02 January 2013

Panduan Diet Bagi Golongan Berdarah B

Dalam usaha aku berdiet ni, alhamdulillah aku ditemukan dengan artikel panduan diet mengikut kumpulan darah di blog rakan Herbalife iaitu Connazleah. Info yang diterangkan banyak membantu sebenarnya. Mungkin ada di kalangan kita berdiet bagai nak rak, elak makan itu makan ini, tapi hasil penurunan berat badan tidak seperti yang dijangkakan.

Sabtu lepas, aku ke Hospital Besar Melaka untuk ambil ubat mak di farmasi. Alang-alang dah tengahari dan dekat waktu makan, aku sms encik suami, ajak makan sama. Selepas makan, sementara aku tunggu HP aku dicharge di tempat kerja encik suami, aku minta izin kat encik suami, nak lepak di kedai buku Popular. Teringat buku yang Leah sarankan tu, aku cari di bahagian Kesihatan. Alhamdulillah jumpa juga walaupun bukan buku yang sama tapi terbitan syarikat yang sama.


Sedih pulak hati, buku Diet Sihat Bagi Golongan Darah B tak ada atau mungkin sudah habis. Galang gantinya, aku ambil buku Panduan Diet Untuk Golongan Darah B tu.


Banyak info yang aku tak tahu selama ni, jadi bila dah baca, in shaa Allah aku boleh buat rujukan pola pemakanan sihat aku selepas ini. Ada antara makanan yang aku suka makan, ikutkan tak elok untuk kesihatan aku untuk jangka masa panjang dan boleh akibatkan kemudaratan, ada yang aku kurang suka tapi rupanya memberikan manfaat pada diri aku.

”.... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah : 216)

Info yang agak menyentak perasaan aku bila aku baca maklumat di belakang buku panduan ini : 

Gangguan Period dan Asid Perut merupakan penyakit yang biasa bagi wanita bergolongan darah B ini. 

Kalau nak beli buku-buku ini secara dalam talian pun boleh, cuma klik di sini.

3 comments:

  1. Yani, ida taktahu ida darah jenis apeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... ;p

    ReplyDelete
  2. Oh ye ke? Yani tahu pun sebab hari tu ada buat test darah berbayar di klinik swasta....dah tanya adik yani, dia kata klinik kerajaan tak buat check jenis darah tanpa sebab, melainkan untuk tujuan derma darah....

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)