11 October 2017

Tanda-Tanda Di Awal Kehamilan

11 Oktober 2017.

Sementara masih 'fresh' dalam ingatan sepanjang tempoh 1st trimester ni, baik aku catatkan beberapa simptom awal kehamilan yang aku alami bermula dari sebelum tahu pregnant dan selepas keluar dari wad semasa kandungan 4 minggu.

Sebelum Tahu Pregnant?

1. Bad mood dan mood swing
Seminggu dua sebelum test UPT, aku sangat bad mood dengan staf bawah unit aku. Isu remeh pun aku jadi stress sampai tahap staf aku kecil hati dengan nada suara dan tindakan aku di pejabat. Alhamdulillah, aku counter back balik dengan minta maaf secara personal dan terangkan segalanya.

2. Sensitif dengan bau
Aku tak tahu la masalah ni aku seorang sahaja di opis alami atau staf yang lain alami juga...aku jadi pening dan sensitif dengan bau perfume seorang staf lelaki di pejabat (staf yang sama kecik hati dengan bad mood aku). Setiap kali dia datang di meja atau aku duduk berdekatan dengan dia, mesti bau perfume dia 'menangkap' dan aku jadi pening kepala.

Selepas Tahu Pregnant / Selepas Discaj Dari Wad?

1. Changes in your breasts
Breast tenderness/soreness dalam tempoh 2 minggu sebelum period datang memang berlaku. Lepas tu surut, jadi aku jangka akan period. Lepas result positif, dua tiga hari selepas discaj wad, breast tenderness muncul semula sehingga kini (note: 12 minggu pregnant).

2. Frequent urination
Ini aku tak dapat bezakan sebelum dan selepas positif pregnant sebab aku memang konsisten minum air paling minimum 3-4 liter sehari. Jadi kekerapan buang air sehari memang sama je. Tapi bila tidur malam, memang kena siap-siap buang air sebelum tidur, sebab perut jadi mengeras kalau pundi kencing dah penuh. Bila pegang perut, rasa berketul dan senak perut dibuatnya.

3. Nausea / Morning sickness
Belah pagi aku memang aktif dan tak rasa apa-apa. Tapi lepas pukul 2.00 petang, tekak dah mula rasa kembang tapi takdelah sampai rasa nak muntah ke apa. Alhamdulillah. Cuma bermula 11 minggu, simptom kembang tekak/ mual bermula awal pagi selepas breakfast sampai ke petang membawa ke malam.


4. Fatigue and exhaustion
Pagi ok, tapi start petang membawa ke malam, aku memang totally out. Balik kerja dah rasa tak larat nak buat apa-apa kerja, kadang masak kadang aku shake je untuk dinner. Tapi most aku ajak suami makan luar sebab takde mood nak masak. Malam memang tidur awal sebab badan rasa letih.

5. Cramping and bloating
Dalam tempoh dua minggu menunggu period, ada sekali dua rasa cramping dan ari-ari berdenyut. Aku abaikan je sebab selalu memang macam tu pun. Cuma lepas tahu pregnant, sampai saat ni (note : 11 minggu pregnant) kekerapan cramping dan rasa berdenyut sentiasa ada, aku just fikir positif rahim sedang bersedia untuk membentuk ruang untuk baby.

6. Metalic taste
Simptom tekak rasa payau terjadi beberapa hari lepas discaj dari wad. Tapi tak lama, lepas tu dah kembali normal. Nasib baik tabiat banyak minum air masak membantu mengurangkan rasa payau tekak.

7. Excess saliva
Datang seiring dengan simptom tekak payau. Tapi bila teringin/terfikir sesuatu makanan dalam otak, automatik rasa macam telan air liur banyak-banyak.

10 comments:

  1. Replies
    1. InshaAllah nanti Fieza pun ada peluang merasai saat-saat ini. Yani doakan tau....

      Delete
  2. alhamdulillah tahniah yani...saat yang dinanti :)
    sama la kita pemalas asik nk baring je huaaahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah thanks Mama Reha...bab melepek macam baru buat kerja berat tu sampai tahap minta maaf dengan suami. Rasa macam Ya Allah! Kenapa dengan aku ni? Pemalas yang amat. Nasib baikkan terlepek lepas waktu kerja...kalau awal pagi dah terlepek...memang tak jadi satu kerja pun kat opis tu.

      Delete
  3. Semoga akk sihat selalu.. rs tak sabar nak baca next entry akk.. take care *hugs*

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, terima kasih mendoakan....esok ada 1 lagi entri, lepas tu tak tahu la bila lagi ada kerajinan nak mengupdate...kerja pejabat tengah banyak. ;)

      Delete
  4. dari anak sulung, saya mual/loya /pening kepala bila bau perfume. nak-nak yang bau bunga atau fruity.. kalau spray mcm glade atau ambipur tu, cuma boleh tahan bau lemon je.

    sampai skrg sy sendiri tak pakai perfume sebab tak tahan bau hahahahaha.. kalau perfume suami bau ala2 aqua, boleh tahan lagi..jgn la bau musk ke vanilla ke..terus rasa nak muntah..wpun skrg anak sulung dha umur 8 tahun hahahahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo macam tu pula ye Dr Mai? Yani ni before tahu pregnant je jadi sensitif dengan bau perfume. Sekarang alhamdulillah dah kembali normal. Lately ni suka tidur dalam bilik tidur sambil letak air freshener bau vanila (free gift GreenAard)...jadi tenang je nak tidur lena. Bau badan suami balik kerja pun saya suka bau...jadi rindu dan bila dapat bau, rasa tenang je.

      Delete
  5. Alhamdulillahhh... syukur... tahniah Yani.. semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah hendaknya.. aminnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dan terima kasih banyak Puan K. Lama tak dengar khabar Puan K? Baby sihat? Minta doakan kandungan Yani ni kuat dan sihat hingga saat kelahiran ye? Ada bleeding sikit masa 13 weeks ni, risau hati...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)