11 April 2013

Mak : In Shaa Allah Boleh Keluar Wad Esok


11 April 2013.

Masuk balik opis untuk selesaikan kerja-kerja yang tertangguh di opis lepas jenguk mak di GH Melaka. Ada berita baik, doktor dah beri hint-hint mak dah boleh discharge esok. Apa-apa kena tunggu kata putus daripada doktor pakar. Cuma doktor minta cari dulu di mana lokasi nak buat rawatan dialisis di luar, sebab kalau ikutkan rekod hospital, kebanyakkan tempat khidmat dialisis sudah penuh. Bila dah dapat tempat, baru doktor boleh keluarkan surat rujukan untuk mak mulakan dialisis.

Doktor pakar yang buat pembedahan mak ada beritahu kami adik beradik termasuk mak sendiri, selepas pembedahan ni, mak dilarang minum kopi, teh dan aiskrim (terutamanya aiskrim vanila) sebab makanan dan minuman ini boleh menyebabkan saluran mengecut dan memperlahankan tekanan darah. 

Tangan mak yang dah buat tapak dialisis ni pun kena jaga dengan lebih berhati-hati; tak boleh anduh benda berat-berat, tak boleh kendong cucu, tak boleh beri tekanan sangat, tidur pun tak boleh hempap tangan tu. In shaa Allah, kami akan sentiasa saling mengingatkan mak.



Mak kata, doktor yang bukakan balutan pada luka pembedahan, untuk dedahkan kepada udara. Aku seriau takut kena jangkitan, tapi doktor dah sembur dengan antiseptik dan ubat tutup luka.

2 comments:

  1. o mak yani dh selamat buat fistula ek? alhamdulillah sumenya selamat...

    ReplyDelete
  2. anna: haah, dah selamat buat fistula, tapi setakat tengahari ni masih di GH Melaka, kalau doktor pakar kata ok, petang ni dah boleh discharge. esok nak pergi pusat rawatan dialisis dekat rumah, dh buat appointment untuk survey tempat dan servis dia.

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)