22 Julai 2014.
Ahad lepas balik Seremban, macam biasa balik setiap minggu untuk berbuka dengan famili mertua. Tiba-tiba masa bersiap kemas barang, terfikir nak bawa famili mertua berbuka di luar. Yang sebenarnya aku dah boring pergi bazar Ramadhan kat Seremban tu, takde benda yang menarik pun. Ulang-ulang benda yang sama je.
Suruh suami telefon kakak ipar, carikan mana-mana hotel yang ada pakej buffet Ramadhan dengan harga yang berpatutan. Banyak juga pilihan restoren dan hotel sekitar Seremban dan Senawang, harga pun ada yang murah ada yang standard hotel. Kakak ipar deal dengan The Royale Bintang Resort & Spa Seremban untuk pakej buffet Ramadhan, untuk 8 orang.
Once dah confirm deal, kami suami isteri balik berlenggang kangkung la, takde nak rush-rush balik sana. Siap sempat lagi balik ikut jalan lama, masuk Senawang dan suami bawa jalan-jalan gi tengok sekolah menengah lama dia dulu kat area Paroi.
Promosi Buka Puasa Ramadhan Buffet di The Royale Bintang Resort & Spa Seremban
Once dah confirm deal, kami suami isteri balik berlenggang kangkung la, takde nak rush-rush balik sana. Siap sempat lagi balik ikut jalan lama, masuk Senawang dan suami bawa jalan-jalan gi tengok sekolah menengah lama dia dulu kat area Paroi.
Kuih muih dan manisan. Kali ni memang readykan stok kurma untuk berbuka awal-awal. Masa berbuka kat Holiday Inn Melaka, terlupa nak ambil kurma, azan je terus makan makanan manis tanpa kurma. Haaish...
Pilihan air minuman yang disediakan; air roselle, air bandung, air mangga dan air sarsi. Ada juga air teh dan kopi.
Buah-buahan segar.
Stall mee
Mee rebus, laksa dan macam-macam lagi
Spaghetti
Popiah Mexico atau tortilla
Lauk pauk makanan kampung dan lauk nasi beriani
Lagi lauk kampung dan nasi beriani
Macam-macam jenis kerabu...ada kerabu ayam, kerabu perut, kerabu pucuk ubi...sedap-sedap!
Stall apam balik crunchy....sedap dan lembut!
Stall ABC, cendol dan aiskrim
1st batch punye makanan....
Tak tahu lah sejak bila aku terminat makan daging kambing golek...lepas makan kat Holiday Inn Melaka, kat Royale Bintang ni pun aku cari daging kambing golek ni.
Standby tunggu waktu berbuka
Famili mertua, kakak ipar dan anak-anak buah
Rojak buah-buahan, murtabak dan cendol.
Dalam pinggan aku : beef briyani, daging lada hitam, beancurd with sauce, kerabu pucuk ubi dan sambal pedas paru limpa (syorga dunia...dah lama cari sambal pedas paru dan limpa ni!)
Ada macam-macam jenis cekodok : cekodok manis, cekodok bawang dan keledek goreng.
Muka kekenyangan....ketat perut dah masa ni.
Tempat solat kat The Royale Bintang Resort & Spa Seremban agak selesa dan luas juga. Walaupun ramai orang solat serentak, tapi takde la bersesak-sesak.
suka kalau tempat solat nya selesa...menjadi faktor pemilihan tempat nak buka puasa juga kan yani :-)
ReplyDeleteHaah ST, sebab jarak waktu solat Maghrib dengan Isyak dekat-dekat, kalau boleh tak nak la berbuka tapi terlepas waktu solat Maghrib...sia-sia je amalan berpuasa kita...macam yang kat Holiday Inn Melaka tu, surau dia sempit....
Deletebetul tu, kalau nak berbuka kat luar, tempat solat tu paling utama untuk diconsiderkan. sedapnya juadah-juadah tu! yums!
ReplyDeleteMemang sedap Zura, antara sempat masuk perut ke tak je. Tapi kalau makan tmpt mcm ni, aim benda yang kita susah/jarang jumpa je, baru berbaloi. Kalau boleh buat kat rumah atau boleh beli bazar ramadhan, rasa x berbaloi gi. Yani memang 100% puas hati dpt makan paru dan limpa....favourite masakan mak dulu.
Delete