31 December 2013

Wrap Up : Disember 2013

 
31 Disember 2013.

Berat Badan : Berat terakhir ditimbang pada 31 Disember 2013 adalah sebanyak 62.6kg, ye aku tahu...ada kenaikan sedikit berbanding berat badan hujung November lepas. Kurang bersenam selepas period tempohari mungkin salah satu penyebabnya. InshaAllah, akan cuba perbaiki diri.

Rebiu Penurunan Berat Badan Sepanjang Tahun 2013:

*Hujung Disember 2012 : 72.3kg

Januari : 70.1 kg
Februari : 69.4 kg
Mac : 67.7 kg
April : 66.4 kg
Mei : 66.5 kg
Jun : 65.8 kg
Julai : 64.6 kg
Ogos : 63.9 kg
September : 64.7 kg
Oktober : 64.2 kg
November : 62.5 kg
Disember : 62.6 kg 



Jumlah penurunan dalam 1 tahun (Dis 2012 - Dis 2013) : 9.7kg
Jumlah penurunan keseluruhan (Julai 2012 - Disember 2013) : 18.0kg 


Period : Period hadir pada 21 - 24 Disember 2013, secara semulajadi pada CD29. Simptom sebelum period yang sama, skrip ulangan :) Syukur, Alhamdulillah, kitaran period semakin pendek dan tetap.


Rebiu Period Cycle Tahun 2013:
Januari : 40 hari
Februari : -
Mac : 39 hari, 12 hari (2 kali period 1 bulan)
April : 23 hari
Mei : 39 hari
Jun : 28 hari
Julai : 40 hari
Ogos : 32 hari
September : 28 hari
Oktober : 30 hari
November : 30 hari
Disember : 28 hari


Usaha TTC : Masih meneruskan usaha dengan supplemen EPO, Omega 3 Fish Oil dan lain-lain lagi. Amalan meminum susu kambing bersama buah kurma kami suami isteri seperti biasa. Encik suamiku tersayang mula makan Bio Magnesium Plus dan 21st Century Selenium 200mcg (13 November 2013) sehingga kini. 28 Januari 2014 ini, hubby akan buat ujian analisis sperma untuk kali kedua di GH Melaka.

Supplemen yang kami makan bersama adalah Abbott Surbex Zinc dan Blackmores Multivitamins & Minerals (13 November 2013). Untuk usaha TTC kali ini (Okt - Disember 2013) tiada bantuan Clomid, semuanya secara natural.

Semua usaha-usaha TTC kami suami isteri boleh dirujuk pada tab sebelah kanan ni di bawah label "Usaha BaTiK_PiNk".

Rawatan di klinik OnG GH Melaka melangkah setapak lagi, prosedur HSG (hari ini). Rebiu pengalaman HSG aku akan cuba coretkan esok. IUI inshaAllah akan dibuat tahun 2014, cepat lambat harap-harap dipermudahkan.

30 December 2013

Waktu Makan Ubat Yang Betul

Klik gambar untuk imej lebih jelas

30 Disember 2013.

Sumber Rujukan : PharmacistHouse

Peringatan untuk diri sendiri juga ni, selalu sangat culas bab-bab waktu makan ubat yang betul. Bila baca penerangan dalam gambar kat atas tu, baru faham kenapa ditekankan waktu makan ubat yang betul dari segi kesihatan dan keberkesanan ubat-ubat itu.

29 December 2013

Cabaran 90 Hari : Riadah Hujung Minggu Terakhir 2013


29 Disember 2013.

Tinggal 2 hari lagi sebelum tahun 2013 melabuhkan tirainya.
Sekejap je kan?

Semalam tak sempat nak brisk walking sebelah pagi sebab bergerak dari Seremban pukul 7 pagi, masuk highway dan sampai di rumah mak di Melaka lebih kurang jam 8 lebih. Hubby kena pergi kerja awal setiap hari Sabtu. Rancang dengan kawan nak brisk walking/jogging sebelah petang terpaksa tunda sebab mendung semacam je kat luar, lepas tu baru teringat check point 4km akan ada pasar malam ...haish!

Pagi ni pujuk juga hubby, ajak brisk walking sekejap. Tak de la ikut trek 10,000 langkah tu, cuma pusing-pusing taman perumahan dalam 5 pusingan je. Jadi ler daripada tak ada apa, kan?

Status FB (7.45 pagi) : Wake up peops! Sedar tak sedar hari ini adalah hari hujung minggu terakhir bagi tahun 2013 ini. Semoga tahun 2014 akan dipenuhi dengan lebih banyak aktiviti riadah dan amalan gaya hidup lebih sihat untuk kita semua.....amin!

Cabaran hujung minggu terakhir 2013....jom!

Sumber Gambar : FB Page Women's Health

Kaedah FITT dan 4 Asas Senaman

29 Disember 2013.

Perkongsian dari ruangan Terapi Inspirasi, keratan akhbar Berita Harian (28 Disember 2013) semalam. Jujurnya, aku sendiri tak tahu konsep FITT ni wujud. Jadi, belajar benda baru la ye.



28 December 2013

Bila Orang Dah Tak Cam, Maksudnya?

28 Disember 2013.

Cerita masa di farmasi tadi.
Macam biasa setiap minggu pergi belikan mak blood strip untuk cek glukos dalam darah.
Masa kat kaunter, nampak ada produk baru; ubat sapu losyen dan gel untuk orang kencing manis. Berbual dengan staf farmasi pasal keadaan kaki mak, biasalah, kaki orang kencing manis akan berubah warna kehitaman sebab saluran darah yang bawa oksigen ke kaki makin sempit. Lambat laun akan berubah warna.

Klik gambar di atas untuk imej lebih jelas

Macam berminat nak belikan untuk mak. Bila tanya harga, termenung juga. Agak mahal untuk saiz yang kecil macam tu. Tak apa lah, memang dah niat nak belikan untuk mak, inshaAllah ada rezeki lebih atau masuk duit bonus setengah bulan minggu depan, nak datang semula ke farmasi. Tengah-tengah berbual dengan staf tu, bos dia keluar dari bilik belakang dan masuk ke kaunter. Dia menyampuk pasal produk tu. Tiba-tiba dia tanya mana kakak you tak datang sekali? Aku dah rasa pelik semacam. 

Aku jawap, "Mana ada kakak lain? Selalu saya seorang je yang datang sini beli ubat kat farmasi you"

Dengan muka confident, bos perempuan tu balas "Eh, bukanlah...ada lagi seorang kan? You yang duduk Sungai Udang tu kan? Ada seorang kakak you yang selalu datang beli ubat tu"

Staf farmasi tu terus menyampuk "Madam, ni la kakak yang selalu datang sini beli ubat untuk mak dia tu, yang Madam ada singgah Sungai Udang hantarkan ubat haritu. Kakak ni dah kurus, kan?"

Terkejut bos perempuan tu...kelip-kelip mata pandang aku atas bawah.

"Eh, apa pasal you kurus sangat? I ingat tadi orang lain."

Aku tak tahu nak jawap apa, aku gelak je. 

"Takde la kurus, turun sikit je"

2013 - Majlis Perkahwinan Mak Sedara Yang Sama (Kali ni Abang yang kawin)

Gambar malam tadi di Kelab Shah Alam, Selangor waktu menghadiri majlis resepsi sepupu hubby belah mak mertua. Finally dapat distract soalan yang bertanya pasal zuriat kepada soalan dah kurus. Mak-mak sedara yang bertanya dah ada baby ke belum, kami jawap dengan senyuman dan ucapan belum ada rezeki lagi. Soalan bertukar tangan, isteri Boy (panggilan hubby dalam keluarga sebelah sana) dah kurus la sekarang? 

Senyum je.

 2012 - Majlis Perkahwinan Mak Sedara Yang Sama (Masa ni Adik yang kawin dulu)

 


26 December 2013

Buku-buku Untuk Misi Sihat 2014, Baju Kurung Baru Saiz 'M'


26 Disember 2013.

Malam kelmarin, singgah ke tempat kerja hubby, makan malam bersama lepas tu jalan-jalan ke kedai buku sebelum balik. Perkara normal kalau keluar dari kedai buku dengan hasil tuaian, tak pernah mengecewakan hati, tapi mungkin kad debit dan wallet lain perasaan dengan tuannya..huhu~

Kali ni beli buku Drop A Dress Size Bootcamp : Get a hot bod in just four weeks dan Women's Guide To Running : Get slim & fit, fast di MPH Bookstore. Banyak tip-tip berkaitan makanan bernutrisi dan jenis senaman yang diajar dalam buku-buku ini. Setiap satu berharga RM19.90, rasa berbaloi dengan kualiti buku-buku ini.


Antara tip yang terdapat dalam buku Drop A Dress Size Bootcamp : Get a hot bod in just four weeks.


Aktiviti awal pagi semalam (25 Disember 2013), tukar plan dari brisk-walking kepada 1 jam zumba dan weight-lifting. Jadi ler daripada tak ada buat apa-apa, tak mahu manjakan sangat badan bangun lewat dan sekadar golek-golek atas katil walaupun hari cuti.

Size 'M'....fit in. Size 'S' soon in 2014, inshaAllah!

Petang semalam jalan-jalan ke Masjid Tanah, mencari baju kurung untuk dipakai di majlis kahwin saudara belah suami. Jujurnya, kebanyakkan baju kurung dalam almari adalah baju kurung yang digunakan ke tempat kerja, dah biasa dilihat dan dah mengeloboh besar. :)

Kali ini, tersenyum sendiri sebab sudah boleh pakai baju kurung biasa bersaiz 'M'. Saiz yang tak pernah terfikir boleh disarungkan pada badan sendiri. Selama ini, baju kurung bersaiz 'XXL' dan 'XL' je yang selesa dipakai, bila baju muat, kain plak kecil atau bahagian atas kain kena lipat berkali-kali sebab labuh. Kali ini, just nice dan terletak je di badan.

24 December 2013

Diabetis Dan Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)


24 Disember 2013.

Perkongsian artikel berkaitan diabetis yang juga turut menyentuh isu didiagnosa dengan sindrom ovari polisistik (PCOS) dalam akhbar Berita Harian Mingguan dua minggu lepas.






23 December 2013

Tarikh HSG Sudah Dapat

 
23 Disember 2013.

Pukul 10 pagi tadi, telefon Unit Radiologi GH Melaka.
Maklumkan dah period Sabtu lepas, hari ni dah CD3.
Staf GH Melaka beri tarikh HSG pada 31 Disember 2013 (CD11), jam 2.00 petang.

Tanya juga sama ada doktor akan beri surat cuti sakit (MC) ke?
Jawapannya, tak.
Doktor hanya akan beri slip time sleep sahaja.
Hurm, bila risik-risik mereka yang pernah ada pengalaman buat HSG, kebanyakan ambil cuti rehat.
Dan tak memandu sendirian ke GH Melaka.
Hurm lagi...

Senarai semak pemeriksaan HSG kat atas tu :

No. 1 - Selesai!
No. 2 - Sedang dan akan lalui (Lama nyaaa...11 hari hanya boleh pandang je, tak boleh cuit..huhu!)
No. 3 - Dah sahkan dengan staf GH Melaka, dia kata tak perlu makan ubat tu sebab tak ada apa-apa alahan atau sejarah asma.
No. 4 - Dah siap sedia pad dalam drawer kereta.
No. 5 - InshaAllah kalau tak ada aral melintang.
No. 6 - Harap-harap tak terjadi la...amin!

Staf GH Melaka cakap, lepas buat HSG boleh terus ke klinik OnG untuk dapatkan tarikh temujanji dengan doktor OnG dua minggu lepas HSG. Tarikh tu tak boleh diberi awal sebab kena selesai HSG baru boleh jumpa doktor.

Rupanya, prosedur HSG di GH Melaka hanya dibuat pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat sahaja. Take note ye!

Makanan Kesuburan Lelaki

 

23 Disember 2013.

Artikel Jurnal Kesihatan dalam akhbar Kosmo Ahad 22 Disember sungguh mengamit perhatian. Hubby tengok gambar walnut tu, terus kata nak.
Ok, akan ku beli banyak-banyak untuk hubby.

Tapi bila hubby baca sumber asid folik dalam taugeh, terus geleng kepala.
Masalah ni.
Bayam dan brokoli tak ada masalah.


22 December 2013

Cabaran 90 Hari : Brisk Walking Dengan Spek Baru


22 Disember 2013.

Brisk walking pagi tadi, seawal 7.16 pagi, dan selesai lebih kurang jam 8.30 pagi menggunakan trek berjalan kaki sedia ada. Ada benda dalam fikiran yang menganggu, mulut terkunci tak mampu berbicara dan hati diasak macam-macam perasaan. Pernah tak rasa nak menangis sambil berjalan kaki tapi terpaksa tahan? Sebab tu kaki laju melangkah, sedar tak sedar perjalanan 10,000 langkah tu jadi lebih pendek dari kebiasaannya. Masa berkualiti yang sepatutnya dihabiskan bermanja dengan hubby di hujung minggu jadi masam dan kelat. Sangat tak suka perasaan tu! 


21 December 2013

CD29 : Kitaran Makin Tetap Dan Pendek (28 Hari)

 (Klik untuk gambar lebih jelas)
 
21 Disember 2013.

Indah sungguh perancangan Allah...SubhanaAllah!
Tarikh jangkaan period bulan ini yang aku sangkakan akan muncul pada hari Isnin ini (CD31), rupanya muncul lebih awal dari itu. CD29 (hari ini), alhamdulillah, ia muncul. Ini menjadikan tempoh kitaran period kali ini 28 hari sahaja.

Simptom-simptom period kitaran kali ini :
  • CD15-17 kesan keluar EWCM,
  • 2 minggu sebelum haid (CD16 - 8 Dis 2013) simptom breast pain dah mula sampai CD28, yang perasan, bila surut rasa breast pain, haid pun datang,
  • 1 atau 2 hari sebelum haid, rasa mual, nak muntah dan kepala rasa pening,
  • 1-2 hari sebelum haid, simptom watery di Puan V,
  • 1-2 hari sebelum haid, asyik mengantuk dan lesu badan (simptom ni kurang jelas sebab demam on dan off dua tiga hari sebelum period, tak dapat bezakan),
  • Mild period cramp dan lenguh pinggang beberapa hari sebelum period, kali ni lebih terasa di belah bawah kanan abdomen , dan
  • Tempoh haid 5-6 hari.

Disebabkan period muncul hari Sabtu, Isnin ini (CD3) aku kena telefon bahagian Radiologi, GH Melaka untuk dapatkan tarikh buat HSG. Kalau tiada masalah CD10 adalah pada 30 Disember 2013 (Isnin). Ya Allah, semoga segala urusanku dipermudahkan, dan usaha mendapatkan zuriat diredhai-Mu.

  (Klik untuk gambar lebih jelas)

20 December 2013

Cabaran 90 Hari : Berat Badan Minggu Ketiga Disember 2013

 
  Bacaan berat badan pada 20 Disember 2013

20 Disember 2013.

Bacaan timbang berat badan untuk minggu ketiga di bulan Disember 2013. Alhamdulillah, sudah nampak angka 61, iaitu ada penurunan sebanyak 0.7kg dalam tempoh seminggu.

Kurang dua minggu lagi, atau lebih tepat, kurang 11 hari lagi menuju tahun baru 2014. Ini juga bermakna, cabaran 90 hari aku untuk menurunkan berat badan sebanyak mungkin akan tamat. Besarlah harapan aku agar dapat terus kekalkan momentum bersemangat untuk aktif beriadah dan mengekalkan gaya hidup lebih sihat tahun 2014 ini.


Apa yang kekal?
  1. Visceral Fat

Apa yang naik?
  1. Peratusan air dalam badan
Apa yang turun?
  1. Peratusan lemak dalam badan 
  2. Muscle Mass

Untuk catatan peribadi aku:

Berat pada 29 Oktober 2013 = 64.2kg
Berat pada 8 November 2013 = 64.2kg
Berat pada 15 November 2013 = 63.1kg
Berat pada 22 November 2013 = 63.1kg
Berat pada 29 November 2013 = 62.5kg
Berat pada 6 Disember 2013 = 62.8kg
Berat pada 12 Disember 2013 = 62.6kg
Berat pada 20 Disember 2013 = 61.9kg


% lemak pada 29 Oktober 2013 = 38.3
% lemak pada 8 November 2013 = 38.2
% lemak pada 15 November 2013 = 37.7
% lemak pada 22 November 2013 = 37.1
% lemak pada 29 November 2013 = 37.0
% lemak pada 6 Disember 2013 = 37.0
% lemak pada 12 Disember 2013 = 36.8
% lemak pada 20 Disember 2013 = 36.3 




Bacaan berat badan pada 12 Disember 2013

Diet Diabetis Untuk PCOS


20 Disember 2013.

Kebiasaannya, mereka yang menghidapi penyakit PCOS dikaitkan dengan insulin resistance. Ni dilampirkan artikel yang mengaitkan PCOS dengan insulin resistance.

What causes polycystic ovary syndrome?

The exact cause is not totally clear. Several factors probably play a part. These include the following:
Insulin

Insulin is a chemical (hormone) that you make in a gland behind your stomach (the pancreas). The main role of insulin is to control your blood sugar level. Insulin acts mainly on fat and muscle cells, causing them to take in sugar (glucose) when your blood sugar level rises. Another effect of insulin is to act on the ovaries to cause them to produce the male hormone testosterone.

Women with PCOS have what is called insulin resistance. This means that cells in the body are resistant to the effect of a normal level of insulin. More insulin is then produced to keep the blood sugar normal. This raised level of insulin in the bloodstream is thought to be the main underlying reason why PCOS develops. It causes the ovaries to make too much testosterone. A high level of insulin and testosterone interfere with the normal development of follicles in the ovaries. As a result, many follicles tend to develop but often do not develop fully. This causes problems with ovulation - hence, period problems and reduced fertility.

It is this increased testosterone level in the blood that causes excess hair growth on the body and thinning of the scalp hair.

Increased insulin also contributes towards weight gain.

Sumber Rujukan : http://www.patient.co.uk/health/polycystic-ovary-syndrome

Masa tahun 2012 dulu, masa berat badan aku naik sampai 80.6kg, doktor OnG sampai rujukkan aku ke klinik dietetik GH Melaka. Temujanji aku ke klinik Dietetik tak lama, salah satu sebab aku tak jumpa lagi semangat dan cara untuk turunkan berat badan.

Aku tahu niat doktor OnG tu memang baik dan betul, apa yang dia cakap pun betul. Macam mana nak hamil kalau berat badan sedia ada tinggi, nanti kalau hamil ada naik berbelas malah berpuluh kilo? Lepas bersalin, ada kemungkinan berat badan tak turun banyak mana pun.

Nasib baik buku panduan diet untuk diabetis yang aku dapat dari klinik Dietetik ni masih dalam simpanan, senang nak buat rujukan. Nak lagi senang, aku letak terus di sini, untuk rujukan semua juga.

Nota : Untuk lebih jelas, sila klik pada gambar ye!












Kesimpulannya, diet diabetik ni diet yang paling bagus untuk membantu kita menurunkan berat badan dan mengurangkan simptom PCOS. Memasak dengan teknik rebus, panggang dan kukus paling digalakkan bagi mengelak kebergantungan kepada teknik memasak secara mengoreng dengan minyak.

19 December 2013

Majalah Pa&Ma Disember 2013 & Januari 2014

Majalah Pa&Ma Dis 2013 dan Jan 2014

19 Disember 2013.

Macam mana boleh terlepas pandang nak beli majalah Pa&Ma bulan November 2013 ni? Adeh!
Majalah Pa&Ma Disember ni pun nasib baik adik ingatkan aku untuk beli untuk dia sekali. Kiranya majalah Pa&Ma November dua-dua dah terlepas beli. Huhuhu..

Lepas temujanji klinik OnG tu, aku dan hubby ke AEON Bandaraya Melaka untuk makan tengahari dan menonton wayang. Sempat singgah kedai buku dan cari majalah ni.
Terkejut juga keluaran Januari 2014 dah diletak di rak.
Cepat sungguh!

Topik menarik dalam majalah Pa&Ma keluaran Disember 2013 adalah:
  1. 25 tip adik melangkah ke sekolah
  2. Buat sendiri ring sling
  3. 45++ cabaran dan panduan penjagaan bayi pramatang
  4. Cara penjagaan dihospital dan di rumah
  5. Risiko jangkitan penyakit
  6. Susu ibu bantu selamatkan bayi
  7. Teknik kawal emosi ibu sepanjang berpantang
  8. 6 ibu kongsi pengalaman
  9. Laktasi : Tertidur semasa menyusu
  10. Pelangi Kasih : Manisnya bulan madu kali kedua
  11. Perkembangan anak : Peka 5 masalah kulit bayi
  12. Ayuh mama, atur strategi turunkan berat badan
  13. Awas, risiko akibat ketuban pecah!
  14. 28 tip berlibur bersama anak kecil

Topik menarik dalam majalah Pa&Ma keluaran Januari 2014 adalah:
  1. Kerap menyusu : Banyakkan susu ibu
  2. Neeza jalani kemoterapi akibat molar pregnancy
  3. 160++ info mama hamil & bayi sihat pintar
  4. Pentingnya kelas antenatal
  5. Punca caesarean & teknik pernafasan mudahkan bersalin
  6. Rawatan asas lepas bersalin
  7. Ilmu komunikasi dengan anak sejak bayi
  8. Bina otak anak cemerlang
  9. Bahaya masalah pencernaan, kepada bayi 0-12 bulan
  10. 12 cara pujuk anak makan sayur
  11.  Jom buat sendiri : Baby wearing & bantal penyusuan 

Updated!


Rupanya hubby tolong carikan majalah Pa&Ma keluaran November 2013 yang aku terlepas untuk beli. Hubby tolong carikan di kedai buku Popular. Nasib baik tinggal satu je di rak majalah...rezeki!

Topik menarik dalam majalah Pa&Ma keluaran November 2013 adalah:
  1. Taska/Tadika 2014 : 40 panduan perlu diambilkira
  2. Atasi ketidakselesaan di trimester akhir
  3. 100++ info komplikasi sepanjang hamil
  4. 8 penyakit berisiko kepada ibu
  5. Ancaman kematian pada kandungan
  6. Diet seimbang perlu diutamakan
  7. Kenali suntikan vaksin
  8. Laktasi : Elak bayi tertidur ketika menyusu
  9. Pelangi Kasih : Oh, suami jangan culas!
  10. Perkembangan Anak : Tip jaga gusi & gigi anak
  11. Bayi Meragam : 6 Cara memujuk
  12. Alamak Bentan! Ketahui puncanya

18 December 2013

Majalah iSihat Jan 2014 dan SHAPE Dis 2013


18 Disember 2013.

Dua buah majalah yang rugi kalau tak beli. Serius!
Majalah iSihat keluaran Januari 2014 dan SHAPE keluaran Disember 2013.

Topik-topik menarik dalam Majalah iSihat Januari 2014 adalah:
  1. Ketahui bahaya pada tin minuman
  2. Kerja rumah buat anda gemuk
  3. Kanser payudara : Tak semuanya dibuang
  4. Kos sihat meningkat : Dilema memilih
  5. Cara detoks otak terbaik
  6. 8 makanan tak terduga tinggi kolestrol
  7. Kontroversi imunisasi  : Perlu suntik atau tidak?
  8. Hidap batu karang = Sakit bersalin!

Topik-topik menarik dalam Majalah SHAPE Disember 2013 adalah:
  1. Bike off 650 calories per hour
  2. Raise the barre
  3. Jump! To burn 150 calories in just 15 minutes
  4. You can do it! Get strong & slim in 15 minutes
  5. Glitz & Glam : See hearts racing with our runway-inspired looks
  6. Fast + easy guilt free pizza : 5 new recipes you'll love
  7. Lean for life : The diet and workout strategies that\ll get you there
  8. Exclusive! Malaysian Olympic diver : Leong Mun Yee shares her tips for scoring a 10 - in and out of the pool

Beli-beli jer majalah ni, bagi mak baca sebab ada kaitan dengan kolestrol dan saluran darah.

17 December 2013

Ambil Sampel Darah Untuk HSG (Check Buah Pinggang)

 Lengan kiri yang dicucuk tapi tak keluar banyak darah

17 Disember 2013.

Bersiaran dengan keadaan hidung srot sret tak sudah-sudah.
Demam panas start malam kelmarin sampai pagi ni.
Semalam paling teruk demam panas, punye ler bertahan tak nak telan panadol.
Akhirnya, lepas balik kerja singgah juga ke stesen minyak Petronas beli panadol Actifast dan Strepsil Extra Strong.

Malam tadi whatsapp adik yang doktor tu, tanya ada efek tak kalau makan Panadol Actifast sebelum ambil sampel darah untuk HSG esok pagi?
Adik kata tak ada masalah, cuma dia suruh minum air masak banyak-banyak sedikit.
Aku pun terus telan dua biji Panadol Actifast sebelum tidur dengan harapan esok demam panas reda dan selsema tak makin teruk.
Memang tak de makna nak cuti-cuti sakit esok, kerja tengah melambak.
Harapan ler nak notify orang tertentu tu yang aku cuti sakit time-time ni. Macam ler aku nak cuti lama sampai seminggu. Pffrt!

Cerita pagi ni.
Aku ambil time sleep, nak ke KK Sungai Udang untuk ambil sampel darah.
Ujian darah untuk tengok kesihatan buah pinggang sebelum proceed HSG.
Mula-mula, hulur lengan kiri.
Dapat cucuk walaupun saluran darah kecil.
Tapi darah keluar sedikit.
Ciss.

Lepas tu, kena buat kat lengan kanan pula.
Teruuuus dapat ambil sampel darah, sebab saluran darah tu agak besar.
Sampel darah akan dihantar ke Bilik 33 GH Melaka, tumpang ambulans dari KK. Hehe...bye bye darahku. Semoga selamat sampai ke sana dengan selamat, ye!

Lengan kanan yang memberi kerjasama...terima kasih!