07 June 2017

Inchloss Dalam Weight Loss Challenge

7 Jun 2017.

Ikutkan lepas terawih tadi mata dah layu, tapi paksa juga diri buat 3 miles powerwalk dan dumbell weight lifting untuk tempoh 1 jam. 2 jam lepas berbuka baru selesa nak bersenam. Jangan hanya fokus pada weight loss, inchloss pun indikasi penting sekarang ini. Kain baju kurung banyak dah londeh, nak cari pin kasi ketatkan balik 😂😂😂


Kredit gambar dari FB Page KekNie Sha Rini

Tertarik dengan status FB KekNie semalam, tentang kenapa ada orang tak turun berat mendadak masa minggu pertama bulan puasa especially mereka yang sememangnya dah lama berdiet. Kalau nak baca lebih lanjut, boleh cari status ni di FB la ye. Panjang explaintion KekNie bagi.

As for me myself, 11 hari berpuasa berat badan turun 600gm. Yeah, 600gm sahaja walaupun jaga makan, water intake kekal 3 liter setiap hari, porsi seimbang dan bersenam berselang malam. Biar turun sedikit atau kekal berat badan sepanjang Ramadhan ni, JANGAN MAKIN NAIK BERAT BADAN

Bagi yang tak berdiet tapi turun mengejut 3-5kg 1st week puasa tu, jangan angan-angan sangat ye. Badan aku dah terbiasa...turun 1 - 1.5kg sebulan tu range yang relevan.

2 comments:

  1. caiyok yani..saya dah try exercise yang yani share dlm entry sblm ni..boleh tahan berpeluh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kan? Walaupun repeat 4 step asas sahaja sepanjang 30-45 minit dalam 1 video, tetap berpeluh kan? Nanti Fieza try la video Leslie Sansone yang ada gabungkan powerwalk dengan dumbell dan pilates...itu pun best juga.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)