21 May 2009

Penjawat Awam Tiada Budi Bahasa?

Balasan posting aku dalam blog Minister Of Mind:

jangan disebabkan perangai seorang pegawai kerajaan, semua penjawat awam dituduh sebegitu...itu tidak adil sebenarnya.

tak dinafikan memang ada penjawat awam yang kurang dari segi etika khidmat pelanggan mereka, bukan kurang ajar, cuma tidak di'polish' budaya budi bahasa dalam diri mereka.

saya juga penjawat awam, saya juga pernah jadi orang swasta..dan saya dah banyak berdepan dengan karenah birokrasi penjawat awam dan sikap skeptikal org swasta terhadap org biasa macam saya. sama sahaja, tak ada bezanya.

dengan mengatakan org kerajaan kurang hajar dan tidak mesra pelanggan tidak menjadikan pihak swasta sentiasa pilihan terbaik bila kita mempertikaikan sistem khimat pelanggan terutamanya di Malaysia.....itu hakikatnya.

kepada owner blog;
to have peop's respect, us must respect them at the first place....

Terasa gak aku bile orang pertikaikan isu budi bahasa di kalangan penjawat awam. Untuk menuding satu jari ke orang lain, kita jangan lupa ...masih ada 4 jari lagi menuding kembali ke arah diri kita.

Aku selalu mengingatkan diri sendiri....
- dengan mengatakan orang lain salah, tidak bermakna diri kita selalu betul
- dengan mengatakan orang lain jahat, tidak bermakna diri kita baik bak malaikat
- dengan mengatakan orang lain kejam, tidak bermakna diri kita sentiasa berperikemanusiaan

3 comments:

  1. aku pun x tau nak cakap macam mane, seeloknya benda nie tidak d hebohkan melalui blog, kecualilah orang yang hebohkan tue org luar.. sudahnya yg x de kene mengena pun terpalit sama..

    benda dalam kain bukan utk org luar tau betul x.. macam buka pekung di dada..

    tp kite nak wat macam mane, rambut sama hitam , hati lain²..

    ReplyDelete
  2. korang gaduh2 yang untung nanti PAKATAN RAKYAT! dah2 mari bermaafan-maafan! dah2 cium mulut...

    ReplyDelete
  3. "jangan disebabkan perangai seorang pegawai kerajaan, semua penjawat awam dituduh sebegitu...itu tidak adil sebenarnya.

    tak dinafikan memang ada penjawat awam yang kurang dari segi etika khidmat pelanggan mereka, bukan kurang ajar, cuma tidak di'polish' budaya budi bahasa dalam diri mereka."

    Maybe ko rasa terpanggil nak komen kat blog aku disebabkan ..anggapan bahawa tajuk itu sendiri ditujukan kat semua penjawat awam..

    Silap aku ..kerana tajuk entry itu sepatutnya ditujukan kepada individu.. bukan berbentuk am dlm blog aku.

    "
    aku pun x tau nak cakap macam mane, seeloknya benda nie tidak d hebohkan melalui blog, kecualilah orang yang hebohkan tue org luar.. sudahnya yg x de kene mengena pun terpalit sama..

    benda dalam kain bukan utk org luar tau betul x.. macam buka pekung di dada..
    "

    aik..? statement macam ini bleh plak ditulis atas blog.... he3x..

    jangan lupa komen kat blog aku Kaca Mata. sila jangan gunakan Anonymus ..harap maklum

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)