30 April 2013

Usaha TTC : Susu Kambing dan Kurma


30 April 2013.

Sejak terbaca entri blogger yang bercerita amalan minum susu kambing bagi usaha hamil, tambah pula baru balik dari berjumpa doktor OnG, kami suami isteri fikir nak berusaha lebih kali ini. Alhamdulillah, aku jumpa susu kambing Nubian di AEON Bandaraya Melaka di bahagian produk sejuk beku selepas balik dari klinik OnG GH Melaka. Harga pun sama seperti yang rakan blogger sebutkan; RM4.99 sebotol. 

Aku pernah lawat laman web rasmi Nubian Goat's Milk untuk dapatkan info sama ada wujud perkhidmatan penghantaran ke rumah, sayangnya, penghantaran hanya terdapat di Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sahaja.


Alhamdulillah, kami sudah membeli sebanyak 8 botol susu kambing Nubian ini, cukuplah untuk stok beberapa hari kami. Aku dapat info cara pemakanan dan tips mudah hamil dari blog Moon Punyer Blog dengan pemakanan susu kambing dan kurma;
  • Ambil 4 biji buah kurma; suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
  • Kemudian,buang biji kurma tu
  • Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
  • Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut seorang satu gelas.
  • Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
  • Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.


29 April 2013

2 Kitaran Baru : Clomid Dan Duphaston


29 April 2013.

Kitaran baru dengan ubat baru.
Lepas bincang dengan doktor dan tunjukkan carta kitaran period aku dari bulan Januari - April 2013, doktor cakap mungkin sukar sedikit untuk aku dapat period yang ok (ok which means betul-betul ovulate), jadi dia buat keputusan aku teruskan dengan rawatan ubat clomid.

Aku tolak cadangan doktor yang nak berikan aku ubat Progyluton dan Provera since doktor sendiri kata ada kemungkinan berat badan akan naik sedikit masa consume ubat-ubat hormon macam tu. Terus terang aku cakap dengan doktor, aku dah penat nak deal dengan masalah berat badan since aku dah berusaha untuk turunkan berat badan selama ini, jadi aku minta doktor beri alternatif lain. (Read : Aku betul-betul sebut perkataan 'PENAT' tu depan doktor!)

Doktor OnG GH Melaka bekalkan ubat duphaston dan clomid untuk diambil bagi dua (2) kitaran. Temujanji seterusnya adalah pada bulan Ogos 2013 nanti lepas raya.

Doktor pesan macam ni (dia siap lakar carta alir untuk pemahaman aku dan encik suami):

(1) - Tunggu period bulan Mei (paling lewat sampai 10 Mei 2013 - CD31), kalau period secara semulajadi, kena makan ubat clomid pada hari ke-2 hingga ke-6 period. Kalau sampai tarikh 10 Mei 2013 pun masih tak nampak bayangan period nak turun, doktor suruh makan ubat duphaston selama lima (5) hari. Lepas tu, tunggu period muncul.

(2) - Hari ke-10 hingga ke-16, sila bersama dengan suami sekerap yang boleh. ;P

(3) - Tunggu, kalau ada rezeki, adalah...kalau tak ada, cuba lagi untuk kitaran baru.

(4) - Ulang langkah (1) - (3).

Doktor beritahu, salah satu simptom makan ubat clomid akan sakit perut, bergantung kepada individu juga. Kalau tak tahan sangat, kena rujuk hospital segera. Aku google pengalaman orang lain, ada yang loya macam loya orang mengandung tu. 


Hasil ujian sperma encik suami : Tahap motility sperma encik suami sedikit rendah. Aku dah bincang dengan encik suami, nak beri supplemen Speman produk Himalaya pada encik suami untuk 3-4 bulan, lepas tu test semula ujian sperma untuk tengok semula sekiranya ada perkembangan positif. Ada juga terbaca di blog Dr Zubaidi mengenai ubat supplemen ProXeed Plus yang boleh didapati secara dalam talian di FB Page To Be Parents. In shaa Allah, sedang riki harga di pasaran.

 Sumber Gambar : Google

Ujian semula sperma tu aku cadang nak buat di luar, bukan di GH Melaka lagi. Tak adil bagi encik suami mengeluarkan sampel sperma dalam tandas lelaki dalam keadaan sangat tak selesa. Tak apa la bermodalkan duit, asalkan encik suami selesa dan tak tertekan.

27 April 2013

Kedai Makan Upin Ipin Mydin Melaka


27 April 2013.

Cerita jalan-jalan cari makan Jumaat lepas (19 April 2013), baru hari ni dapat dikongsikan dalam blog. Hari offday encik suami, macam biasa kami berdating di luar. Ajak encik suami makan malam diluar, cheatday untuk regim diet aku.

Di Melaka, ada dua cawangan Kedai Makan Upin Ipin yang terkenal dengan taglinenya "Sedap! Sedap! Sedap!" iaitu di Dataran Pahlawan dan di Mydin MITC Melaka. Yang paling dekat dengan rumah adalah yang di Mydin MITC tu, tak sanggup nak tempuh jammed di bandar Melaka semata-mata untuk makan walaupun cawangan di Dataran Pahlawan nampak lebih happening.


Aku dan encik suami mencuba beberapa menu yang ada di Kedai Makan Upin & Ipin antaranya Nasi Lemak Biasa, Ayam Goreng, Roti Bom, Roti Bakar Kaya, Teh O Ais dan Soya Cincau. Huhu, makan untuk dua orang je pun...tapi banyak kan? Rosak diet itu malam!

Boleh tahan jugalah rasa menu-menu di sini. Ayam goreng pun sedap. Kuah kari ikan pencecah roti bom pun cukup rasa. Cuma agak terkilan sambal Nasi Lemak Biasa sedikit sangat, tak cukup untuk orang Melaka dan Negeri Sembilan yang sememangnya suka sambal! Huhu~


Di sudut souvenier berdekatan kaunter bayaran, rambang mata kami berdua dibuatnya; banyak barang keluaran Upin & Ipin dijual. Benda pertama yang kami cari sudah semestinya Fridge Magnet. Tak banyak pilihan, dan agak kecewa tiada FM figura Upin dan Ipin. Encik suami sempat sambar sebuah buku komik Upin & Ipin.

In shaa Allah, ada masa kami ke sini lagi, mencuba menu-menu lain yang ada di sini. Kedai makan ini agak terbuka persekitarannya, jadi kurang privasi bila kita tengah makan, orang lalu lalang perhatikan apa yang kita sedang makan. 

26 April 2013

Dah Genap Sebulan


26 April 2013.

Hari ni genap sebulan umur kitten yang lahir di rumah aku ni. Dah makin membesar, dan paling penting dah pandai bermain bergurau. Belum lagi diberikan makanan pejal macam Friskies untuk kitten, sekadar minum susu badan mama dia je.


Belum ada nama lagi dua ekor kitten ni. Encik suami pun tak tahu nak namakan apa. Kalau baby sendiri, lambat daftar nama, mesti kena marah dengan JPN kan? Hehe~


Ni muka dok tahan sakit sebab kitten tu dok cengkam dada encik suami, huhu~ Tugas wajib encik suami adalah memberi makan dan kemas sangkar kucing, dah nak sangat bela kucing kan? Kui kui kui....

Berat Badan Di Klinik OnG 26 April 2013

26 April 2013.

Entri ni dibuat sementara menanti giliran berjumpa doktor. Selepas menyerahkan kad temujanji di kaunter, diarahkan ke bilik 11 untuk mengambil bacaan berat dan tekanan darah.

Alhamdulillah!

Sebelum bergerak tadi, dah siap-siap timbang di rumah. Bacaan berat badan adalah 66.6kg. Jadi aku dah boleh agak berat badan akan naik turun sekitar angka itu juga. Perbezaan berat terkini (66.4kg) dengan berat badan semasa temujanji di klinik OnG adalah sebanyak 4.7kg untuk tempoh 3 bulan lebih.
Sekarang sedang bershake Herbalife dengan encik suami di bangku menunggu nombor giliran dipanggil. Aloe dan teamix pun dah minum, lengkap sudah regim Herbalife 1-2-3.

Apa-apa perkembangan tentang rawatan aku, in shaa Allah ade masa aku ceritakan nanti dengan izinNya.

Herbalife : Berat 25 April 2013


25 April 2013.

Timbangan berat pada 24 April 2013, persediaan sebelum berjumpa doktor hari ini 25 April 2013. Timbangan berat badan semasa temujanji dengan klinik OnG pada 4 Januari 2013 lalu adalah 71.1kg, kalau ikutkan berat badan terkini, ada penurunan sebanyak 4.0kg (ini guna penimbang Herbalife, kalau penimbang di klinik OnG, mungkin ada terkurang atau terlebih bacaan sedikit). 

Untuk rekod, bacaan timbang pada 18 April 2013 tempohari adalah 67.3 kg. Bermaksud penurunan sebanyak 0.2kg dalam tempoh 1 minggu ini. 

Ini bermakna penurunan keseluruhan setakat hari ini adalah sebanyak 13.5 kg sejak aku mula amalkan Herbalife. (Note: Berat sebelum amalkan Herbalife adalah 80.6kg pada 15 Jun 2012).

Hari ini doktor akan rebiu keputusan ujian sperma encik suami dan mungkin akan bincangkan langkah seterusnya untuk diri aku juga.

P/s: Entri ini adalah secara autopublish, sebab aku bercuti hari ini untuk temujanji klinik OnG jam 9.00 pagi di GH Melaka. Doakan yang terbaik untuk kami suami isteri hari ini ye?

25 April 2013

Edisi Khas Kompilasi Majalah al-Ustaz 5 Dalam 1


25 April 2013.

Alhamdulillah...kalau dah jodoh, tak kemana, kan?
Dalam usaha mencari baki majalah al-Ustaz untuk dijadikan koleksi panduan (Isu 1 - 6), akhirnya dipermudahkan masa malam makan malam di luar dengan encik suami di Mydin MITC. Tujuan asal ke kedai buku MPH untuk mencari isu baru al-Ustaz isu 13. Masa beratur di kaunter pembayaran, mata dok perhati susunan buku di rak buku, hampir nak bersorak gembira bila terpandang buku Edisi Khas Kompilasi Majalah al-Ustaz ini. Cepat-cepat gamit encik suami, minta ambilkan sebab berada di rak paling atas. 

Seronoknya, hanya Allah sahaja yang tahu walaupun agak terkilan Edisi Khas Kompilasi Majalah al-Ustaz ini hanya mengandungi 5 isu terawal sahaja. Maknanya, masih terhutang 1 isu lagi untuk melengkapkan koleksi majalah al-Ustaz ni iaitu isu 6 yang berkaitan Memburu Haji Mabrur : Agar Ibadah Terpahat di Hati.

Sumber Gambar : Page FB Majalah al-Ustaz

Murah rezeki, bila selesai urusan pembayaran di kaunter, staf MPH selitkan sekali majalah SOLUSI secara percuma. Walaupun edisi lama, tapi inilah peluang nak selak dan baca majalah berbentuk ilmu agama, kan? Dah selak-selak, tajuk dan isi kandungan dalam majalah SOLUSI pun menarik juga.

24 April 2013

Hidup Tanpa Anak : Utusan Malaysia 24 April 2013



24 April 2013.

Ruangan AgamaMega dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini (24 April 2013) bertajuk Hidup Tanpa Anak. Berkesempatan membaca semasa keluar makan tengahari di luar. 

Pernah kawan pejabat yang mencadangkan kami suami isteri fikirkan idea mengambil anak angkat. Saya suka tapi encik suami macam tak setuju. Jadi saya fikir semula masak-masak, baik buruknya dan kemampuan kami berdua dari segi emosi, kewangan dan kestabilan hidup. Jadi, isu anak angkat kami pendamkan dahulu, sekarang adalah fasa kami berdua berusaha sendiri dari segi perubatan (moden dan tradisional) dan perubahan gaya hidup. Biarlah Allah yang menentukan segalanya; usaha dan tawakal datang dari kami.


23 April 2013

Terjebak Balik : Rezeki Ramadhan


23 April 2013.

Baru je habis round bulan Januari lepas, terjebak balik kali ni. Kali ni lebih ramai, 16 orang tapi sebulan dua orang akan dapat serentak, jadi bahagi dua la.

Rezeki bulan Ramadhan untuk persediaan bulan Syawal...in shaa Allah!

Puding Sandwic Marble & Pizza Roti Gardenia


23 April 2013.

Hasil membelek majalah SAJI Mei 2013, terasa nak cuba buat puding sandwic marble. Dua kali buat, kali pertama buat; betul-betul ikut resepi. Hasilnya, puding manisss amat. Jadi kali kedua buat, dah tahu apa yang patut dikurangkan. (Read: Dua kali buat kurang 24 jam)

Rambang mata sebenarnya nak cuba resepi-resepi yang ada dalam majalah resepi masakan, tapi kena buat ikut kemampuan diri la kan. Setakat ni aku belum cuba mem'baking'. In shaa Allah, ada masa nanti perlahan-lahan belajar.



Resepi dan cara masak puding ni bolehlah dirujuk dalam majalah SAJI ni ye? Sekurang-kurangnya boleh beli dan buat koleksi sendiri nanti. Banyak lagi resepi sedap-sedap ada dalam tu. 

Alang-alang ada lebihan roti gardenia, aku google resepi pizza homemade yang super simple. Aku gabungkan dua tiga resepi dari rakan blogger. Bila aku tanya encik suami, dia kurang minat pizza yang guna bahan sardin, jadi aku guna alternatif lain; guna tuna sedia makan dalam tin. First time beli pizza topping mozzarella, lama juga aku dok belek jenama dan jenis cheese kat Econsave tu.




Inilah hasilnya, dua resepi siap serentak. Sampai mak dan bibik terkejut, lepas satu-satu makanan aku hidangkan untuk dirasa dan diberi komen. Overall mak kata sedap, bibik pun kata enak ya buk? Hehe~

22 April 2013

Motivasi Diet : Pemakanan Bersih

Sumber Gambar : FB Page Maria Kang

22 April 2013.

Kebelakangan ini, diet aku agak tergelincir dari landasannya. Betul, tak tipu. Diet Herbalife aku masih sama macam selalu, tapi kadang-kadang tekak ni terasa nak makan biskut, makanan yang siap proses dan makanan segera. 

Mungkin sebab dua tiga minggu ni aku stres dengan beban kerja yang banyak, jadi pengurusan masa aku agak kelam kabut. End up, aku selalu balik lewat dan bila tak sempat sampai rumah on time untuk shake di sebelah malam, aku makan makanan segera macam produk McDonalds (tapi masih tak sentuh air manis/air gas dan in shaa Allah dalam jumlah kalori yang dibenarkan - itulah gunanya info kalori makanan dan minuman!). 

Harap-harap aku dapat redeem balik kelekaan diet aku ni secepat mungkin dan gantikannya dengan cara diet pemakanan bersih seperti di atas ni...amin!

19 April 2013

Encik Suami : Ujian Seminal Analysys


19 April 2013.

Pejam celik, pejam celik sampai juga tarikh yang ditunggu.
5 hari tempoh berpuasa encik suami kena lalui, ikutkan lama sebenarnya dari tempoh tu sebab aku datang bulan minggu lepas. Nasib baik bersih dari period sehari sebelum hari pertama encik suami kena puasa tu. :) Sempatlah juga lunaskan apa yang patut.

15 April 2013 encik suami dah mula berpuasa. Dulu masa mula-mula dapat tarikh temujanji ni, aku ada usik encik suami, aku kata aku nak lancarkan perang 'psikologi' pada dia dalam tempoh dia berpuasa. :P Kesian encik suami... Hari pertama sampai hari ketiga, steady lagi. Masuk hari keempat (malam kelmarin), dia mengeluh, dia tanya lama lagi ke kena tunggu, dah lah macam-macam cara aku 'goda' dia. Huhuhu.....

Peraturan Sebelum Pengambilan Contoh Air Mani

Keputusan analisis ni doktor OnG akan bincangkan bersama masa temujanji aku minggu depan. Harap-haraplah ada berita positif untuk kami berdua. 

18 April 2013

Herbalife : Berat 2 Minggu Di Bulan April 2013


18 April 2013.

Timbangan berat pada pagi ini di pejabat. Nampaknya tiada perbezaan bacaan penimbang di rumah dan penimbang Herbalife kawan aku ni. Jadi, kalau aku dah siap-siap timbang di rumah, bacaan adalah sama dengan di pejabat.

Untuk rekod, bacaan timbang pada 29 Mac 2013 tempohari adalah 67.7 kg. Bermaksud penurunan sebanyak 0.4kg dalam tempoh 2 minggu ini. My bad! Craving pada popcorn dan titbits masa datang bulan jadi kambing hitam untuk dipersalahkan dalam hal ni.

Ini bermakna penurunan keseluruhan setakat hari ini adalah sebanyak 13.3 kg sejak aku mula amalkan Herbalife. (Note: Berat sebelum amalkan Herbalife adalah 80.6kg pada 15 Jun 2012).

p/s : In shaa Allah, akan cuba turunkan sedikit lagi sebelum temujanji dengan klinik OnG minggu hadapan. 

Rebiu Artikel Dr Zubaidi Hj Ahmad Tentang Obesiti dan Kehamilan

Sumber Gambar : Google

18 April 2013.

Sumber Artikel : http://drzubaidi.com/blog/?p=3986

“Saya mendirikan rumah tangga empat tahun lalu. Sehingga kini saya belum ada zuriat. Bentuk fizikal saya besar, tetapi suami normal. Saya membuat pemeriksaan dengan klinik kesihatan dan doktor mengesahkan saya normal. Cuma haid saya tidak teratur. Adakah teknik hubungan kelamin saya tidak betul? Apa patut saya lakukan doktor?”

Saya amat memahami permasalahan yang sedang dialami oleh puan. Memang agak tepat apa yang puan sangkakan. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan akan mengalami ketidaksuburan. Berbadan gempal bagi wanita boleh menyebabkan masalah dalam pengeluaran ovum atau benih oleh folikel yang matang atau dalam kenyataan biasa adalah tidak bertelur. Dalam bidang perubatan, keadaan ini dikenali sebagai tiada berlakunya ovulasi.

Sebenarnya seseorang wanita hanya bertelur sekali sahaja sebulan. Indeks jisim badan (BMI) kurang daripada 20 kg/m2 atau melebihi 30kg/m2 akan memberi kesan kepada seseorang wanita untuk menghasilkan telur dengan sempurna. Penurunan berat badan bagi puan amat penting sebagai langkah rawatan bagi masalah ketidaksuburan dan juga bagi menghindarkan daripada mengalami masalah lain berkaitan obesiti.

Sokongan mental, fizikal, spiritual dan juga kewangan antara suami dan isteri amatlah penting dalam menjalani rawatan infertiliti. Saya amat yakin bahawa suami puan akan bekerjasama dalam rawatan yang akan dijalani nanti. Waktu yang sesuai untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan adalah setelah setahun berkahwin iaitu dalam masa itu berusaha gigih untuk mendapatkan zuriat tetapi masih gagal. Jadi amatlah elok untuk puan segera ke klinik bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Langkah pertama yang paling baik adalah berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat, penerangan berkenaan waktu subur, pengambilan penyiasatan darah hormon pada waktu tertentu seperti ujian darah bagi hormon perangsang folikel (follicle stimulating hormone-FSH), hormon peluteinan (luteinising hormone -LH), estradiol (E2) pada hari kedua atau ketiga waktu haid dan ujian hormon lain jika perlu.

Tentang niat untuk mengambil anak angkat, mungkin boleh ditunda dahulu. Saya agak teknik hubungan kelamin puan bersama suami sudah betul. Kalau perlu, puan dan suami boleh dapatkan buku-buku teknik hubungan kelamin yang banyak di pasaran.

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid tidak teratur pula perlu menjalani ujian darah tambahan bagi hormon Prolaktin, hormon tiroid dan hormon testosteron. Selepas itu, rawatan dan pemeriksaan selanjutnya akan dijalankan.

Seterusnya adalah pemeriksaan faraj bagi mengetahui saiz dan kedudukan rahim. Pada masa sama, ujian Pap smear boleh dijalankan.

Selain pemeriksaan faraj, puan perlu menjalani ujian imbasan ultrabunyi melalui faraj yang dikenali sebagai ‘transvaginal sonography’ (TVS). Tujuannya untuk mengesan sama ada rahim seseorang wanita tersebut normal atau mengalami ketumbuhan seperti endometriosis, fibroid dan sebagainya selain mengetahui kedudukan rahim sama ada ke depan (anteverted) atau ke belakang (retroverted).

Saya doakan semoga cita-cita yang diidamkan oleh puan dan suami tercapai. Jangan sesekali jemu dan berputus asa, Insya-Allah akan ada sinar di sebalik impian tersebut.



Panjang artikel ni, puas hati baca.
Kadang dalam hati meronta-ronta nak tanya pelbagai soalan pada doktor klinik OnG, tapi bila dah berdepan, hilang idea nak tanya apa.

Kesimpulan artikel ni, aku ringkaskan kat sini:

a) Berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan penerangan berkenaan waktu subur, 

b) Pengambilan penyiasatan darah hormon pada waktu tertentu seperti ujian darah bagi hormon perangsang folikel (follicle stimulating hormone-FSH), hormon peluteinan (luteinising hormone -LH), estradiol (E2) pada hari kedua atau ketiga waktu haid dan ujian hormon lain jika perlu.

c) Jika mempunyai kitaran haid tidak teratur, perlu menjalani ujian darah tambahan bagi hormon Prolaktin, hormon tiroid dan hormon testosteron. Selepas itu, rawatan dan pemeriksaan selanjutnya akan dijalankan.

d) Seterusnya adalah pemeriksaan faraj bagi mengetahui saiz dan kedudukan rahim. Pada masa sama, ujian Pap smear boleh dijalankan.

e) Selain pemeriksaan faraj, jalani ujian imbasan ultrabunyi melalui faraj yang dikenali sebagai ‘transvaginal sonography’ (TVS). Tujuannya untuk mengesan sama ada rahim seseorang wanita tersebut normal atau mengalami ketumbuhan seperti endometriosis, fibroid dan sebagainya selain mengetahui kedudukan rahim sama ada ke depan (anteverted) atau ke belakang (retroverted).


Bila dah baca artikel ni, baru aku nampak gambaran step-by-step prosedur yang aku kena lalui lepas ni memandangkan masalah aku lebih kurang sama dengan orang yang bertanya soalan dengan Dr Zubaidi Hj Ahmad ni. Obesiti dan penyakit-penyakit lain. Since, sejak awal aku rujuk doktor OnG, inilah perkara pertama yang disebut. Kurangkan berat, kurangkan berat dan kurangkan berat.

Jadi nampakkan kenapa aku berusaha untuk mendapatkan berat badan ideal selama ini? Sebab aku tahu, selagi mana aku masih dengan berat badan dulu (80.6kg), agak sukar untuk aku meneruskan usaha aku untuk hamil. Bukannya aku kata, orang yang berlebihan berat badan ni tak boleh mengandung, ada je yang berbadan besar mengandung dan ada anak. Tapi, banyak faktor-faktor lain yang bersangkut paut dengan isu berat badan ni terutamanya kehamilan. 

Masa pergi berurut dulu pun, nenek tu cakap lemak banyak sangat kat perut aku ni, payah nak jumpa tempat penting nak tekan dan urut. Bila banyak sangat lemak degil duduk di sekeliling dinding rahim, menyusahkan proses pensenyawaan. Tiub rahim terkelepet belakang lelemak tu, jadi air mani setakat bertakung dan tak masuk sampai ke dalam, tu yang boleh sampai meleleh keluar balik. 

Nanti ada yang tanya aku, ada je orang yang berat badan normal tak mengandung-mengandung pun? Period datang setiap bulan, suami pun tak bermasalah? Itu kes lain, tak boleh nak samakan dengan kes aku. Mungkin dari segi berat badan mereka tiada masalah macam aku ni, tapi mungkin ada masalah lain yang kita tak tahu kan? Rezeki kesihatan masing-masing tak sama. Selagi mana boleh diselesaikan, kita cuba selesaikan; kena usaha lebih sedikit. Macam aku, kena usaha dari segi kewangan dan masa, untuk dapatkan berat badan yang sesuai. Siapa yang tak sayang duit, tapi kalau duit menimbun dalam akaun bank pun, tapi masalah kesihatan tak selesai, tak guna juga.

17 April 2013

Senarai Penuh Calon BN Negeri Melaka, Negeriku Sayang

Sumber Gambar : Google

17 April 2013.

BERIKUT senarai penuh calon BN di Melaka:

PARLIMEN

Masjid Tanah: Mas Ermieyati Samsudin (Umno - muka baru)

Alor Gajah: Datuk Koh Nai Kwong (MCA)

Tangga Batu: Datuk Prof Madya Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Umno - muka baru)

Bukit Katil: Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Umno)

Kota Melaka: Dr Yee Kok Wah (MCA - muka baru)

Jasin: Datuk Ahmad Hamzah (Umno)


KERUSI NEGERI

Kuala Linggi: Datuk Ismail Othman (Umno) 

Tanjung Bidara: Datuk Kapt (B) Ab Karim Sulaiman (Umno)

Ayer Limau: Amiruddin Yusof (Umno)

Lendu: Sulaiman Md Ali (Umno - muka baru)

Taboh Naning: Datuk Latipah Omar (Umno)

Rembia: Datuk Norpipah Abdol (Umno)

Gadek: Datuk M.S Mahadevan (MIC - muka baru)

Machap: Datuk Lai Meng Chong (MCA)

Durian Tunggal: Datuk Ab Wahab Ab Latif (Umno) 

Asahan: Datuk Abdul Ghafaar Atan (Umno)

Sungai Udang: Datuk Idris Haron (Umno) 

Pantai Kundor: Datuk Ab Rahaman Ab Karim (Umno)

Paya Rumput: Sazali Md Din (Umno - muka baru)

Klebang: Lim Ban Hong (MCA - muka baru)

Bachang: Chua Lian Chye (Gerakan - muka baru)

Ayer Keroh: Yong Fun Juan (MCA - muka baru)

Bukit Baru: Karim Yaacob (Umno - muka baru)

Ayer Molek: Datuk Md Yunos Husin (Umno) 

Kesidang: Lim Eng Teck (MCA - muka baru)

Kota Laksamana: Datuk Chiw Tiang Chai (PPP - muka baru)

Duyong: Datuk Gan Tian Loo (MCA)

Banda Hilir: Ronald Gan (MCA - muka baru)

Telok Mas: Datuk Latiff Tamby Chik (Umno)

Bemban: Datuk Ng Choon Koon (MCA - muka baru)

Rim: Datuk Ghazale Muhamad (Umno)

Serkam: Zaidi Atan (Umno - muka baru)

Merlimau: Roslan Ahmad (Umno)

Sungai Rambai: Datuk Hassan Abdul Rahman (Umno)


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Yang dibold dan italickan itu adalah calon Dun dan Parlimen tempat aku akan mengundi. Aku pernah ada pengalaman bertemu muka dan berbual dengan calon Parlimen Tangga Batu ini, malah pernah mengikuti ceramah beliau dalam kursus aku tahun lepas. In shaa Allah, personaliti 'down-to-earth' beliau sedikit sebanyak membantu persepsi positif masyarakat.

Calon Dun Sungai Udang pun biasa berjumpa di majlis-majlis rasmi dan kenduri kendara kampung aku. Mungkin yang disebut-sebut sebagai bakal pengganti kerusi Ketua Menteri Melaka ini boleh menyambung legasi Ketua Menteri Melaka sedia ada - berkhidmat untuk rakyat Melaka 24 jam 7 hari seminggu, in shaa Allah!

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 


Petikan artikel :

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Wira Idris Haron akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang.

Pencalonan bekas penyandang Ahli Parlimen Tangga Batu itu sekali gus menguatkan spekulasi beliau bakal menjadi Ketua Menteri Melaka yang baru.

Idris yang menjadi Ahli Parlimen Tangga Batu selama dua penggal juga adalah Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Pengumuman nama Idris dibuat Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di kediamannya di Seri Bendahara, pagi tadi.

Sumber Artikel : Di Sini

5 Mei 2013 adalah tarikh kita keluar mengundi. 
Pilihlah dengan bijak!

Kek Batik Biskut Marie : Versi Berwalnut Bagai


17 April 2013.

Sindrom nak main masak-masak kembali. Terkeliur tengok orang lain buat kek batik biskut marie. Kan aku dah bilang, resepi mudah-mudah je yang aku suka buat, jadi ini kira mudah jugak la. Dalam mudah-mudah pun, dua kali buat; 1st buat coklat berketul dan tertekan adunan kuat sangat sampai padat, bila sejukkan berdentum gigi nak gigit - fail !, 2nd buat (yang kali ni), bahan semua lengkap, boleh plak aku terlupa walnut dan badan hancur dalam oven...terhangit skit - fail jugak!.

Bahan-bahan macam kat gambar atas, aku google dua tiga resepi, saja nak buat kelainan aku tambah walnut dan badam hancur yang dipanggang. Crunchy la juga~  


1 - Panggang walnut dan kacang badan hancur sampai garing.
2 - Panaskan 250gm buttercup.
3 - Masukkan lebih kurang 200-250gm serbuk milo. Jangan lupa letak sedikit esen vanilla kasi wangi. Susu manis F&N pun letak sedikit je, jangan banyak-banyak....manis yang amat!
4 - Bila dah nampak coklat tu berbuih-buih, masukkan biskut marie yang dah dipatah-patah kecil. Gaul cepat-cepat, bagi semua kena.


1 - Taburkan walnut dan badam panggang tadi. Kacau lagi sampai mesra.
2 - Masukkan dalam bekas dulang empat segi, kemudian tekan bagi rata atau mampat skit.
3 - Godek-godek peti ais jumpa coklat rice warna-warni, tabur atas kek batik. Takde pun tak pe.
4 - Sejukkan dalam peti ais untuk 2-4 jam.

16 April 2013

Temujanji Klinik OnG April 2013

16 April 2013.

Sebenarnya hati aku gementar menanti temujanji dengan klinik OnG GH Melaka hujung bulan April ini. Temujanji ke-2 untuk tahun 2013. Yang pertama pada bulan Januari lepas, yang mana aku direhatkan daripada ambil apa-apa ubat pil hormon, pil perancang keluarga dan pil turun darah. Semua atas keputusan aku sendiri selepas diberi pilihan oleh doktor. Aku ingin cuba mendapatkan kitaran haid aku secara semulajadi tanpa bantuan ubat. 

Alhamdulillah, aku didatangi period setiap bulan (Jan, Feb, Mac dan April). Walaupun jumlah CD yang tak menentu dan bilangan hari period dalam linkungan 1-6 hari, malah pernah period dua kali sebulan tahun ini, sekurang-kurangnya period datang tanpa dipaksa secara chemically. Syukur sangat-sangat. 

2010 : period yang boleh dikira dengan jari berapa kali aku bertemunya; 

2011-2012 : period yang dibantu dengan ubat turun darah, ubat hormon dan ubat perancang keluarga. 

2013 : In shaa Allah, aku nak cuba period secara semulajadi dan tanpa paksaan ubat.

Mulai semalam juga (15 April 2013), encik suami mula 'berpuasa' sehingga 19 April 2013, persediaan untuk pengambilan sampel sperma di Jabatan Patologi, GH Melaka. Nasib baiklah aku habis period pada 14 April 2013, jadi 'sempat' lunaskan apa yang patut sebelum terlambat. :p

Keputusan ujian sperma akan dibincangkan bersama semasa temujanji di Klinik OnG nanti, aku berharap ada berita menyenangkan untuk persediaan kami kali ini.

Keputusan klinik satu lagi pun Alhamdulillah, semua under control dan aku ada minta satu salinan laporan dari doktor Poli KK Ayer Keroh untuk aku tunjukkan pada doktor pakar OnG nanti, mungkin lepas ni doktor OnG dah boleh cadangkan rawatan kesuburan seterusnya.

15 April 2013

Abah : Kerinduan Yang Tak Terucap

15 April 2013.

Hari Ulangtahun Melaka Bandaraya Bersejarah. Juga hari ulangtahun arwah Abah yang ke-68 tahun ini. 

Aku baca semula sms terakhir dari Abah. Penyesalan yang tiada penghujungnya sehingga ke saat ini. Rindu aku pada arwah Abah, hanya Allah sahaja yang tahu. Tersangat rindu. Kerinduan yang tak terucap dengan kata-kata.

Ya Allah, temukanlah aku dengan arwah Abah saat aku kembali kepadamu nanti. Satukanlah dan temukanlah kami sekeluarga di Padang Mahsyarmu nanti.

13 April 2013

Mak : Keluar Wad Dan Rawatan Seterusnya


13 April 2013.

Alhamdulillah...pukul 10 lebih malam tadi selamat sampai di rumah dengan mak, bibik dan encik suami dengan 2 kereta. Kereta aku, ada mak, bibik dan kerusi roda mak. Kereta encik suami penuh dengan beg baju mak dan bibik, kerusi malas utk bibik tidur dan barang-barang lain. Ikutkan mak dah boleh discharge belah petang, tapi bila doktor dah cabut tiub yang cucuk tepi leher mak tu pukul 4.00 petang, perlu 4-5 jam untuk tengok luka berhenti keluar darah dan doktor nak monitor keadaan mak. End up, sampai pukul 8.00 malam aku dan encik suami berkampung di luar wad mak untuk tunggu doktor beri senarai ubat yang perlu diambil di farmasi utama GH Melaka dan borang daftar keluar daripada nurse.

Itu ini itu ini, jam 9.30 malam baru serah resit hasil (Alhamdulillah!..tiga kali keluar masuk 2 hospital, buat fistula operation dan bekalan ubat yang maha banyak, mak tidak dikenakan apa-apa bayaran, percuma semuanya sebab mak pesara kerajaan) pada staf nurse di kaunter wad mak. Nurse tu beritahu, tarikh ambik darah mak dan temujanji dengan klinik pakar buah pinggang mak akan diberitahu pada hari Selasa depan memandangkan dah lewat malam dan kebetulan isnin depan Melaka cuti. Tarikh buka jahitan fistula tu di KK Sungai Udang adalah pada 22 April ini.

Mak punya seronok nak balik, dah siap berbedak muka dari jam 6.00 petang, tukar siap-siap baju kurung jam 8.00 malam, alahai....dah rindu sangat rumah sendiri agaknya.

Pagi ni, aku dan adik aku nak ke pusat dialisis berdekatan rumah untuk perbincangan lanjut pendaftaran mak. Benda ni masih baru pada kami, banyak yang kami perlu belajar dan adaptasi untuk keselesaan mak. Doa kami cuma satu, agar mak tak perlu jalani dialisis. Tapi kalau keadaan buah pinggang mak tak mengizinkan, kami cuba berikan yang terbaik untuk bonda nan seorang ini.

12 April 2013

Datuk LCW : Kingston Lee

Sumber Gambar : FB Oh! Media

12 April 2013.

Eh, tetiba masa tengok FB ternampak status terkini Oh! Media tentang kelahiran bayi pasangan Datuk LCW dan Datin WMC. Huhu~ bestnya dah dapat baby!

EPO : Makan Semula, BiO-LIFE dan Efamol


12 April 2013.

Dah dekat dua tahun lebih aku tinggalkan amalan pemakanan supplemen Evening Primrose Oil atau lebih dikenali dengan istilah EPO. Kali terakhir beli dulu, aku beli pek berkembar tiga botol sebab harga promosi lebih murah. Sempat habis sebotol setengah sahaja, lepas tu aku berhenti makan. Dah lupa dah kenapa berhenti makan, tapi ada kaitan dengan info di internet dan testimoni orang yang pernah makan EPO ni, berat badan bertambah. 


Bila tengok entri Suwaibah (Sue) pasal EPO ni, terdetik pula nak sambung makan baki EPO yang tersimpan lama dalam laci pejabat. Nasib baik tarikh tamat EPO ni adalah tahun depan, 2014. Masih sempat habiskan stok sedia ada sebelum beli yang stok baru. Stok EPO yang aku makan sekarang adalah dari jenama BiO-LIFE dos 1000mg. 



Bila google tentang EPO brand apa yang paling baik, terjumpa satu forum yang bincangkan kebaikan EPO dari segi peratusan GLA yang terdapat dalam EPO. Jenama Efamol paling disarankan memandangkan peratusan GLAnya yang paling tinggi di pasaran iaitu 33%, which means lebih berbaloi dan lebih efektif pada tubuh badan kita berbanding jenama lain yang peratusan GLAnya sedikit.


Nampak tak? Dos 1000mg EPO BiO-LIFE ni mengandungi 10% GLA sahaja. Ini ikutkan, peratusan biasa je. Takpe la, habiskan makan dulu baru boleh beralih kepada brand Efamol.


Ni contoh botol EPO jenama Efamol. Ada dua tiga jenis dos bagi EPO jenama Efamol ni, kena pandai cari farmasi yang jual la.


Ni stok EPO jenama Efamol yang aku jumpa di Farmasi Caring di Mahkota Parade. Harga boleh tahan laa~ Botol dia pun besar bagak. Heh~ tunggu tunggakan gaji bulan ni la baru boleh mula survey harga EPO jenama Efamol ni semula di farmasi-farmasi.

Testimoni aku sepanjang makan EPO seminggu dua ni, kebetulan aku makan sewaktu tunggu period dan semasa tengah period. Hanya rasa mild period cramps pada hari pertama period, lepas tu tak de rasa dah. Nanti aku akan rebiu kesan EPO lepas period dan kesan pada diet aku, in shaa Allah. Kalau aku lupa, tolong ingatkan aku, tau?

11 April 2013

Mak : In Shaa Allah Boleh Keluar Wad Esok


11 April 2013.

Masuk balik opis untuk selesaikan kerja-kerja yang tertangguh di opis lepas jenguk mak di GH Melaka. Ada berita baik, doktor dah beri hint-hint mak dah boleh discharge esok. Apa-apa kena tunggu kata putus daripada doktor pakar. Cuma doktor minta cari dulu di mana lokasi nak buat rawatan dialisis di luar, sebab kalau ikutkan rekod hospital, kebanyakkan tempat khidmat dialisis sudah penuh. Bila dah dapat tempat, baru doktor boleh keluarkan surat rujukan untuk mak mulakan dialisis.

Doktor pakar yang buat pembedahan mak ada beritahu kami adik beradik termasuk mak sendiri, selepas pembedahan ni, mak dilarang minum kopi, teh dan aiskrim (terutamanya aiskrim vanila) sebab makanan dan minuman ini boleh menyebabkan saluran mengecut dan memperlahankan tekanan darah. 

Tangan mak yang dah buat tapak dialisis ni pun kena jaga dengan lebih berhati-hati; tak boleh anduh benda berat-berat, tak boleh kendong cucu, tak boleh beri tekanan sangat, tidur pun tak boleh hempap tangan tu. In shaa Allah, kami akan sentiasa saling mengingatkan mak.



Mak kata, doktor yang bukakan balutan pada luka pembedahan, untuk dedahkan kepada udara. Aku seriau takut kena jangkitan, tapi doktor dah sembur dengan antiseptik dan ubat tutup luka.

Mak : Kronologi Pembedahan Fistula (10 April 2013)