06 December 2016

Jatuh Chinta Pada Terminus Bright Tote 3.0


Krdt pic to FB Page Terminus

6 Disember 2016.

Minggu lepas, melintas satu FB Ads tentang satu beg tangan Terminus Bright Tote 3.0 di FB Feed aku. Belek-belek gambar dan video, nampak macam menarik. Macam tahu-tahu je aku tengah nak beli beg tangan baru.


Krdt to FB Page Terminus

Aku ni kan, bukan jenis heran sangat brand atau harga, tapi lebih memandang kepada pratikaliti kegunaan sesuatu beg tu. Kalau boleh, biar boleh cater semua keperluan aku. Tak nak la beli mahal-mahal, design lawa tapi tak praktikal. Bila tengok video tentang beg ni, aku nampak apa yang aku boleh buat dengan beg ni. Di antara ciri-ciri beg ini adalah:-


Once again TERMINUS created an innovative tote bag - TERMINUS Bright Tote 3.0 which never seen before specially design to prevent you from not finding your small items in the dim places especially your keys. Have it and never be afraid in the dark environment can't find my keys!
It illuminate the interior when you unzipped the bag and off when zipped 
3 colours choice RED ,BLACK , NAVY BLUE.



TERMINUS Bright Tote 3.0 is designed especially for ladies with functions:-
- Auto lighted by LED when unzipped
- Operated by ordinary AAA batteries 
- Fits tablet or up to 13-Inch Laptop
- Outer pocket to facilitate for mobile phone, umbrella and water bottles, etc
- It comes with detach purse, for coins, credit card, business card or tissue paper


Bila aku PM Admin FB Ads tu tanya tentang harga, dia maklumkan harga promosi terhad sempena perayaan Krismas ini adalah sebanyak RM330 (diskaun 30% dari harga asal RM470) bermula 25 November sehingga 11 Disember 2016 ini. Mula-mula, aku rasa berminat dengan pilihan warna hitam sebab sesuai digayakan dengan apa-apa warna pakaian dan nampak elegan. Cuma bila tak dapat pegang dulu dan belek betul-betul, mesti rasa tak puas hati, kan?

Aku ada cuba mencari info tentang outlet terdekat brand Terminus ini, alhamdulillah rupanya ada sebuah outlet Terminus di dalam pasaraya Tangs di The Shore. Terus whatsapp suami dan ajak dia ke The Shore selepas waktu bekerja. Bila dapat tengok sendiri kualiti dan warna sebenar beg ni, kami suami isteri bersetuju pilihan warna merah lebih menyerlah berbanding warna hitam (warna hitam tu nampak macam lebih kurang beg laptop plak...huhuhu!).


Apa yang buat aku tertarik dengan beg tangan ini? Inilah ciri utama yang aku nampak dan menarik perhatian aku....ciri-ciri built in magnetic sensor LED yang memudahkan pencarian item di dalam beg bila berada di tempat gelap / malam. Selain itu, rekabentuk beg ini telah mendapat pengiktirafan Reddot Design Award : Honourable Mention 2013, yang mana pereka beg ini adalah Giselle Lee, pereka tempatan lulusan Kolej Universiti Lim Kok Wing.



Nasihat aku, kalau korunk jenis macam aku (nak tengok dan pegang dulu sebelum beli), lebih baik korunk pergi terus ke outlet Terminus dan rebiu sendiri untuk kepuasan diri sendiri. 

2 comments:

  1. omg!ada lampu!!i sooo need this! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu...setelah banyak kali kena sound dengan suami sebab makan masa lama nak jumpa kunci dalam handbeg, rasanya memang beg ni boleh bantu jadi lebih well-organize. Part lampu tu yang paling win.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)