05 June 2017

WLC Jun, Bulan Ramadhan & Hari Raya

5 Jun 2017.

Jumaat malam lepas (2 Jun 2017), Coach dah masukkan nama aku dalam group WLC Bulan Jun 2017 bersama senior-senior dan junior-junior cabaran weight loss terkini. Alhamdulillah masih bersama team Coach meneruskan perjuangan ini. Coach kata WLC bulan ini agak berbeza dari segi mealplan dan ada coach jemputan yang akan berkongsi ilmu. Untuk rekod, hari ke-14 ada timbangan berat badan kedua dan hari cheatmeal yang jatuh pada 15 Jun 2017 (kena double confirm semula dengan Coach nanti).

Bulan Jun adalah gabungan bulan Ramadhan dan bulan Syawal. Mencabar juga tu. Bulan puasa nak fokus pada penurunan berat badan, manakala bulan Syawal nak fokus agar berat badan maintain atau sekurang-kurangnya tidak naik mendadak bila berhari raya nanti. Semoga iman dikuatkan dan selera makan dapat dikawal dengan bijak. Kena ingat, nak turun bukan senang, nak naik tak payah susah-susah. 😅😅😅

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)