27 July 2014

Menu Berbuka Minggu Terakhir Ramadhan 2014



Menu 22 Ramadhan (20 Julai 2014)
- Berbuka dengan famili mertua di luar (Hotel The Royale Bintang Resort & Spa Seremban).
- Entri pasal Iftar di Hotel The Royale Bintang Resort & Spa Seremban boleh rujuk sini : Iftar Di Hotel The Royale



Menu 23 Ramadhan (21 Julai 2014)
- Berbuka dengan sambal goreng tempe dan ikan bilis, cendawan goreng berempah dan roti sosej bersalut cracker.
- Panaskan balik lauk kari ikan sardin.
- Mertua bekalkan buah-buahan dari kampung; manggis, langsat, pulasan dan rambutan. Tak terhabis, whatsapp adik beradik tanya siapa nak, minta suami hantarkan.


Menu 24 Ramadhan (22 Julai 2014)
- Berbuka di luar denagn rakan pejabat di Hotel Bayview Melaka.
- Entri pasal Iftar di Hotel Bayview Melaka boleh rujuk sini : Iftar di Hotel Bayview Melaka


Menu 25 Ramadhan (23 Julai 2014)
- Masak lauk gulai telur itik dan sambal ayam goreng.
- Panaskan balik roti sosej salut telur dan sambal goreng tempe dan ikan bilis.


Menu 26 Ramadhan (24 Julai 2014)
- Masak lauk gerang asam daging, masak lemak kubis dan telur dadar.
- Side menu : buah-buahan dan kurma.


Menu 27 Ramadhan (25 Julai 2014)
- Masak lauk kurma telur kentang dan goreng nugget.
- Panaskan balik lauk gerang asam daging dan masak lemak kubis.



Menu 28 Ramadhan (26 Julai 2014)
- Kak Long anak beranak balik rumah Mak hari ni, jadi aku masak lebih (untuk 8 orang makan).
- Masak lauk kurma telur kentang, sayur bayam tumis air, sambal ayam goreng dan sambal tempe ikan bilis.
- Alhamdulillah...sempat selesai masak sebelum pukul 7 malam. Berkuntau di dapur seorang diri. Hehe...



Menu 29 Ramadhan (27 Julai 2014)
- Alhamdulillah, lima daripada enam adik beradik balik beraya di rumah arwah Mak. Cuma Bangah sekeluarga je beraya di Brunei tahun ini. Kalau tak dah lengkap dah legasi arwah Mak dan Abah kali ni.
- Masing-masing masak di rumah masing-masing dan bawa berbuka di rumah Mak.
- Along masak mee goreng basah, Alang bawa rendang ayam kampung, Ateh bawa rendang daging, kuah kacang dan sambal ikan bilis. Aku buat pemanis mulut: Puding Triffle. Adik bongsu bawa lauk rendang paru limpa dan beli lemang.
- Seronoknya dapat berbuka bersama-sama, meriah dengan hiruk pikuk anak-anak buah bermain. Kami dapat solat Maghrib berjemaah dan bertakbir raya beramai-ramai. Kalau arwah Mak dan Abah masih ada, mesti seronok tengok kami beramai-ramai ada di rumah sekarang ini.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)