21 May 2017

Larian Hujung Minggu Sebelum Ramadhan


21 Mei 2017.

6.3KM berlari awal pagi ini dengan sang suami. Entah kenapa di awal 2KM jauh aku tinggalkan dia di belakang, sedang aku berlari seperti mengejar/dikejar sesuatu. Lepas tu baru aku perlahankan larian dan sang suami dapat menyamakan pace larian denganku sampai ke akhir larian.

Minggu terakhir berjogging hujung minggu sebelum kita semua berpuasa tahun ini. Kejap je masa kan? Sure rindu nak berlari lagi macam ni. Takpelah pujuk hati, masa puasa nanti kalau ada kesempatan berpowerwalk lepas solat terawih di rumah. Paling utama, jaga pemakanan. Suka dengan kata-kata yang dikongsikan oleh seorang coach fitness di FB "Walau kerap macam mana pun anda berpuasa, tapi selagi sahur tak jaga dan berbuka makan melantak, badan kurus sementara sahaja dan senang rebound naik berat boleh naik hampir 2x ganda. Perkara ini selalu terjadi waktu lepas raya."

Haritu ada bincang dengan suami, setiap hujung minggu kami akan balik berbuka di rumah mak mertua menemankannya. Nampak gaya, hari pertama dan kedua bulan puasa kami akan berbuka dan bersahur di Seremban. Mungkin aku akan standby menu berbuka cara aku dan untuk bersahur kami seperti biasa akan minum shake herbalife dan jamah kurma.


2 comments:

  1. Selamat menyambut Ramadhan yani :-) InsyaAllah...smg kita sama2 diberi kekuatan utk consistent eat clean and right

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menyambut Ramadhan juga, ST dan semua kawan-kawan! Hai, lain perasaan nak sambut bulan Ramadhan kali ni bila mengenangkan kesalahan-kesalahan yang Yani pernah buat masa sediakan makanan berbuka dulu....takpe la, orang kata kita belajar dari kesilapan, ye tak?

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)