07 September 2015

Mengantuk Giler, Dokumen Pertukaran Ujrah


7 September 2015.

Dah macam walking zombie dah ni. Kepala bengang sebab tidur 2 jam lebih je malam td, menyiapkan dokumen kerja. Pukul 4.30 pagi baru nak lelapkan mata. Abel temankan aku berjaga malam, kesian dia...sempat snap gambar dia meringkuk atas sofa tertidur.

Ingatkan dapat lelapkan mata sekejap pagi tadi lepas sampai pejabat...nan hado! Lepas satu, satu mesyuarat kena attend.

Owh ye...tadi staf PTPTN ada telefon maklumkan dokumen tawaran perjanjian pertukaran ujrah dah siap dan boleh ambil. Dia suruh bawak siap-siap setem hasil RM10 dua keping dan salinan kad pengenalan. Tapi dah alang-alang keluar waktu rehat, aku pergi ambil dokumen dulu di kaunter PTPTN sambil nak tanya soalan berkaitan.


Ingatkan nak selesaikan urusan ptptn ni segera, jadi singgahlah kejap kat pejabat pos nak beli setem hasil. Sekali masuk pejabat pos dan ambil nombor giliran...hambik ko! Berjanggut nak tunggu giliran lagi 46 orang. Malaslah aku...esok-esok jer la. Kepala tengah sleepy-headed mode ni memang tak boleh dibawa main.

4 comments:

  1. kepala melayang x cukop tdo...mmg ape pon xmasok kepala huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang bestnya, lepas solat Asar tertidur kat ruang solat pejabat....bangun2 je dah pukul 6 petang!!! Hahahahahaha...nasib baik tak lajak ke Maghrib/ malam....kebetulan ada PA bos masih di pejabat.....

      Delete
  2. lama dah i x berjaga malam... so far keje bleh tinggal opis sambung esok... tunggu la board meeting bulan 11 ni... huhuhu...harapnya x perlu berjaga malam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg taubat lahum x nak buat kerja mcm ni dah..tp what to do? Nak kena siapkan juga sebelum meeting...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)