04 May 2009

Mentor 3

Malam tadi tetiba terbuka siaran tv3, masa tu tengah berlangsung rancangan Mentor Musim Ke-3.

What a shame!

Rancangan realiti hiburan yang paling busuk aku pernah tengok! Aku ingatkan Astro sahaja yang keluarkan rancangan realiti hiburan paling busuk, rupanya tv3 pun join the club?!

Memalukan bile melihat aksi nenek yang dah 70-30% masuk alam nazak, terkinja-kinja depan pentas, bersorak macam ahli neraka tengah kena dera, berjoget sama dengan penonton sebaya cucu-cucu mereka tanpa segan silu. Agaknya apalah yang nenek-nenek ni semua fikirkan masa buat aksi-aksi tu? Allah cuti? Malaikat leka? Kalaulah Allah tarik nyawa masing-masing masa tengah melambai-lambai tangan asyik dengan hiburan depan mata, alangkah hinanya kematian nenek-nenek tu.

Bayangkan kalau orang atau jiran bertanya...

Jiran: Arwah meninggal di mana?

Anak: Hrm..hrm...kat konsert Mentor 3.


Jiran: Aik...apa arwah buat kat konsert tengah-tengah malam?


Anak: Tengah terkinja-kinja bersorak untuk cucu (protege) / artis yang dia minat...


Hina kan?

Penuh dengan taktik kotor tv3 hidangkan untuk raih undian sms, dari segi pemilihan protegenyer, mentornyer, hosnyer hinggalah ke hos belakang pentasnyer. Gunakan isu muka penuh jerawat untuk raih undi? Isu protege kekampungan untuk raih undi? Just like Mawi-the-alim-felda-guy yang Astro pernah gunakan dulu? Sangat-sangat memualkan.

Sejarah rancangan realiti hiburan tv3 memang menyedihkan. Semua (bukan sebahagian!) artis keluaran Mentor x de mendatangkan hasil langsung pada industri muzik Malaysia. Pemenang Mentor 1: Pija - apa jadi? Mentor 2: Fiq - apa jadi? Semua ke laut....Itu pun tv3 masih nak buat Mentor 3??

Hos muka yang sama? Malam ni muka dia, malam esok muka dia, pagi esok pun muka dia?
Tolong la......kalau sampai sepuluh kali muka kau jer yang keluar dalam sehari...tu bukan hos versatile, tu namanya hos recycle bin.

Apa logiknya masukkan sesi temubual belakang pentas? Nas Ahmad? Masih terikut-ikut gaya Terjah dalam Melodi? Gaya kurang hajar nak mula temubual orang? Kau sapa?

Yakin 110%, banyak unsur nepotism dalam Mentor 3 nih. Jangan terkejut lepas Mentor ni abis, pecah lubang yang si X ni anak sedara mentor Y, si M rupenya adik artis P. Sebelum menang, semua tak ngaku sedara artis, lepas tu buat kenyataan akhbar tak nak babitkan status anak seni pak cik dia la, akak dia la. Crap!

Ini adalah ulasan peribadi aku. Dari apa yang aku lihat. Dari apa yang aku dengar. Kalau ada yang tak puas hati...just remember this..ade aku kesah?

2 comments:

  1. walaupun saya banyak jerawat, tapi saya baik hati.wakakakka

    ReplyDelete
  2. Aku setuju 100%...program realiti baik kat TV3 ker, Astro ker..sama aje, nak naikkan rating...apa jadi pd 'bakat' tu, apa diaorg peduli..tgk apa jadi pd Fiq, Pija, Vince, Zahid, Mila, Ayu OIAM, Suki OIAM...tu baru 2,3 program..ada lagi yg org pun dah lupa atau tak tau langsung mcm My Star LG...saja je kata nak cungkil bakat baru, tapi'bakat' tu pun hampeh...

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)