13 October 2017

Kisah Sepanjang Trimester Pertama


13 Oktober 2017.

Gambar scan pertama sebaik sahaja ditahan wad di GH Melaka. Kalau ikut perkiraan sendiri, waktu ini kandungan baru berusia 4 minggu. Waktu scan TVS ini juga doktor maklumkan ada 1 cyst di rahim sebelah kanan, doktor kata tak perlu risau dan akan pantau sepanjang kehamilan.


25 Ogos 2017 - Temujanji di Klinik O&G GH Melaka untuk lihat perkembangan kantung. Alhamdulillah kantung membesar mengikut perkiraan minggu yang doktor kira (6w 3d) dan sudah nampak jantung. Tak dapat nak snap gambar scan, cuma dapat minta izin pada nurse untuk tunjuk sekejap gambar scan tu pada suami semasa nak buat temujanji seterusnya di kaunter.


28 Ogos 2017 - Temujanji terakhir dengan Poliklinik Komuniti Ayer Keroh untuk followup aku. Doktor pakar stopkan dulu rawatan susulan bila aku maklumkan aku mengandung, dan hanya akan bersambung semula selepas 6 minggu bersalin kelak. Jadi, semua ubat dan monitoring doktor akan diambil alih oleh doktor GH Melaka dan doktor di KKIA. Sedih pula rasa sebab semua doktor, ahli farmasi dan staf nurse di sini baik-baik belaka.


5 September 2017 - Setelah dapat pengesahan daripada pihak doktor pakar GH Melaka, barulah aku beranikan diri untuk membuka buku pink di KKIA berdekatan. Scan dari atas menunjukkan kandungan sudah menginjak usia 8 minggu dan doktor siap tunjuk di monitor jantung baby berdegup 'blink-blink' laju. Timbang berat badan = 71.9kg. Ujian darah menunjukkan bacaan HB baik iaitu 13.7.


8 September 2017 - Kejadian yang amat mendebarkan. Akibat terliur dengan gambar kuih tart nenas yang kawan pejabat sharekan di FB, aku minta dia belikan sebekas untuk rasa. Masuk kuih tart yang ke-3 tetiba aku baru teringat aku pregnant. Lepas solat Zuhur, aku terasa macam ada discaj keluar di bawah. Bila check, ada keluar brownish spotting di pantyliner, aku dah berdebar risau.

Bila mesej adik bongsu, dia suruh pergi ke Bahagian Kecemasan GH Melaka untuk check jantung dan uri baby. Aku dalam kelam-kabut tanya sama ada boleh tak kalau aku check dulu di klinik swasta sebab kalau terus ke GH, memang kena admit wad jawapnya. Aku call 2 klinik swasta yang aku tahu ada perkhidmatan scan, hanya 1 klinik sahaja yang jawap call dan maklumkan doktor ada waktu tu.

Alhamdulillah, lepas scan doktor kata tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan dan kemungkinan 3 sebab utama turun brownish spotting tu adalah; 1) banyak berjalan 2) banyak buat kerja-kerja berat atau 3) bersama dengan suami. Aku yakin ini ada kaitan dengan aku aktif bergerak ke sana ke sini pagi itu menghadiri mesyuarat di blok lain dalam kawasan jabatan. Doktor Rahimah tunjukkan imej scan yang menunjukkan usia kandungan 8w 3d, jantung dan juga kantung makan baby.

14 September 2017 - Temujanji pertama dengan Klinik Dietetik di KKIA. Alhamdulillah ini juga temujanji terakhir memandangkan dietitian maklumkan diet yang aku amalkan sekarang bagus dan boleh diteruskan. Banyak juga aku tanya tentang susu untuk ibu mengandung yang sesuai dan supplemen yang boleh diambil untuk support nutrisi bayi.


19 September 2017 - Temujanji di KKIA untuk doktor scan semula kandungan. Alhamdulillah kali ini sudah nampak bentuk baby yang lebih jelas; kepala, badan dan tangan kenit. Ikut perkiraan doktor, kandungan berusia 10w 1d, tapi rekod peribadi aku 10w 0d. Tarikh EDD pun berubah menjadi 16 April 2018. Tapi doktor cadangkan ikut sahaja tarikh asal 18 April 2018 memandangkan tak jauh berubah.

Gambar scan cyst, saiz tak banyak berubah. 2.3 x 2.5 cm

19 September 2017 - Hari yang sama temujanji di KKIA, aku ambil keputusan ke GH Melaka bahagian klinik oftalmologi untuk check mata. Beberapa ujian dibuat, alhamdulillah kualiti mata masih dalam tahap baik. Kesan ubat titik untuk membesarkan kanta mata, menyebabkan pandangan kabur dan tak dapat menganggar jarak jauh pandangan. Aku tawakal je drive balik ke rumah, syukur alhamdulillah selamat sampai di rumah dan aku baring rehatkan badan sementara tunggu kesan kabur lenyap. Malam sedikit baru pandangan mata kembali normal.

Tarikh appointment seterusnya adalah pada 18 Disember 2017 jam 9.30 pagi.

20 September 2017 - Temujanji ke-2 dengan GH Melaka jam 9.00 pagi, berjumpa doktor hampir jam 11.00 pagi. Doktor banyak rujuk buku merah KKIA yang aku bawa bersama, dan suruh scan sekali lagi kandungan di bilik 10. Sementara menunggu giliran, aku baca surah-surah ibu mengandung sambil bisik pada baby, minta baby bergerak aktif masa scan. Ya Allah! Mendengar kata sungguh anak bertuah ni. Masa doktor scan, doktor tunjuk di monitor baby bergerak aktif macam menari. Aku tersenyum je, rasa nak menangis pun ada. Kemain laju berkelip denyut jantung baby masa tu.

Tulisan catatan doktor, kali ini tarikh EDD menjadi 15 April 2018 pula. Doktor kata tak perlu pening-pening, ikut sahaja tarikh 18 April 2018 tu lebih senang. Baiklah doktor! Doktor cadangkan temujanji seterusnya adalah pada 6 minggu lagi iaitu semasa kandungan berusia sekitar 16-17 minggu.

28 September 2017 - Temujanji di KKIA, ambil ujian urin, timbang berat badan dan berjumpa nurse dan doktor. Timbang berat kali ini 71.1kg, penurunan sebanyak 0.8kg. Nurse tanya takde selera makan ke atau kerap muntah? Aku cakap takde muntah, selera makan pun macam biasa. Nurse bagitahu berat maksimum boleh naik semasa kandungan di bawah 20minggu adalah sebanyak 0.5kg sebulan. Selepas 20minggu, kenaikkan badan maksimum adalah sebanyak 0.5kg seminggu. Kalau keep on berat badan turun, takut ada thyroid pula. Mungkin baru 1st trimester kehamilan, belum ada keinginan nak makan macam-macam. Kali ini doktor KKIA tak buat dating scan.

7 Oktober 2017 - Disebabkan setiap kali temujanji di KKIA dan GH Melaka suami tidak dapat meneman dan masuk melihat hasil scan, aku cuba mencari beberapa klinik swasta yang menyediakan perkhidmatan scan baby di sekitar bandar Melaka. Ada 3 pilihan dengan masa berjumpa doktor yang berbeza iaitu Klinik Wahidah, Klinik Amal (Klinik Rahimah) dan juga Klinik Pakar Wanita Liu & Vincent. Oleh kerana suami sukar mendapat cuti dan tidak boleh selalu keluar sebenatar waktu sedang bekerja, aku perlu memilih klinik yang mempunyai waktu temujanji yang fleksibel dan doktor ada pada waktu hari minggu agar suami dapat hadir sama meneman semasa proses scan.

Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan pencarian aku, apabila aku dapat membuat temujanji dengan Klinik Pakar Wanita Liu & Vincent pada hari Sabtu dan kami berdua suami isteri berpuas hati dengan layanan dan cara penerangan doktor semasa sesi temujanji. Untuk temujanji kali pertama ini, kos yang dikenakan adalah sebanyak RM130 untuk proses scan 2D dan konsultasi, di mana aku mengambil peluang mengajukan beberapa persoalan tentang pengambilan supplemen kalsium sebagai pengganti susu, pengambilan supplemen omega 3 untuk masalah rambut gugur semasa mengandung dan isu scan anomali untuk mengesan masalah kecacatan pada bayi.

Doktor membenarkan aku mengambil supplemen kalsium untuk mengantikan keperluan khasiat kalsium tetapi supplemen omega 3 tidak dibenarkan atas faktor kandungan DHAnya tidak sesuai untuk perkembangan bayi. Jadi sementara mengandung ini terpaksa la redha dan bersabar dengan isu rambut yang makin banyak gugur setiap kali mandi. Scan anomaly kebiasaannya bersekali dengan ujian darah bagi memastikan keberkesanan ujian tersebut dan waktu yang paling sesuai adalah ketika kandungan 12 minggu tetapi kosnya agak mahal sehingga RM650. Doktor beri pilihan sama ada buat sekarang atau boleh buat pada usia kandungan 15 minggu (kos kurang sedikit) jadi doktor tetapkan temujanji kedua untuk ujian tersebut dalam tempoh 3 minggu lagi.

Pertama kali suami dapat melihat bayi kami di skrin monitor, dia speechless dan mata berkaca-kaca menahan air mata kegembiraan. Alhamdulillah, baby bergerak aktif siap melambai-lambai tangan dan mengerakkan kaki. Doktor tunjuk mana satu air ketuban dan terangkan pada 12weeks belum boleh dikenalpasti jantina bayi. Kami suami isteri berpeluang mendengar degup jantung baby, bila diukur doktor kata degup jantung baby  laju dan normal (150bpm). Semasa scan perut, Dr Vincent sempat bertanya macam mana boleh conceive bila aku katakan ini kandungan pertama pada usia perkahwinan menginjak 7 tahun, adakah aku mengamalkan apa-apa pemakanan herba / jamu kampung? Aku hanya tersenyum dan kata tak ada amalkan apa-apa cuma aku baru turunkan berat badan lebih kurang 13kg dan banyak bersenam dan jaga pemakanan.

19 comments:

  1. semoga dipermudahkan proses mengandung ni untuk yani & baby ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Fieza, banyak dugaan kena hadapi sekarang...masa TTC ada dugaannya tersendiri, masa mengandung ni pun ada juga dugaannya...

      Delete
  2. Alhamdulillah tahniah dear
    Jaga diri ye batik pink..
    Semoga di bawah lindungan dan rahmat Allah

    Dapat dua berita gembira mlm ni.
    Sahabat blogger dan datuk ctdk pregnant. Syukur
    Tumpang happy doakan saya juga ye utk second baby.

    Rania dah nk menginjak ke usia 4tahun dah haaa
    😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih Mama Rania, doa saya untuk ex-TTCians dan yang masih berusaha TTC tetap di dalam setiap doa selepas solat saya. Saya menangis gembira masa dengar TokTi umumkan dia hamil 4 bulan, Ya Allah....nak tidur pun saya tersenyum gembira teringatkan dia. Sampai juga rezeki zuriat untuk dia sekeluarga

      Delete
  3. Yani.........!! I baru tahu ni...Ya Allah...Alhamdulillah...Tahniah ya...geng dengan Dato' Siti la ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur BnC, rezeki Allah datang saat usia perkahwinan mencecah 7 tahun. InshaAllah lebih kurang due date Dato' CT nanti, doakan kandungan Yani selamat hingga saat melahirkan ye?

      Delete
  4. Akak jarang dah bukak blog.tau2 ramai yg da pregnant.termasuk yani.Alhamdulillah..yani take care..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Kak Nuriz. Kak tolong doakan kandungan saya kuat dan selamat ye? 13w-14w ni Yani bleeding dan kena bedrest. Risau sangat hati sekarang ni.

      Delete
    2. In Shaa Allah..baby yani kuat..kadang bleeding sebab placenta previa.doktor kata apa.Yani think posiitif ok.doa banyak2..Semoga dipermudahkan urusan Yani..amin..

      Delete
    3. So far alhamdulillah kandungan ok dan aktif. Semalam baru pergi KKIA scan tgk progress baby dan cek balik darah masih ada dlm rahim ke tak? Clear dah. Uri masih di atas so bukan masalah PP. Sekarang bedrest dan continue makan duphaston untuk kuatkan kandungan.

      Delete
    4. Alhamdulillah..happy rasanya..Yani take care

      Delete
    5. InshaAllah, ni hari ni baru start kerja lepas 1 minggu MC, dok bergerak banyak dah rasa bawah perut berdenyut-denyut balik dah. Nak cakap dengan suami takut kena marah nnt...dia tak kasi bergerak banyak, tapi dah memang kerja kat opis ni kena banyak bergerak, nak buat mcm mana?

      Delete
  5. yani bleeding ke.. bedrest k.. kita pcoser ni sgt fragile. huhuu yani minum anmum? sy rasa better stop.. sbb anmum tinggi gula & tak sesuai dgn kita pcos ni.. maaf klu sy silap..

    doc ada bg duphaston tak..
    dulu sy makan dr 2ww sampai 16w pregnant.. atas nasihat doc lppkn..

    ape2 pun jaga diri ye..
    moga yani & baby sihat2 selalu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedang MC dan bedrest minggu ni Raudhah. Saya tak minum apa-apa susu ibu mengandung, cuma gantikan dengan susu Marigold HL Fresh Milk untuk sumber kalsium (ni pun baru 4 hari start minum susu tu, means after bleeding start).

      Duphaston doc ada berikan untuk bekalan 1 bulan... so far membantu jugalah untuk stopkan bleeding dan kuatkan rahim. Doakan baby saya selamat dan ok ye?

      Delete
  6. ok.. lega dengar camtu :)
    insyaAllah mama & baby kuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raudhah nak tanya sikit. Cara makan duphaston sepanjang 2ww - 16weeks awak dulu mcm mn? 1 biji 3 kali sehari ke? Atau lain cara makannya?

      Delete
    2. sy makan 2 kali sehari.. sebiji pg (9pg) & sebiji malam (9mlm).. makan pd waktu yg sama..

      Delete
  7. akak,

    saya baru tahu akak pregnant, alhamdulillah. :)
    jaga diri, inshaallah semoga semuanya selamat hingga melahirkan.
    banyakkan bedrest, and naik kereta lapik bontot. jangan lupa manjakan diri time pregnant ni.

    love,
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, inshaAllah...2nd trimester ni ternyata lebih mencabar dengan macam-macam dugaan. Takpelah rezeki untuk saya untuk merasai suka duka sepanjang kehamilan ni...terima kasih atas doa Nadia ye.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)