27 November 2014

Buah Hati Pengarang Jantung

 
27 November 2014.

Ni sebahagian daripada buah hati pengarang jantung kami suami isteri sekarang ini. Ini kucing-kucing yang tinggal dalam rumah, kat luar rumah pun ada. Setiap kali nak memasak kat dapur, duk berperang dengan mereka-mereka ni sebab diorunk suka main dekat area kaki.



Charlie, Tiger dan Kiki ni adik beradik, baru berumur 2 bulan. Mereka ni anak kepada mak kucing nama Mama tu. Charlie dan Tiger jantina jantan, Kiki je betina. Asyik la kena buli dengan abang-abang dia. Charlie ni paling lincah, kadang-kadang kalau nakal sangat...aku panggil dia Abang Long Fadil...hahah! 

Tiger jenis budiman, suka duduk sebelah kaki aku masa aku tengah memasak, pastu tahu-tahu je dah ada bawah kain baju kelawar aku, bila angkat sikit kain...tengok-tengok je dia tengah pandang arah ke atas....kaki skodeng ni! Huhuhu...Kiki pula jenis lembik. Pergerakan dia slow berbanding abang-abang dia. Suka menempel pada Mama dia.


 

Ni dua beradik; Emma dan Chacha Maembong ni, suami jumpa masa kecik kat garaj kereta. Masa mula-mula jumpa tu memang garang sangat, mungkin sebab ketakutan atau trauma. Memang susah nak pegang diorunk ni sampai kena kurung dalam sangkar. Ambil masa nak jinakkan dan kawankan dengan anak kucing yang lain.

Sekarang ni dah boleh bergaul mesra, asyik la membuli anak-anak kucing yang lain. Walaupun dua-dua ni betina, tapi lincah macam kucing jantan.....lompat sana sini, panjat pagar lepastu tak reti turun.Macam tak boleh jumpa lantai, suka main kejar-kejar sampai langgar kaki orang.

Susah sebenarnya nak bezakan antara Emma dan Chacha ni sebab secara keseluruhan fizikal mereka sangat sama! Warna sama, saiz sama, panjang ekor pun sama...haish! Kalau nak bezakan, kena pegang diorunk. Kalau mulut bising dan tak suka dipegang lama-lama tu...tu Chacha. Kalau diam je tak melawan dan kurang mengiau...itu Emma si Lembut. Jadi, kelmarin kami belikan rantai leher untuk bezakan mana satu Emma, mana satu Chacha....



8 comments:

  1. amboi,,,"putih" nya maembong! hehe..
    bestnye ade kucing kat rumah..me n husband pun suka kucing,tp keadaan x mengizinkan nak ada kucing kat rumah..sob2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....memang sengaja letakkan nama dua beradik ni Emma & Chacha Maembong...
      Sejak dua menjak ni dah pakai rantai berloceng tu, kemain benak kepala bila masing-masing dok bergerak sana sini. Lepas ni dah boleh tukar nama Meenachi dan Letchumi (bising sgt bunyi loceng!) pulak.

      Nape tak boleh bela kucing Umi? Jiran tak suke ye?

      Delete
  2. Kiyuttnye kucing2 ni! sama je rupa chacha & emma ni. twins!
    erin suke tengok kucing pakai loceng. ;) erin suka kucing tapi hubby pulak yang takut ngan kucing. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emma & Chacha memang susah nak dibezakan....huhu! Suami Yani plak gila kucing tahap extreme....ni dok warning dia..limit kucing kt rumah ni 13 ekor je..kalau ada penambahan, kena buang atau bagi orang kucing yang sedia ada....kalau x buat mcm tu, abis semua kucing dia nak ambik bela....

      Delete
  3. Yani...ati pun suka kucing...nanti bila2 nak buat entry pasal kucing peliharaan juga. harini nyaris hilang 1 ekor gara2 sebelum tidur semalam hubby lupa selak pintu sangkar kucing. Nasib baik dia tak pergi jauh. Melepak kat rumah jiran hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh...Atie pun bela kucing juga ye skrg ni? Nanti jgn lupa buat entry pasal kucing2 Atie ye?

      Sekarang ni lepas balik kerja memang nak balik rumah cepat2 sebab rindu kat kucing2 kat rumah tu....hujung minggu pun rasa malas nak keluar sebab lebih seronok layan kerenah mereka kt rumah...

      Delete
  4. comey nya tiger!!! emma maembong? name kemainnn hihihihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama tu based pada karektor masing-masing. Emma memang manja dan lemah lembut, Chacha jenis lincah dan rebel....

      Tiger sgt macho...huhuhu!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)