02 June 2017

Kardio Dan Weight Lifting Workout Di Bulan Puasa

2 Jun 2017.

Malam tadi usai solat terawih, paksa diri untuk bersenam sekejap untuk tempoh hampir 50 minit. Kali ini aku pilih video powerwalk Leslie Sansone yang ada kombinasi kardio dan weight lifting workout. Bersenam dalam bilik beraircond pun berpeluh satu badan dibuatnya. Lama dah tak angkat dumbell, terbiar berhabuk bawah ampaian baju, kesian dia. Eh, kesian aku. Benda dah ada depan mata tapi kalau dah penyakit "M" datang, pandang dumbell pun macam tak ada perasaan. Owh ye, semalam dapat capai target 10,000 langkah sehari.

Hari ini dah genap seminggu kita berpuasa. Pagi Jumaat ni tiba-tiba jadi syahdu bila rindu pada arwah Mak menjelma. Rindu nak dengar suara Mak. Honestly, minggu lepas aku pernah luahkan pada adik beradik dalam group whatsapp, deep down sebenarnya aku rasa sunyi berbuka berdua sahaja di rumah dengan suami. Rumah besar tapi hanya duduk berdua sahaja. Rindu masakan air tangan arwah Mak. Kebetulan malam tadi, suami caj semula HP lama aku dan terjumpa ada gambar-gambar aku tengah tolong arwah Mak dan Bibik Siti buat kek carrot sebelum bergerak balik beraya turn rumah mertua tahun 2013 dulu....alahai. Rindu, rindu, rindu.......sangat. Sekarang hanya ada mak mertua sahaja tempat nak meraih kasih sayang seorang mak. 

2 comments:

  1. Baru semalam saya attend kursus diet & fitness ramadhan..coach tu bagitau waktu sesuai utk bersenam bgi bulan Ramadhan..salah satunya lepas tarawih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Fieza, memang salah satu masa yang sesuai bersenam masa bulan Ramadhan adalah selepas solat terawih atau 2-3 jam selepas berbuka bagi memastikan perut Ok dan dalam keadaan selesa. Satu lagi waktu yang sesuai 30 minit sebelum berbuka, digalakkan bersenam. Tapi bagi kita orang perempuan yang sibuk memasak, boleh je gunakan masa yang ada di dapur dengan bergerak aktif/pantas untuk bakar kalori dan bersenam selepas solat terawih macam Yani buat tu.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)