dengar. Kalau ada yang tak puas hati...just remember this..ade aku kesah?

02 May 2009

Sehari Dalam Hidup Aku: Part 1

Berani betul mamat sorunk ni pakai baju bertulisan macam ini! Hua hua hua...mamat ni duduk selang semeja dari tempat aku makan kat kenduri kawin tadi. Adik aku yang mula-mula nampak..dan-dan time tu aku snap gambar dia...hahaha..cuba baca ayat yang tertulis kat belakang baju mamat ni..SENGAL !

Rumah apa kah itu? Cuba teka? Ala..tak payah la, meh aku bagitau....tu rumah kecik aka jamban memerut. Wakaka....tak sangka kat area Kem Sungai Udang (bukan Kem Terendak hokey!) wujud lagi benda alah ni....sempat snap lepas balik dr kenduri kawin kat Paya Rumput Jaya.

Berblogging sambil melepak di ruang tamu..hah..yang depan tu My Boo aku. Yang korunk dok berulang kali ucap tahniah , pasal ingat aku dah bertunang la, berkahwin la, tema hijau kebiruan la...haa..hambik, tu dia bendanyer! Aku kawin dengan My Boo aku tu. Dah paham semua? So...skang duduk diam-diam je cukup!

Burok laku sungguh dak Along ni! Ade ke patut menyusu sambil melingkau atas badan mak ko sendiri? Tak patut..tak patut...Kesian Mummy..asal baring je, kena hurung dengan anak-anak dia. Asal nak rehat je, dah kena sondol-sondol dengan dak bertiga nih. Patut la Mummy makin slim shady skang ni....Dak bertiga ni dah besar panjang pun dok menetek lagi.Badan dah sama panjang dengan Mummy sendiri...

Sekian!

Sudah Terlambat Untuk Menyesal

"Ya Allah, naper banyak sangat berita pasal kemalangan dalam paper hari ni? Macam dah tak ada berita lain lagi nak dipaparkan..herm."ngomel adik aku masa aku tgh drive.

Hmm, aku tak membalas ayat adik aku tu, tapi dalam hati aku berdebat dengan jiwa aku sendiri berdasarkan pengalaman kemalangan kereta aku setahun yang lalu. Pengalaman kemalangan aku tak separah mana kalau nak dibandingkan dengan kemalangan orang lain yang mungkin lebih teruk malah melibatkan kehilangan nyawa insan tersayang.

Apa ye agaknye perasaan orang yang berlumba di jalanraya dengan alasan untuk suka-suka dan test power, kemudian eksiden dengan kenderaan lain dan menyebabkan kematian orang lain? Puas hati? Sedih? Atau tak ada apa-apa perasaan langsung? Tak rasa bersalah ke lihat anak kecil menangis melihat mak ayah dia terbujur kaku dengan jasad tak sempurna? Ya Allah...

Hilang kereta, tak apa. Boleh cari lain.
Hilang mak ayah? Adik beradik? Suami isteri? Nak cari ganti mana? Boleh jumpa kat kedai-kedai alat ganti kereta ke?

Kalaupun tak mati...kalau cacat seumur hidup? Macam mana? Kalau masih boleh bekerja, alhamdulillah la...tapi kalau dah sampai koma, terbaring dah tak boleh nak bekerja? Makan pun bersuap (even worse, makan melalui tiub)..herm....Masih tak rasa bersalah ke?

Hanya bila kita dah mengalami sendiri pengalaman terlibat dalam kemalangan, barulah kita faham semua ini...