Tempat-tempat di Langkawi yang kami teringin nak jejaki
Cuti dah disokong, last minute. Hati dok congak kalaulah tak diluluskan permohonan cuti ini, kena ada backup plan, pergi bercuti ke tempat lain, yang penting luar dari Melaka sebab sayang kalau cuti suami batal macam itu sahaja. Itu syarat yang encik suami kenakan, dia kata letih kerja dan nak bercuti rehatkan fikiran. Alhamdulillah, akhirnya bos luluskan juga, tapi bersyarat, bukan main banyak kerja yang dilambakkan macamlah aku akan bercuti seminggu...herm, redha jer lah. Malas nak sakit-sakit hati dah, yang penting nak bercuti puas-puas berdua dengan encik suami. Hanimun untuk kali ketiga, insyaAllah.
Seingat aku, kali terakhir aku menjejakkan kaki ke Langkawi semasa darjah enam. Lama kan?
Masa tu, tugu burung helang di Dataran Lang baru je dibina. Kereta kabel yang terletak di Gunung Mat Chinchang pun belum ada lagi. Ingat-ingat lupa tempat-tempat menarik yang aku lawati di situ, maklumlah kenangan hampir 17 tahun dulu.
Tiket kapal terbang sudah ditempah, rumah peranginan persekutuan Federal Villa pun dah ditempah seawal bulan Februari lalu. Harap-harap tak berlaku pengalaman kurang manis sepanjang kami di sana nanti. Esok dah nak gerak balik rumah mertua dahulu di Seremban. Kami bercuti selama 4 hari 3 malam ke Langkawi, mulai hari Jumaat sehingga Isnin depan.
Bismillah....!
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)