20 May 2009

Dunia Oh! Dunia

Macam-macam yang berlaku semalam kan?
Antara berita-berita yang menarik perhatian aku:-

1) "Pocong' Kena cekup


MELAKA: Misteri kemunculan `pocong’ yang menghantui penduduk terutama pengguna jalan raya apabila mendakwa kerap terserempak dengan ‘hantu’ itu di kawasan selekoh Kampung Padang Temu di sini, akhirnya terjawab apabila ‘pocong’ terbabit ‘ditangkap’, awal pagi kelmarin.

Bagaimanapun, pocong yang selama ini menakutkan orang ramai selepas waktu tengah malam hingga awal pagi rupanya perbuatan segelintir remaja nakal.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu terbongkar apabila seorang ‘mangsa’, Abdul Rahim Abdul Majid, 51, dari Padang Temu ‘menangkap’ pocong buatan itu ketika pulang dari tempat kerja kira-kira jam 1.30 pagi.
Sambungan berita bleh baca dari Metro Online. Pergh, bikin malu orang satu negeri je la budak-budak nakal ni. Malu aku nak ngaku senegeri ngan korunk! Perangai macam tak cukup akal. Kena kat mak bapak korunk sendiri, baru tahu langit tu tinggi ke rendah!

2) Mat Rempit kini 'Samseng Jalanan'

Polis trafik akan memperluaskan peranan skuad khas menangani Mat Rempit atau Skuad 42 ke seluruh negara menjelang hujung tahun ini dalam usaha memerangi secara habis-habisan gejala berkenaan yang banyak menyumbang kepada jenayah serta lain-lain masalah moral.

Difahamkan sehingga kini empat negeri iaitu Kuala Lumpur, Johor, Perak, Pulau Pinang serta Bukit Aman sudah menubuhkan skuad berkenaan dan menunjukkan kejayaan dalam menangani masalah itu.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata selain menubuhkan pasukan khas itu gelaran Mat Rempit juga ditukar kepada ‘Samseng Jalanan’.
Herm, bagus sangatlah tu. Asyik tukar-tukar istilah untuk mat rempit. Bukan makin insaf, makin naik takuk adelah diorunk ni. Apsal tak tukar je nama diaorunk kepada 'Syaitan Nirrajim'. Kan lebih manis?

3) Anak Petra Perompak

Anak kedua kepada penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas empat dakwaan termasuk mencuri motosikal dan dompet.

Raja Azman Raja Petra, 33, yang tidak bekerja, mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Norkamilah Aziz.

Dia yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah mencuri motosikal Yamaha RXZ kepunyaan operator, Mohd Syaiful Setapa, 24.
Adoii aaai..malunyer aku kalau aku jadi Raja Petra ni...nilah yang orang Melayu selalu cakap, "Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak." Hari-hari dok canang keburukan orang, tapi perangai setan anak sendiri boleh tak perasan? Dari mana agaknya anak dia warisi perangai tu ek?

Rasa-rasa korunklah kan....kalau anak dia ni masuk lokap, bini Petra nak buat lagi tak petisyen dalam blog, minta peminat blog dia atau rakyat Malaysia kumpul duit nak bebaskan anak dia ni??

1 comment:

  1. cik applemanis setuju dgn name yg Batik Pink bg pd mat rempit tu.. nak lagi sadis tukau name " Syaitan Di Rejam "

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)