08 June 2017

Slot Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadhan & Pengurusan Berat Badan Di IKIM 7 Jun 2017

8 Jun 2017.

Kesihatan - Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadhan & Pengurusan Berat Badan Bersama Puan Nor Azah Bte Ahmad

Semalam tak sempat dengar masa on air sebab clash dengan waktu aku bertugas di Persidangan DUN. Jadi siap-siap save link video IKIM.FM dan baru berkesempatan untuk tengok dan jotted down ilmu-ilmu ni.

Sahur

- lambatkan sahur, jangan awal / makan 12.00 tengah malam , itu supper namanya

- 1/2 jam sebelum waktu imsak

- perlukan sesuatu makanan yang lambat dihadamkan/ dicernakan untuk kegunaan badan kita sepanjang hari, perlu penuhi keperluan tenaga semasa berpuasa

- ambil makanan yang tinggi serat, ambil masa yang lama untuk dihadamkan, dapat tahan lapar lebih lama (contoh: oat/ capati/ roti gandum/ roti tinggi serat) 

- jangan lupa buah-buahan dan syur-sayuran

- minum air kosong, boleh minum air manis tapi kena minum juga air masak

- jangan makan banyak, takkan kenyang pun sepanjang hari 

- untuk pesakit gastrik : makan makanan berserat dan jangan makan yang pedas dan berempah

- untuk pesakit diabetis : jangan makan/minum yang manis, makan ubat oral selepas sahur dan kalau cucuk insulin, kena cucuk 1/2 jam sebelum sahur

- untuk pesakit darah tinggi : kurangkan makanan tinggi garam (ikan masin, budu, makanan dalam tin, fastfood)

- untuk ibu yang sediakan makanan untuk anak-anak yang jenis bergoreng dan lemak tepu, bergaram akan membuatkan kering tekak dahaga, dehidrasi

- Untuk orang dewasa, kalau tak lalu sangat nak bersahur : Makan sahaja kurma dan susu, dah memadai. Kurma ada gula ringkas yang bagus.

- Untuk kanak-kanak pula, jangan dibiarkan bersahur sekadar minum air kosong sebab mereka perlukan tenaga yang sangat tinggi. Kena berikan mereka minuman bertenaga (susu/ minuman bermalta). Kalau tak nak makan nasi, boleh beri bijiran bersusu. Mak bapa jangan ambil senang ye.

- Anggapan orang tak boleh tidur selepas bersahur? Itu mitos, sebenarnya tak nak terlajak solat Subuh je! Heheh...tak ada kaitan dengan penyerapan air whatsoever.

- Ibu yang menyusukan : Digalakkan untuk bersahur minum susu yang banyak, makan oat (banyakkan susu) dan kurma (sumber karbo yang bagus)

- Bagi orang yang tak selera makan oat : Boleh je makan roti berfiber, letak telur rebus buang kuning telur dan sayur serta tomato jadi sandwich. Atau boleh makan chapati kuah cecah kari. 1 sudu santan bersamaan 50kcal, jadi buat kari ala mamak yang tak guna santan, mereka guna air asam sahaja. Boleh letak sayur seperti terung dan kentang dalam kari.


Tips Membeli Di Bazar Ramadhan

- Bawa duit secukupnya sahaja, buat senarai apa yang nak beli 

- Beli makanan yang sihat dan seimbang, pilih makanan yang kurang manis tidak banyak sangat bergoreng dan bersantan

- Kena tengok kedai makan yang bersih, penjual yang berapron, pakai topi atau penutup kepala dan bersarung tangan

- Lebihkan pilihan ikan bakar, air buah-buahan dan makanan yang masih panas.


Pengurusan Berat Badan

- Digalakkan minum air kosong / air mineral jika nak turunkan berat badan sebab 0kcal. 

- Teh O : Teh (0kcal), jika campur 1 sudu teh gula (20kcal) - it's good la

- Teh Tarik : Teh (0kcal) + 1 sudu gula (20kcal) + 3 sudu krimer manis (130kcal) = 209kcal

- Minuman bercoklat (Milo/Ovaltine) : 2-2 1/2 sudu makan(60/70kcal) + gula (20kcal) + krimer manis = 300kcal

- Untuk kanak-kanak : Digalakkan minum susu tinggi lemak

- Untuk dewasa : Digalakkan minum susu rendah lemak atau susu skim

- Waktu sesuai timbang berat badan? Jawapan : kita timbang sebelum berbuka, kalau awal pagi kita dah sahur, berat dah lain dan bercampur berat makanan dan minuman


Berbuka Puasa 

- Berbuka seawal mungkin, ambil yang seadanya : ambil air manis (1 gelas cukup la) + buah kurma (1-2 biji)

- Jangan terus makan makanan yang berat, rehat dulu, pergi solat lepas tu baru makan (perut dah tenang sedikit)

- Gunakan konsep pingan sihat dan konsep sukusukuseparuh mengikut piramid makanan Malaysia : 1/4 sumber karbo/bijirin, 1/4 sumber protein dan 1/2 sumber buah & sayur

- Air berkarbonat / kafein : 7 -9 sudu gula dalam 1 tin air berkarbonat/kafein

- Air teh/ kafein : ada ciri-ciri deuratik (cukup 1 cawan sahaja) sebab tak nak cecair-cecair dalam badan kita hilang

6 comments:

  1. Replies
    1. InshaAllah, kalau Fieza nak dengar keseluruhan video ini, boleh cuba cari di FB Page IKIM.FM atau cuba masuk dari link di bawah ni:

      https://www.facebook.com/ikimfm/videos/1562418187101574/

      Delete
  2. Good info k.yani
    Sy pn amalkn pemakann yg sihat.
    Kita geng r....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....semoga istiqamah!

      Delete
  3. Replies
    1. Sama-sama ST, kalau nak share benda ni dalam whatsapp group kita, panjang bebenor...hehhehe....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)