29 November 2022

Akhirnya, Period Juga Tahun 2022

29 November 2022.

Post ni sebenarnya post throwback sebab minggu kejadian adalah minggu yang tersangat sibuk dengan macam-macam perkara termasuklah aku bertugas semasa PRU15. Hari terakhir makan ubat Provera jatuh pada 9 November 2022, dua hari selepas tu, 11 November 2022 jam 4.00 pagi period pun hadir. Dari tengah malam rasa perut tak sedap, rasa cramp-cramp kat ari-ari dan rasa sangat bloated.

Alhamdulillah, period keluar dengan lancar sepanjang 7 hari (9 November - 17 November 2022), elok bersih sehari sebelum aku bertugas sebagai kerani tempat mengundi/ mengira undi. 22 November ada temujanji di KK Sg Udang, aku saja tanya doktor kalau boleh minta stok Provera untuk standby jika tak period lagi next cycle. Doktor tak benarkan ambil stok standby, tapi doktor cadangkan by the time rasa period cycle dah nak hampir atau rasa lama period tak keluar, boleh walk in ke KK dan minta dari doktor. Aku pun OK je la. 


09 November 2022

Percubaan Untuk Kitaran Period Tahun 2022


9 November 2022.

Last suntikan perancang pada Mac 2020, dan temujanji terakhir dengan KKIA pada Jun 2020. Sampai sekarang bulan November 2022 aku tak pernah mengalami period. Jadinya, disebabkan dah lama sangat tak period, 26 Oktober lepas semasa temujanji anak untuk umur 4 tahun 6 bulan, cakap dengan doktor nak minta ubat turun period.

Nasib baik doktor OK je, jadi doktor prescribe Provera 5mg 1 biji sehari untuk 1 kitaran period dahulu. Aku start makan ubat Provera pada 31 Oktober 2022 dan pil terakhir aku makan pada hari ini 9 November 2022 (10 hari). Hari ni start dari tengahari masa aku menghadiri mesyuarat perolehan sebut harga aku dah terasa kepala berbayang macam berpusing, tekak dah mula rasa mual-mual loya. Simptom yang sama macam sebelum period dulu-dulu. Semoga period akan datang sehari dua lagi, terasa rindu pula nak rasa pengalaman period. Huhuhu.

31 March 2022

Mee Kari : Percubaan Pertama Sebelum Ramadan 2022


Bahan2nya:

.🍜 AIR untuk mencelur

.🍜 1 ikat SAWI 

.🍜 1 pek MEE KUNING 

.🍜 MINYAK MASAK

.🍜 2 sudu besar BAWANG BESAR KISAR

.🍜 1 sudu besar BAWANG PUTIH KISAR

.🍜 1/2 sudu besar HALIA KISAR

.🍜 1/2 sudu besar SERAI KISAR

.🍜 1/2 genggam IKAN BILIS  (ditumbuk)

.🍜 2 sudu besar CILI KERING 

.🍜 1 pek kecil SERBUK KARI DAGING (dicampur dengan sedikit AIR)

.🍜 1/2 pek sebelah AYAM  (potong kecil)

.🍜1 jug / 7 gelas AIR

.🍜1/2 kotak kecil SANTAN KARA 

.🍜 8 ketul TOFU KERING

.🍜 5 ketul FISH CAKE 

.🍜10 ketul FISH BALL 

.🍜 1/2 pek ISI KERANG FROZEN 

.🍜 2 biji CILI MERAH 

.🍜 1 tangkai DAUN SUP 

.🍜6 biji LIMAU NIPIS 

.🍜 sedikit BAWANG GORENG

.🍜 sedikit TAUGEH

.🍜 sedikit GARAM, GULA & PERASA mengikut keperluan


Sejak-sejak di FB ni dilengkapi dengan fungsi reel tiktok/ IG ni, kadang-kadang layan juga tengok mana content yang sesuai, mana yang bagus kita ambil manfaat, mana yang tak elok, swipe ke tepi je la gamaknya. Hari tu ada ternampak orang share tiktok pasal menu mee kari acik kantin, tengok bahan dan cara masak macam mudah je, so terus cari bahan basah di Family Store.

Cara Memasak :
1) Celurkan seketika sawi, bila dah layu, angkat dan ketepikan.
2) Celurkan seketika mee kuning. Bila dah mula lembut, angkat dan ketepikan.
3) Tumiskan rempah empat sekawan dan daun kari sehingga naik bau.
4) Masukkan bawang besar kisar, bawang putih kisar, halia kisar, serai kisar dan ikan bilis tumbuk. Kacau sebati.
5) Masukkan cili kering kisar. Kacau sebati sehingga cili masak sempurna.
6) Masukkan serbuk kari yang dicampur dengan sedikit air. Kacau sebati.
7) Masukkan ayam yang dipotong kecil. Kacau sebati.
8) Masukkan air. Sesekali kacau sehingga ayam masak.
9) Masukkan santan Kara. Kacau sebati.
10) Masukkan tofu kering, fish cake dan fish ball. Kacau sebati.
11) Masukkan isi kerang frozen. Kacau sebati.
12)Adjust rasa masin, manis dan kepekatan kuahnya mengikut citarasa masing-masing.
13) Hidangkan bersama sawi dan mee kuning yang telah dicelurkan tadi, hirisan cili merah, limau nipis, daun sup, taugeh dan bawang goreng.