09 October 2017

Mengandung : Anugerah Teristimewa Allah SWT di Bulan Ogos 2017


9 Oktober 2017.

Lama entri ini aku karang dan simpan sebagai draf. Alhamdulillah selesai sudah fasa pertama trimester kandungan, dan berita gembira ini boleh dikongsikan di sini untuk kenangan kami suami isteri.

Macam mana nak dimulakan?
Period cycle aku mula menjadi semakin pendek bermula awal bulan Mac 2017 di mana dari cycle 85 hari menurun kepada 56 hari, dan seterusnya ke 35 hari seiring dengan penurunan berat badan. Hari pertama last period aku adalah tiga hari sebelum Hari Raya Aidilfitri (22 Jun 2017). Jadi aku jangkakan next cycle period akan datang pada minggu terakhir bulan Julai 2017. Tapi hasil pemerhatian aku, EWCM atau jangkaan waktu subur aku hanya muncul pada CD20 hingga CD23. Bila simptom breast soreness muncul pada CD30 (21 Julai 2017), aku sudah agak bimbang period cycle haywire semula sebab kebiasaannya dua minggu breast soreness baru period akan turun (jangkaan CD45 atau 5 Ogos 2017). 

5 Ogos berlalu tapi period masih belum muncul. Breast soreness pun dah makin reda. Aku dah jadi pelik, kenapa ni? Yang aku perasan seminggu dua tu aku sangat bad mood dengan staf unit aku walaupun atas alasan yang remeh. Sampai ada staf yang merajuk dengan aku (Alhamdulillah, aku dah minta maaf dengan dia dan jelaskan segalanya).

8 Ogos 2017 - Aku tak tahu apa yang mendorong aku untuk buat ujian kehamilan sebaik sahaja bangun untuk solat Subuh. Kebetulan ada alat ujian kehamilan ClearBlue jenis digital yang dah lama aku simpan di rumah. Aku kumpul air kencing pertama selepas bangun dan celupkan ClearBlue tu, sambil layan mata mengantuk. Memang tak mengharap langsung apa-apa. Tapi bila keluar sign "Pregnant" aku terus mengigil terkejut. Ya Allah! Bila muncul pula indikasi 1-2 minggu bertambah mengigil dibuatnya (indikasi kandungan sudah berusia 3-4 minggu) ...Aku kejutkan suami dan tunjukkan pada dia. Mula-mula dia agak blur lepas tu dia terus ucapkan Alhamdulillah dan terus cium dahi aku. Lepas solat Subuh, aku mesej adik beradik dan adik bongsu suruh datang ke Klinik Kesihatan dia untuk mengesahkan keputusan UPT.

Di KK, ujian UPT menunjukkan faint positive pregnancy, dan disebabkan aku ada masalah kesihatan sedia ada, doktor terus buat surat rujukan ke GH Melaka untuk doktor pakar di sana pantau. Kami suami isteri dah bersedia dari segi mental sekiranya aku ditahan wad sepanjang pemantauan. Aku bergerak sendiri ke GH Melaka dan uruskan sendiri proses admission memandangkan suami perlu bekerja. Seperti jangkaan, aku ditahan wad selama 4 hari (8 Ogos - 11 Ogos 2017) dan sepanjang di dalam wad, pemantauan penyakit aku menunjukkan ia terkawal dengan baik dan bacaan hormon HCG meningkat dari 547.8 kepada 1302 dalam tempoh 48 jam. Dua kali scan dari bawah (TVS), kantung nampak tapi saiznya masih kecil jadi doktor setkan temujanji 2 minggu selepas discaj untuk tengok perkembangan kantung. Buku pink juga belum dibenarkan dibuat di KKIA selagi doktor pakar GH tak beri keputusan based pada scan pada 25 Ogos 2017.


Tempoh masa dua minggu menunggu ini aku rasakan terlalu lama. Maaflah, hampir tujuh tahun usia perkahwinan kami tak pernah berpeluang melihat kertas UPT naik "double lines". Jadi perasaan teruja untuk test beberapa UPT strips sepanjang tempoh menunggu setidak-tidaknya menyedarkan aku bahawa semua yang terjadi ini bukan sekadar "mimpi" apantah lagi faint pregnancy double lines semakin pekat dan jelas kelihatan hari demi hari. Sehinggalah dua hari sebelum tarikh temujanji di Klinik O&G GH Melaka, keputusan UPT ClearBlue digital menunjukkan indikasi "Pregnant 3+week" atau bersamaan 5- 6 weeks pregnant (maksudnya bacaan hormon HCG meningkat), barulah lega sedikit hati ni.





25 Ogos 2017 - Temujanji jam 11.00 pagi di Klinik O&G GH Melaka ditemani suami. Doktor pakar scan dari bawah dan alhamdulillah kantung membesar mengikut minggu sepatutnya (6w 3d) dan jantung dapat dilihat dengan jelas. Jadi doktor membenarkan buku pink dibuka di KKIA berdekatan taman perumahan dengan sesalinan surat rujukan dari klinik O&G GH Melaka.


5 September 2017 - Ke KKIA Sg Udang untuk proses membuka buku pink. Masih perlu melalui prosedur sama; ambil sampel air kencing untuk mengesahkan ujian kehamilan. Kali ini pihak makmal terus bulatkan ruang "Positive pregnancy" selepas keputusan diperolehi dan aku menjalani pemeriksaan fizikal dan beberapa ujian darah seperti ujian HIV dan lain-lain. Doktor scan dari atas perut dan dah nampak heartbeat baby dan saiz kantung menunjukkan usia kandungan genap 8w 0d.

Anugerah teristimewa ini hadir disaat kami suami isteri tidak terlalu berharap, redha dan sedang fokus dengan salah satu usaha TTC iaitu penurunan berat badan. Demi Allah, aku memang ada merancang untuk mencuba sekali lagi prosedur fertiliti iaitu IUI pada hujung tahun ini atau awal tahun depan sebaik sahaja aku mencapai berat badan yang ideal untuk proceed IUI tersebut. Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan segalanya dengan kehadiran zuriat ini.

Kawan-kawan TTCians, mohon doakan kandungan ini selamat dan dijauhkan dari sebarang masalah sehingga saat kelahirannya nanti. Aku tak tahu doa siapa dari kalangan kalian yang Allah SWT angkat dan dimakbulkan sehingga aku berjaya conceive tapi aku yakin kalian adalah antara penyumbang doa-doa yang makbul ini. Aku juga mendoakan kalian semua juga Allah SWT permudahkan semua urusan dalam usaha untuk conceive ini dan akan berpeluang merasai nikmat kehadiran insan bergelar zuriat dalam rahim kalian; tak kiralah sama ada natural conceive, IUI mahupun IVF. Amin ya rabbal alamin....

40 comments:

  1. okay.. akak is sebak ...

    tq sbb jadikan akk antara yg ter awal tahu.
    *hugs*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikatan antara TTC tu kuat,kan KekDa?
      Hanya yang pernah rasai perasaan tu faham perasaan debaran dan gementar seorang TTC bila conceive setelah lama mencuba. Tq juga sebab KekDa sudi berkongsi pengalaman dengan Yani, banyak belajar dari KekDa...

      Delete
  2. Terdetik nak baca blog sis.. Alhamdulillah syukur sis dpt 1baby.. jaga diri baik2 ya.. harap dpt dgr cerita baru dr sis.. I'm happy for you.. *hugs*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aini, inshaAllah doakan saya ye? Saya pun doakan usaha Aini di LPPKN Allah permudahkan, semoga ada keajaiban berlaku (natural conceive mana tahu)....

      Delete
  3. waiting to read this... hugs yani ..tahniah buat yani dan suami..jaga diri ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama simpan draf ni Dr....tak boleh terlalu excited sangat awal-awal ni, mungkin sebab masih dalam proses menyesuaikan diri. Hanya mengharapkan doa dari semua orang agar kandungan ini bertahan melepasi trimester pertama ni dan selamat hingga waktu melahirkan.

      Delete
    2. faham sgt tu :) semoga sihat selalu..amin..

      Delete
    3. Dr Mai, tak sabar nak start balik berlari dan join running event next year. Lemau rasa badan dah lama tak berlari. Sekarang hanya kawal pemakanan supaya badan tak naik semula mendadak even tgh mengandung.

      Delete
  4. Amin..Moga Yani & baby sihat dan tiada sebarang masalah sehingga bersalin..Dipermudahkan sepanjang proses mengandung ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, terima kasih Fieza....tolong doakan ye baby Yani dijauhkan dari sebarang masalah. Fieza, tahun ni Fieza kena janji pada Yani k? Fieza kena try usaha TTC tak kisah la cara tradisional @ moden @ alternatif....apa-apa pun Yani doakan semuanya berhasil dan Fieza berjaya hamil secepat yang mungkin.

      Delete
  5. Alhamdulillah! seronoknyaaaa~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, seronok tapi masih dalam tempoh berhati-hati juga ni. Masih belum boleh selesa dengan keadaan sekarang. Apa-apa pun saya doakan D dipermudahakan usaha TTC dan berjaya conceive ye? Saya baru follow dan baca semua entri D....

      Delete
  6. Allah...alhamdulillah akhirnya rezeki yani telah tiba.walaupun iya dah lama xblog tapi bila ada masa mesti bace blog yani. take care my dear. inshaaAllah giliran kami ttc lain juga nnt.insyaAllah..happyyyyyyyyyyyy for u n suami :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dan terima kasih Iya. Minta Iya doakan semuanya selamat sehingga saat melahirkan nanti ye. Yani pun doakan Iya dan suami berjaya conceive.

      Delete
  7. Alhamdulillah.. Happynya Eyza dengar.. Doakan Eyza menyusul jugak. Bila tau geng TTC dah berjaya pregnant, makin kuat semangat Eyza. Tahniah awak. I'm so Happy!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Eyza...inshaAllah, saya selalu doakan kejayaan TTC kawan-kawanTTCian semua; sama ada kenal di alam nyata mahupun di alam blog. Yang penting jangan putus harap dan sentiasa bersangka baik dengan perancangan Allah SWT.

      Delete
  8. Alhamdulillah tahniah puan!!selama ni saya silent reader blog ni dari zaman saya sendiri ttc sampaila sekarang. Kita mungkin tak kenal tapi bila baca penulisan dan perjuangan TTC puan,rasa dekat sangat di hati..tumpang gembira + sebak.
    Semoga dipermudahkan urusan sehingga melahirkan dan membesarkan. Tahniah sekali lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doa yang dititipkan...;)

      Delete
  9. alhamdulillah.. tahniah yani & hb =D
    very happy for u both..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dan terima kasih Raudhah ;)

      Delete
  10. Allahuakbar sis...Subhanallah Alhamdulillah...seriously sy sebak..sbb kita sama2 PCOS..wpun sy br 4 tahun dan sis dah 7thn..sungguh x terucaap dgn kata2 kan sis...
    tahniah sis...ALlah Maha Mendengar dan Allah Maha Mengetahui apa yang dirancang,,
    semoga sis dan kandungan sihat walafiat shgga melahirkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dan terima kasih Nurul, tolong doakan kandungan saya ni selamat ye? Hati ni masih dalam keadaan berjaga-jaga sebab perasaan trauma dengan pengalaman PCOS dan kemungkinan-kemungkinan risiko lain sepanjang mengandung.

      Delete
  11. Alhamdulillah.. Akhirnya.. Tahniah sis.. Doakan saya mengikut langkah sis ye.. Aminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, doa saya untuk semua TTCians tak pernah kurang semoga diberikan rezeki zuriat...amin ya rabbal alamin.

      Delete
  12. Ya Allah..syukur alhamdulillah.gembira sgt buat yanie.jg diri ya.bykkan berdoa mohon Allah lindungi smpi selamat bersalin..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dan terima kasih..tolong doakan kandungan saya kuat dan selamat sehingga 9 bulan 10 hari ye?

      Delete
  13. Tahniah sis.pembakar semangat.saya selalu baca journey ttc sis dr mula sehingga la sekarang.moga kandungan sis selamat sehingga melahirkan.pape pun jga diri elok2x.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, terima kasih. Mohon doakan yang terbaik untuk saya dan kandungan ye?

      Delete
  14. Alhamdulillah..tahniah Yani..syukur..sesungguhnya perjalanan kita tidak mudah..tapi manisnya sangat terasa bila Allah makbulkan..semoga ibu dan baby sihat walafiat sehingga melahirkan..Amin..tahniah tahniah tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Kak Nuriz...rezeki Allah SWT menjelang usia perkahwinan 7 tahun. Akak tolong doakan Yani dan baby selamat ye?

      Delete
  15. Assalamualaikum, boleh saya tanya, sebelum ni sis ada guna product dari kak siti bidan kan? boleh tahu berapa lama ya gunakan product tersebut? kesannya pula macam mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cari dan rujuk keyword "kak siti bidan" di ruang sebelah kanan atas blog saya. Saya guna tak lama.

      Delete
    2. masih guna lagi ye sampai sekarang?

      Delete
    3. Saya guna dari bulan Ogos 2016 hingga Disember 2016. Lepas tu saya berhenti semua produk Kak Siti Bidan sebab nak fokus pada proses turun berat badan pada Januari 2017 sehingga kini.

      Delete
    4. OK.Terima kasih ya..Moga ibu dan kandungan sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan. Doakan saya juga ya :*

      Delete
  16. ida.. sebaknye baca.. happy sgt.. take care dear.. semoga semuanya selamat hingga melahirkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaya....jumpa plak ko blog aku ni ye? Huhuhuhu.....doakan ye baby aku selamat sehingga waktu nak melahirkan nnt....masuk 2nd trimester banyak pulak dugaan, tapi redha je la...Allah dah mudahkan aku part tak payah muntah2 keluar isi perut, tak de pening2 mabuk pun dah cukup bersyukur....

      Delete
  17. Assalamualaikum, sy terbaca blog ni.. Sy ttcian jgk, period sgt haywire.. Cycle pernah sampai 4 bulan x dtg. Bole share mcm mane puan dpt shorten kan cycle period?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry baru ternampak post awak ni. Saya dpt pendekkn period cycle seiring dgn penurunan berat badan sebanyak 13kg selama hampir 8 bulan berdiet sihat dan beriadah.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)