27 April 2012

Kacang Hitam Untuk Kesuburan

Gambar ehsan pakcik Google
Baru lepas berbual dengan kawan sekolah menengah berbangsa Cina sekejap tadi. Lepas singgah ke page FBnya, baru perasan status FB dia banyak ke arah pregnancy. Rupanya dah mengandung 7 bulan lebih. Tak perasan dia dah mengandung, mungkin kerana dia tidak terlalu mendedahkan gambar dia yang terkini yang sedang berbadan dua. Hanya dua tiga posting status FBnya sahaja yang ada menyebut satu dua perkara tentang kehamilan. Jadi, aku ambil keputusan nak berbual dengan dia secara terus, tak nak buat anggapan sendiri yang mungkin salah.

Alhamdulillah, kandungan dia dah berusia 7 bulan lebih dan dijangka akan melahirkan anak lelaki. Usia perkahwinan dia hampir sama macam aku, setahun lebih. Yang seronoknya, dia tak lokek beri petua mengamalkan rebusan kacang hitam untuk kesuburan sebab kebetulan dia cuba, dan terus lekat.

Pada kawan-kawan TTCian yang ingin mencuba petua ni, jom la ye? Kita usaha sama-sama, insyaAllah, mana tahu ada yang berjaya.

(sorry, bahasa rojak - chat dgn kawan-kawan memang macam ni la gayanya..ehehe)


aku : hie apple..

sounds like happy new from you guys

preggy is it?

congrate!

dia : haha thx thx

how bout u???

aku : not yet

how month is it?

dia : now is 7.5months

do u check with doc?

aku : eh, same like my youngest sis la

your due date around this july is it?

yup, am still under treatment 

dia : ya~ 3july 

wat kind of treatment?

aku : oh, same like my sis la that time

under medicine...and tradisional one

dia : ic ic.....

erm....mind i tell u one method?

aku : y not..shere la...

*share

dia : haha....actually juz a very simple and easy way

black bean

aku : black bean?

dia : yup.....after period u pick 47-50 black bean

cook in boiling water

aku : +kacang itam is it?

dia : and add abit salt will do

ya ya

aku : ok..

then

dia : then makan + minum in 6days

every day 1time enough

i tried one time

tat month kena pregnant

lol

aku : have to do it right after period finish?

oo ye ke?

dia : yup....must right after period

one fren of mine tried....she also get pregnant 1time

aku : herm, i think i'll start right after my May period, cause today is a bit late already...my last period is on 18th that day

dia : but of course not 100% kena

but since black bean is a good healthy food....so doesnt matter to try rite?

aku : have to be exact 47-50 pieces ?hehe or just assume it?

yup 

dia : hmmmm....last time i do calculate 

aku : really? hehe...quite funny...but never mind, worth trying right? 

dia : ya....

actually last time when i try...i oso didnt hope it will work

aku : just eat that boiled black bean like that hah?no need to add anything else?

dia : no need.....

just with some salt will do

aku : eat and drink the water it self? just to confirm

anyway, tq so much for the 'petua' 

dia : ya 

haha.....

i also hope it will help u

cos i understand the feeling of "waiting"

aku : yup..tired of holding this feeling so long

worried that some day i'll feel "it's ok without that precious one in our life"

u must be very happy rite now huh?

happy for you guys too....

dia : try to relax urself too

too much tension also no good to u

am worried last time too

then my husband always try to comfort me

aku : apple....1 more question! that one time boiled is for 6 days eating or have to boil everyday?

dia : have to boil everyday

everyday makan 47-50beans

aku : oo..ok, understood! 

dia : haha....good luck to u 

aku : how month u guys are really wait to learn about the pregnancy?

dia : bout 1yr

b4 tat.... i also went to see chinese traditional doctor too

aku : herm....i'm almost 1 year and 6 month..still waiting for that happiest moment

dia : the fren tat i mentioned....she waited 5yrs i think

after she tried tis black bean method, she really conceived

but too bad her body is too weak to hold the baby

then miscarriaged

but she told me she still happy

at least she found some hope

and now she trying to make herself healthier and stronger 1st

26 April 2012

Dating Jumaat Malam Tengok "Marvel's The Avengers"

Disebabkan encik suami beria-iya nak tengok cerita ni, turutkan sahaja la kemahuannya. Tapi yang kelakarnya, sejak dua menjak menonton wayang guna twin seat, suami isteri ni dah macam tak boleh berenggang dengan twin seat ni. Asal nak tempah tiket wayang je, mesti pilih kerusi untuk pasangan aka couple walaupun tahu tempat duduk jenis ni terhad.

Asalnya, nak tempah tiket wayang jam 11.50 malam hari jumaat ni, tapi bila tanya budak kaunter tu, dia kata wayang pada jam 12.50 tengah malam ini sahaja yang ada twin seat. Herm, dia tolak dia, last-last encik suami suruh tempah tiket wayang yang ada twin seat tu. Sanggup tu! Dia kata takpe la, ada masa untuk balik mandi dan patah balik ke GSC Banda Hilir selepas tu dalam keadaan wangi. Baru lah seronok sikit nak peluk-peluk, sandar-sandar dan suap-suap makanan antara satu sama lain bila menonton.

Harap-harap la suami isteri ni dapat habiskan menonton wayang sehingga ke penamat, jangan jadi macam wayang "Wrath of The Titans" hari tu, suami isteri selang seli tertidur dalam wayang sebab kepenatan dan blur dengan cerita yang panjang berjela sepatah pun tak faham....hehehe!

Selepas Berbulan Madu

Dalam gambar ni, nampak macam aku mengandung 8 bulan 
(alangkah seronoknya kalau betul-betul mengandung)
Di ambil di Tasik Dayang Bunting

Balik daripada bercuti bulan madu di Langkawi, semangat nak sambung buat kerja di pejabat jadi lain macam positif sedikit. Bukan lah maksud aku selama ni aku tak happy bekerja, tapi mood kerja makin menipis dek terlalu terbeban dengan tuntutan kerja yang makin banyak sekarang ni. InsyaAllah, semangat bekerja makin ok selepas bercuti ni.

Percutian selama 5-6 hari kami di Langkawi banyak mengajar aku erti hidup berdua dengan suami. Gembira tetap gembira, gaduh-gaduh sampai menangis merajuk pun ada. Tapi alhamdulillah, sebaik je emosi aku stabil dan tersedar yang kami datang ke situ untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan bukan untuk bergaduh, aku segera meminta maaf pada encik suami. Apa yang aku harapkan, percutian ini kekal manis dan abadi selagi kami diizinkan bergelar suami isteri, insyaAllah.



Yang seronoknya, dua hari sebelum terbang ke Langkawi, period aku berhenti dengan makna kata 'betul-betul kering dan bersih'. Macam tahu-tahu jer kami nak berbulan madu. Tak henti-henti aku bersyukur kepada Allah, mungkin ada hikmah period aku yang datang lebih panjang dari biasa kali ni. Hati aku agak sedikit gusar kalau-kalau period masih keluar semasa di sana, tak dapat la nak bersama dengan suami tanpa gangguan dan lebih intim. Kami suami isteri, dah sepakat, usaha kali ini tak mahu dipengaruhi oleh tekanan untuk mendapatkan zuriat semata-mata. Biarlah Allah yang menentukan segala-galanya. Kami nak happy-happy, nak hilangkan tekanan kerja dengan bercuti berdua bermadu kasih.

Balik dari bercuti ni, masing-masing masih dalam mood bercinta lagi. 6 hari bersama tak berenggang macam belangkas, jadi janggal pula bila masing-masing dah mula bekerja. Rindu masih menebal. Cuma, bila emosi sedih berkunjung tiba dalam hati tatkala mendengar berita kawan opis 'berisi' semula, aku mengadu dengan suami dengan harapan dia memberikan semangat dan mengurangkan kesedihan ni.

Saat baca sms daripada encik suami, aku menangis sepuas-puasnya....

18 April 2012

Gosok Jangan Tak Gosok


Rasanya dah lama tak mandi lulur di rumah, terakhir masa mengandam naik seri kawin dulu kot? Hehu, adalah dalam setahun lebih yang lalu. Masa blog walking kat blog blogger lain, ada baca review tentang produk Putri Binari Lulur Scrub Bunga Chrysan yang diadun daripada ekstrak bunga-bungaan seperti biji bunga matahari, ekstrak Mulberry, ekstrak Daun Echinacea(Purple Coneflower), Theobroma Cacao (Cocoa) Seed Butter dan lain-lain lagi. Tiba-tiba je hati melonjak-lonjak nak guna skrub lulur semula.

Balik kerja, singgah sekejap di pasaraya Mydin MITC Ayer Keroh untuk cari produk ni selain nak membeli seluar khakis untuk encik suami. Harga lulur ini agak berpatutan iaitu RM12.50 sebotol. Balik je rumah, terus capai tuala dan bawa bekas lulur ni masuk dalam bilik air. Tekstur lulur ni agak cair sedikit dan berbau wangi sangat. Gosok, sental kat bahagian badan yang dirasakan perlu dilulur, biarkan selama 5-10 minit, lepas tu dibilas dengan air. Lepas pakai lulur ni, kulit jadi semakin lembut dan mengurangkan tekstur warna kulit yang tak sekata dan badan menjadi wangi semerbak. Suka sangat....sekarang ni dok belek-belek bahagian-bahagian yang dah nampak perubahan sedikit lepas pakai lulur ni, nampak semakin cerah dan lembut.

Harap-haraplah hobi baru ni tak sekadar hangat-hangat tahi ayam, hihi....

Semoga Ia Menjadi Kenangan Termanis



  Tempat-tempat di Langkawi yang kami teringin nak jejaki

Cuti dah disokong, last minute. Hati dok congak kalaulah tak diluluskan permohonan cuti ini, kena ada backup plan, pergi bercuti ke tempat lain, yang penting luar dari Melaka sebab sayang kalau cuti suami batal macam itu sahaja. Itu syarat yang encik suami kenakan, dia kata letih kerja dan nak bercuti rehatkan fikiran. Alhamdulillah, akhirnya bos luluskan juga, tapi bersyarat, bukan main banyak kerja yang dilambakkan macamlah aku akan bercuti seminggu...herm, redha jer lah. Malas nak sakit-sakit hati dah, yang penting nak bercuti puas-puas berdua dengan encik suami. Hanimun untuk kali ketiga, insyaAllah.

Seingat aku, kali terakhir aku menjejakkan kaki ke Langkawi semasa darjah enam. Lama kan?
Masa tu, tugu burung helang di Dataran Lang baru je dibina. Kereta kabel yang terletak di Gunung Mat Chinchang pun belum ada lagi. Ingat-ingat lupa tempat-tempat menarik yang aku lawati di situ, maklumlah kenangan hampir 17 tahun dulu.



Tiket kapal terbang sudah ditempah, rumah peranginan persekutuan Federal Villa pun dah ditempah seawal bulan Februari lalu. Harap-harap tak berlaku pengalaman kurang manis sepanjang kami di sana nanti. Esok dah nak gerak balik rumah mertua dahulu di Seremban. Kami bercuti selama 4 hari 3 malam ke Langkawi, mulai hari Jumaat sehingga Isnin depan.

Bismillah....!

11 April 2012

Kelebihan Surah As-Sajdah (Ayat 7-9)

Alhamdulillah!

Tak sia-sia berblog walking di blog kawan-kawan ttcian hari ni, dapat suatu ilmu pengetahuan. Tadi masa jenguk blog Puan Bouncing and Cherubic (BnC), melompat pula ke blog kawan Puan BnC iaitu Puan Iluvdesert dan baca entry-entry yang ada di situ. Puan Iluvdesert ada kongsikan satu amalan kebaikan mengamalkan surah As-Sajdah (Ayat 7-9) bagi mereka-mereka yang ingin mendapatkan zuriat.


Lepas tu, google cara bacaan yang betul surah As-Sajdah ni dan jumpa mp3 ini.
InsyaAllah, nak cuba amalkan mulai hari ini dengan izinNya.

Dalam tazkirah Ustazah Fatma, dinyatakan bagi sesiapa yang ingin mendapatkan zuriat, amalkan membaca surah ini (ayat 7-9) dalam kiraan ganjil  terutamanya selepas habis datang bulan dan selepas 'bersama' dengan suami. Kemudian, pada ayat ke-9 Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya'......baca 3kali atau 7kali sambil usap/sapu pada perut kita.

02 April 2012

Kisah Perfume & Airmata


Cerita malam tadi. Gaduh dengan suami sampai bengkak-bengkak mata menangis. Puncanya remeh je. Isu makan. Tiba-tiba emosi aku jadi sangat-sangat sensitif, terusik pasal bab makanan je. Aku tutup makanan aku terus masuk bilik sebelah dan kunci dari dalam. Suami datang depan pintu lepas tu ketuk dekat tiga empat kali. Aku diamkan diri. Hampir setengah jam lepas tu, aku keluar dari bilik dan ke ruang tamu. Tengok-tengok suami dah kemas makanan dan letak di meja dapur, makanan tak berusik.

Dengan mood tak stabil, aku bukak pintu rumah dan duduk kat beranda rumah. Layan kucing yang datang tidur kat alas kaki depan pintu rumah. Aku sengaja kunci pintu rumah dari luar. Agaknya suami perasan aku duduk di luar dalam keadaan yang tak sepatutnya. Dia ambil baju sweater dan cuba keluar mendapatkan aku. Puas dia pujuk aku ajak masuk semula ke dalam rumah tapi aku keraskan hati tak nak berganjak. Bila dah tak tahan sangat, aku terus jerit dan tengking dia. Ya Allah...berdosanya aku pada dia saat tu. Dia terus terdiam. 

Lepas tu, dekat sepuluh minit dia pujuk aku baik-baik. Berkali-kali aku ucapkan perkataan yang tak sepatutnya aku ucapkan pada dia, tapi dia tak nak beralah. Dia pegang tangan aku dan bawa masuk semula ke rumah. Bila aku dah tenang semula, aku minta maaf pada dia. Kami sambung makan kat ruang tamu sambil tengok tv.

Selesai basuh pinggan mangkuk kat dapur, kami terus ke bilik tidur. Masa nak buka contact lens, baru perasan ada kotak perfume yang belum buka pembungkusannya. Cepat-cepat aku toleh pada suami yang tengah baring atas katil. Dia pandang aku dan tersenyum. Aku dengan muka hairan bawa kotak perfume tu tepi dia, pastu tanya apa benda ni? Untuk siapa? Dia kata itu hadiah untuk aku. Dia saje belikan untuk percutian kami ke Langkawi nanti (harap-harap tak de halangan). 

Aku terdiam. Aku kata kat dia "Abang belikan ida hadiah, tapi ida dah sakitkan hati abang tadi" Berderai airmata aku masa tu, terus sembamkan muka kat dada dia. Ya Allah, kenapalah aku jadi macam ni? Aku sayang sangat dia tapi aku sakitkan hati dia. Dia beria-ia nak sambut honeymoon dengan aku, susah payah belikan aku hadiah tapi aku layan dia macam ni.

Masih sebak sampai saat ni....