26 April 2012

Dating Jumaat Malam Tengok "Marvel's The Avengers"

Disebabkan encik suami beria-iya nak tengok cerita ni, turutkan sahaja la kemahuannya. Tapi yang kelakarnya, sejak dua menjak menonton wayang guna twin seat, suami isteri ni dah macam tak boleh berenggang dengan twin seat ni. Asal nak tempah tiket wayang je, mesti pilih kerusi untuk pasangan aka couple walaupun tahu tempat duduk jenis ni terhad.

Asalnya, nak tempah tiket wayang jam 11.50 malam hari jumaat ni, tapi bila tanya budak kaunter tu, dia kata wayang pada jam 12.50 tengah malam ini sahaja yang ada twin seat. Herm, dia tolak dia, last-last encik suami suruh tempah tiket wayang yang ada twin seat tu. Sanggup tu! Dia kata takpe la, ada masa untuk balik mandi dan patah balik ke GSC Banda Hilir selepas tu dalam keadaan wangi. Baru lah seronok sikit nak peluk-peluk, sandar-sandar dan suap-suap makanan antara satu sama lain bila menonton.

Harap-harap la suami isteri ni dapat habiskan menonton wayang sehingga ke penamat, jangan jadi macam wayang "Wrath of The Titans" hari tu, suami isteri selang seli tertidur dalam wayang sebab kepenatan dan blur dengan cerita yang panjang berjela sepatah pun tak faham....hehehe!

1 comment:

  1. suami sy teringin gila nak tengok avangers. semnagat betol. and wrath of the titan memang sangat boring...~

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)