Dalam gambar ni, nampak macam aku mengandung 8 bulan
(alangkah seronoknya kalau betul-betul mengandung)
Di ambil di Tasik Dayang Bunting
Balik daripada bercuti bulan madu di Langkawi, semangat nak sambung buat kerja di pejabat jadi lain macam positif sedikit. Bukan lah maksud aku selama ni aku tak happy bekerja, tapi mood kerja makin menipis dek terlalu terbeban dengan tuntutan kerja yang makin banyak sekarang ni. InsyaAllah, semangat bekerja makin ok selepas bercuti ni.
Percutian selama 5-6 hari kami di Langkawi banyak mengajar aku erti hidup berdua dengan suami. Gembira tetap gembira, gaduh-gaduh sampai menangis merajuk pun ada. Tapi alhamdulillah, sebaik je emosi aku stabil dan tersedar yang kami datang ke situ untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan bukan untuk bergaduh, aku segera meminta maaf pada encik suami. Apa yang aku harapkan, percutian ini kekal manis dan abadi selagi kami diizinkan bergelar suami isteri, insyaAllah.
Yang seronoknya, dua hari sebelum terbang ke Langkawi, period aku berhenti dengan makna kata 'betul-betul kering dan bersih'. Macam tahu-tahu jer kami nak berbulan madu. Tak henti-henti aku bersyukur kepada Allah, mungkin ada hikmah period aku yang datang lebih panjang dari biasa kali ni. Hati aku agak sedikit gusar kalau-kalau period masih keluar semasa di sana, tak dapat la nak bersama dengan suami tanpa gangguan dan lebih intim. Kami suami isteri, dah sepakat, usaha kali ini tak mahu dipengaruhi oleh tekanan untuk mendapatkan zuriat semata-mata. Biarlah Allah yang menentukan segala-galanya. Kami nak happy-happy, nak hilangkan tekanan kerja dengan bercuti berdua bermadu kasih.
Balik dari bercuti ni, masing-masing masih dalam mood bercinta lagi. 6 hari bersama tak berenggang macam belangkas, jadi janggal pula bila masing-masing dah mula bekerja. Rindu masih menebal. Cuma, bila emosi sedih berkunjung tiba dalam hati tatkala mendengar berita kawan opis 'berisi' semula, aku mengadu dengan suami dengan harapan dia memberikan semangat dan mengurangkan kesedihan ni.
Saat baca sms daripada encik suami, aku menangis sepuas-puasnya....
hai salam perkenalan. jemput ke blog sy...
ReplyDeletePatutlah yani lama tak update blog... rupanya berhanimun.... heee~~
ReplyDeleteeida:
ReplyDeletekan yani dah tinggalkan teaser sebelum berangkat hanimun di Langkawi aritu? hehehe....
macam mana life? any good news?
apa cerita pasal period cycle eida aritu?
salam blog walking. hmm membaca kisah saudari seperti mengulang episod menunggu anak yang saya dan isteri tempuhi selama lebih lima tahun sebelum ni.
ReplyDeleteBersabar dan terus berusaha, jangan biarkan stress menguasai diri.
Hari ni genap usia setahun 2 hari anak kami. Semoga saudari juga diberi rezeki cepat2 oleh Nya
Our Son, Aiedid Zachary Iman - http://4ever-in-time.blogspot.com/p/galeri-peribadi.html
MasyaAllah, comelnya Aiedid!
ReplyDeleteTerima kasih sebab mengingatkan saya yang ada orang lain yang lebih lama menunggu rezeki zuriat berbanding saya dan suami.
InsyaAllah, doakan saya dan suami setabah dan sekuat saudara sekeluarga dalam usaha mendapat anak.
Saya selalu pujuk hati supaya redha dan kuat hadapi dugaan, tapi saya tahu, hati saya masih terlalu 'fragile'.