28 December 2013

Bila Orang Dah Tak Cam, Maksudnya?

28 Disember 2013.

Cerita masa di farmasi tadi.
Macam biasa setiap minggu pergi belikan mak blood strip untuk cek glukos dalam darah.
Masa kat kaunter, nampak ada produk baru; ubat sapu losyen dan gel untuk orang kencing manis. Berbual dengan staf farmasi pasal keadaan kaki mak, biasalah, kaki orang kencing manis akan berubah warna kehitaman sebab saluran darah yang bawa oksigen ke kaki makin sempit. Lambat laun akan berubah warna.

Klik gambar di atas untuk imej lebih jelas

Macam berminat nak belikan untuk mak. Bila tanya harga, termenung juga. Agak mahal untuk saiz yang kecil macam tu. Tak apa lah, memang dah niat nak belikan untuk mak, inshaAllah ada rezeki lebih atau masuk duit bonus setengah bulan minggu depan, nak datang semula ke farmasi. Tengah-tengah berbual dengan staf tu, bos dia keluar dari bilik belakang dan masuk ke kaunter. Dia menyampuk pasal produk tu. Tiba-tiba dia tanya mana kakak you tak datang sekali? Aku dah rasa pelik semacam. 

Aku jawap, "Mana ada kakak lain? Selalu saya seorang je yang datang sini beli ubat kat farmasi you"

Dengan muka confident, bos perempuan tu balas "Eh, bukanlah...ada lagi seorang kan? You yang duduk Sungai Udang tu kan? Ada seorang kakak you yang selalu datang beli ubat tu"

Staf farmasi tu terus menyampuk "Madam, ni la kakak yang selalu datang sini beli ubat untuk mak dia tu, yang Madam ada singgah Sungai Udang hantarkan ubat haritu. Kakak ni dah kurus, kan?"

Terkejut bos perempuan tu...kelip-kelip mata pandang aku atas bawah.

"Eh, apa pasal you kurus sangat? I ingat tadi orang lain."

Aku tak tahu nak jawap apa, aku gelak je. 

"Takde la kurus, turun sikit je"

2013 - Majlis Perkahwinan Mak Sedara Yang Sama (Kali ni Abang yang kawin)

Gambar malam tadi di Kelab Shah Alam, Selangor waktu menghadiri majlis resepsi sepupu hubby belah mak mertua. Finally dapat distract soalan yang bertanya pasal zuriat kepada soalan dah kurus. Mak-mak sedara yang bertanya dah ada baby ke belum, kami jawap dengan senyuman dan ucapan belum ada rezeki lagi. Soalan bertukar tangan, isteri Boy (panggilan hubby dalam keluarga sebelah sana) dah kurus la sekarang? 

Senyum je.

 2012 - Majlis Perkahwinan Mak Sedara Yang Sama (Masa ni Adik yang kawin dulu)

 


12 comments:

  1. Beza btol yea pic atas dgn bwi
    Tahniah.truskn usaha.moga2 2014 rezeki zuriat milik yani

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq, inshaAllah...memang itu harapan 2014 selain impian kesihatan suami isteri lebih baik dari tahun-tahun terdahulu....amin!

      Delete
  2. Serius akk da kurus betul..hihi..makin cantik..tahniah kak ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. isk, belum sampai tahap tu lagi...kalau jumpa doktor pun, kire BMI, doktor pun belum tentu kata dah kurus...ayat standard " cuba kurangkan 10% dari berat badan skrg"...hurm...

      Delete
  3. betul nampak lain. patutlah orang pharmacy tu kata 'tak bawak kakak ke?' sebab memang nampak lebih muda. congrats again! boleh jadi inspirasi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. luckily masih simpan gambar-gambar lama before consume Herbalife, jadi banyak boleh buat perbandingan....alhamdulillah JA, perubahan yang berdikit-dikit. Bolehlah daripada tak berubah langsung, lebih malang kalau makin berisi dan tak sihat..kan?

      Delete
  4. Replies
    1. tq PnSusu.....perubahan makan tahun...alhamdulillah, berbaloi rasanya sabar dan konsisten

      Delete
  5. Wah...mmg jauh beza la.jelesnya..jelesnya..oooo..sis amik herbalife ek??Tapi herbalife mmg bagus tapi blum try lagik...btw,time tembam tu comei jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takmo jeles2 Azie..jom sama2 usaha turunkan berat badan kepada berat yang lebih sihat...yup, Yani ambil herbalife, dah 1 tahun 5 bulan consume Herbalife. Time tembam tu comei luaran tapi dalaman tak sihat....skrg, inshaAllah lebih sihat... :)

      Delete
  6. ahahaha...no wonder org tu x kenai... memang nampak sangat2 lain yani... teruskan usaha utk dpt berat badan ideal ya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah ST, memang tengah usaha untuk dapatkan berat badan ideal, ataupun sekurang-kurangnya berat badan yang mampu bantu untuk conceive....nampak lain sebab pakai spek kot? :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)