29 June 2015

Kerepek & Keropok Raya 2015

29 Jun 2015.

Azam tahun ni beraya dengan kerepek raya. 
Dari sebelum bulan Ramadhan promosi kuih raya dan sesi sampling kuih-kuih raya dah bermula di pejabat. Alhamdulillah setakat ini belum ada keinginan nak beli kuih raya (kuih raya jenis bertepung). Belajar dari pengalaman tahun lepas, namanya. Tahun ni memang selektif sungguh-sungguh, tak nak dah beli ikut nafsu. Kikis terus sifat tengok orang lain beli, aku pun nak beli sama...no more, no more!

Lagipun tahun ni giliran beraya di rumah mertua, jadi persiapan kuih raya tak ade la beria-ria sangat. Setakat menambah satu dua jenis je. Tahun lepas dalam berjimat cermat pun, dekat dua tiga ratus ringgit juga la habis semata untuk persiapan kuih raya.

Kebetulan semalam, Bangah aku nak ke rumah mak sedara belah arwah mak, nak cari kalau ada jual kerepek dan kuih raya tradisional. Aku baru teringat, arwah mak selalu juga membeli kuih raya dri mak sedara aku ni setiap kali raya. Bangah kata tahun ni Busu Mariam ada buat kuih tiram/ lidah buaya, kuih ros dan kerepek pisang (pisang nangka dan pisang tanduk). Aku menyelit tempahan pada Bangah, suruh tolong belikan semua kerepek/kuih raya tu dua balang/pek setiap satu jenis.


P/s: Raya ni juga nak pastikan tiada kes macam tahun-tahun sebelum ni....kuih raya berbaki sampai 2-3 bulan lepas raya! Hoh.....to play safe, beli sebalang dua (atau pek) je untuk setiap jenis kerepek/kuih raya. Kalau habis, habis la...takde nak restok lagi. 

4 comments:

  1. dlm keadaan ekonomi yg x menentu ni mmg baik la kita berjimat cermat kan yani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes betul tu ST, lagipun bonus aka bantuan khas kewangan kami org gomen dapat tahun ni alahai....huhuhu! Dah tak tahu nak berjimat cermat mcm mn lagi dah....dah habis berjimat dah tu....

      Delete
  2. mana nak cari pisang tanduk ni. Payah la nak dapat.
    Dengar cita sekilo harga sampai RM30.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti la Atie...Yani ni pun beli kerepek pisang readymade yg mak sedara jual...kebetulan plak ada stok kerepek pisang tanduk ni.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)