06 July 2015

Borong Kerepek Raya Produk IKS

6 Julai 2015.

Sambungan Entri : Kerepek & Keropok Raya 2015 

Minggu ni balik berbuka di Seremban lagi. Alang-alang balik ikut jalan lama (Alor Gajah - Rembau - Seremban), singgah sekali harung ke kedai kerepek di Sungai Petai, Alor Gajah. Haritu masa tengah sahur, browse FB dan ternampak ada promosi kerepek raya di FB Page Saya Anak Melaka (SAM). Aku sebenarnya ada planning nak turun Ayer Itam semata-mata nak pergi cari kerepek raya terutamanya kerepek bawang. Nasib baik jumpa FB Page SAM ni yang promosi kedai kerepek produk IKS Melaka dan Johor ni, jadi singgah beli kat sini je la.

Borong enam jenis kerepek/keropok untuk cukupkan syarat je. Belikan juga kerepek untuk kakak yang tumpang order. Kakak owner kedai siap tanya, macam mana tahu pasal kedai dia ni? Aku cakap jumpa promosi kat dalam FB SAM tu, dia gelak seronok, siap cakap berkesan juga dia promote kedai dia dalam FB page SAM tu.

Alhamdulillah, oklah servis kat sini, kakak tu siap beri suggestion kerepek mana satu yang sedap, dan biasa orang borong banyak. Pilihan kerepek/keropok pun banyak.



P/s : Ok la, dah boleh pejam mata bab kerepek raya, fokus pada benda lain pula.
 

10 comments:

  1. saya tak bli pape pun lagi ingat nak cari kerepek je raya ni ...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni beli pun sebab nak elak bersesak barat hujung-hujung Ramadhan nnt....semua dah sedia awal, nanti dah fokus untuk benda lain plak.

      Delete
  2. wahhh, tapi memang betul, raya-raya ni memang sedap borong kerepek jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah memang pasang niat tak mahu beli kuih raya jenis bertepung....kot teringin sgt nak makan....cari kat rumah orang lain la...hehehhe....

      Delete
  3. macam best..kat KL ni entah mana IKS. tak tahu plak. Biasa order dr member yg duk Banting. Tu ari dia bagi dua plastik. Satu plastik dah abis kiterang makan buat kunyah2 lepas terawih tu. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....sib baik jumpa kedai ni dulu. Kalau tak, confirm dah masuk highway turun Ayer Itam minggu depan cari kerepek...huhuhu. Bahaya sebenarnya beli kerepek ni awal-awal, ada je yang kang gatal tangan nak keluarkan dan masuk dalam bekas tupperware, pastu kejap2 bukak rasa...tahu2 dah habis je. Balik kang nak sembunyikan la....hahahha

      Delete
  4. ida ape pun tak belii. ishk busy benor nk pergi mencari..... order online takleh kee hihihihihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu....awak kan setiap hujung minggu kan sibuk gi event blogger awak tu....huhuhu...

      Delete
  5. Tumpang tnye..kedai ni hanya membekal atau memproses kerepek tu skali ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya, kedai ini hanya bekalkan kerepek, tak pasti kalau sekarang dah luaskan skop bisnes kepada memproses dan bekalkan sekali.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)