16 December 2014

Buah Hati Terbaru : Katie & Garfield

16 Disember 2014.

Minggu lepas (Jumaat - 12 Disember 2014), suami mms gambar emak kucing dan 2 ekor kittennya yang duduk dalam longkang tepi bilik menjahit arwah mak. Aku dah pening kepala dah....mana pulak datangnyer kucing-kucing ni? Haritu baru je buang mak kucing dan anak-anaknya 4 ekor yang datang duduk dalam almari lama tepi rumah ni. Aku buang dekat dengan kawasan klinik haiwan, sebab memang tak kuasa nak bela banyak-banyak.

Balik dari kerja petang Jumaat tu, aku pergi jenguk ke tepi rumah, nak tengok sama ada diorunk masih ada kat situ atau tak. Eh....masih ada! Yang kittens tu awal-awal nampak macam penakut, tapi lepas pegang dah tak takut sangat. Mak dia dok bising ingat aku nak pisahkan anak dia dari dia. 

Bila belek-belek kittens tu, rasa sayang pula nak buang sebab dua-dua bulu jenis gebu dan kitten dengan warna oren macam tu aku belum bela lagi. Lincah pun lincah. Seekor betina dan seekor jantan. Bila suami sampai rumah, aku suruh suami bawa masuk dalam rumah tapi kena kurung dulu dalam sangkar sebab tak nak dua ekor mama kucing bergaduh. Biasa la, kucing yang baru jumpa memang tak sebulu dan saling jaga kawasan masing-masing.


Bila dilepaskan di ruang tamu, memang aktif bermain sesama sendiri; habis di panjat sofa dan main gaduh bergumpal. Masih belum mesra bergaul dengan anak-anak kucing yang lain. Asyik je la kena marah dengan Charlie and the gangs....huhuhu!

Kami suami isteri namakan kittens baru tu dengan nama panggilan Katie (kitten betina yang warna campur-campur) dan Garfield (kitten jantan yang warna oren putih). Mama cat kami panggil Mami.


Selfie dengan Katie dan Garfiled!

4 comments:

  1. Replies
    1. Huhuhu...kan? Memang jadi buah hati yani dan suami sekarang ni...bulu gebu dia tu rasa macam pegang kapas...

      Delete
  2. waaaaaaaa...soooooooooooo cute la...kita pun dah ada dua ekor anak bulus yang buat rumah jadi huru-hara ...ekekekeke masih belum berkesempatan nak update tentang dua budak itu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MB, ni tambahan kucing kat dalam rumah...total semua ada 15 ekor (9 dalam rumah, 6 kat luar rumah). Lepas balik kerja / masa hujung minggu baru lepaskan 9 ekor tu di ruang tamu untuk explore..memang havoc dengan keletah masing-masing....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)