Rasanya dah lama tak mandi lulur di rumah, terakhir masa mengandam naik seri kawin dulu kot? Hehu, adalah dalam setahun lebih yang lalu. Masa blog walking kat blog blogger lain, ada baca review tentang produk Putri Binari Lulur Scrub Bunga Chrysan yang diadun daripada ekstrak bunga-bungaan seperti biji bunga matahari, ekstrak Mulberry, ekstrak Daun Echinacea(Purple Coneflower), Theobroma Cacao (Cocoa) Seed Butter dan lain-lain lagi. Tiba-tiba je hati melonjak-lonjak nak guna skrub lulur semula.
Balik kerja, singgah sekejap di pasaraya Mydin MITC Ayer Keroh untuk cari produk ni selain nak membeli seluar khakis untuk encik suami. Harga lulur ini agak berpatutan iaitu RM12.50 sebotol. Balik je rumah, terus capai tuala dan bawa bekas lulur ni masuk dalam bilik air. Tekstur lulur ni agak cair sedikit dan berbau wangi sangat. Gosok, sental kat bahagian badan yang dirasakan perlu dilulur, biarkan selama 5-10 minit, lepas tu dibilas dengan air. Lepas pakai lulur ni, kulit jadi semakin lembut dan mengurangkan tekstur warna kulit yang tak sekata dan badan menjadi wangi semerbak. Suka sangat....sekarang ni dok belek-belek bahagian-bahagian yang dah nampak perubahan sedikit lepas pakai lulur ni, nampak semakin cerah dan lembut.
Harap-haraplah hobi baru ni tak sekadar hangat-hangat tahi ayam, hihi....
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)