24 Julai 2014.
Lagi beberapa hari nak raya, tiba-tiba terasa nak cari kuih-kuih tradisional ni kat rumah orang. Itupun kalau ada lagi la orang yang sediakan kuih-kuih ni. Kalau tak ada pun, aku sanggup cari dan beli sendiri. Setiap kali balik ikut jalan lama ke Seremban, area Tabuh Naning tu ada je orang jual tepi jalan dalam gerai-gerai yang jual lemang tu.
1) Dodol
Tak kisah la dodol original ke dodol berperisa ke (mostly perisa durian kan?), teringin nak rasa. Kebetulan masa mesyuarat kat jabatan aritu urusetia ada dibekalkan seorang sebekas dodol durian bentuk kon kecil-kecil tu. Masih belum buka lagi, tunggu malam raya.
2) Wajik
Huish...dah cukup lama tak jumpa dan tak makan wajik ni. Dulu masa kecik-kecik, masa ikut mak pergi pasar besar Melaka dekat bus stand/ pasaraya Ocean tu, mak selalu belikan wajik ni untuk aku. Walaupun beras pulut tu keras berdentum, tapi itu yang thrill tu masa makan.
3) Wajik Kesirat / Beras Rendang
Haaa...ini lagi lama aku dah tak makan. Yang ni pun sedap juga, rasa kesat-kesat kat lidah. Basically semua manis; dodol, wajik dan wajik kesirat. Tapi tu la, macam aku cakap...aku nak rasa je, bukan nak mentedarah atau melantak banyak-banyak.Setakat nak melepaskan hajat je.
Sumber Gambar : Google
Ngidam meehoon sup utara my mum :-P ehehehhe...x sabor nak balik kampung...
ReplyDeleteST tahun ni raya mana?
DeleteMakanan apa pun mak masak, mesti jadi kegemaran anak-anak sampai bila2..kan?
Tahun ni dah tak dapat rasa air tangan masakan mak Yani lagi dah.... :(
oooo saya suka makan wajik ..hehehe...dia umpama choki-choki dalam mulut..hehehe
ReplyDeleteoh ye ke? :)
Deletecakap pasi kuih, kalau kat rumah atok, pakat dok rasa semua kuih raya atas meja. mana yang sedap memang habis dulu. tak da maknanya bertahan sampai hujung syawal, cucu-cucu semua rembat dulu dah! salam aidilfitri!
ReplyDeleteZura, Yani pun kalau dah berkumpul ramai2 dengan adik beradik kat rumah mak-mak sedara, memang serang bahagian bekas kuih raya kat meja utama je. Cari mana yang tak pernah rasa/ jarang jumpa. Salam Aidilfitri untuk Zura sekeluarga juga!
Delete:)
Akk pulak dodol tak minat sgt,tp wajik suka sgt cuma masalahnya perut ni suka berangin bisa2 sket kalau mkn pulut.,sedey..Selamat Hari Raya Aidilfitri Yani..
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidilfitri juga untuk kak Nuriz sekeluarga.... ;)
DeleteKuih-kuih raya yang jarang jumpa kecuali masa raya mmg Yani cari sampai jumpa.... skrg ni dah kurang minat biskut / kuih bertepung...