23 January 2017

4KM Superheroes Race Turbo 2017

23 Januari 2017.

Larian actual run kedua kami suami isteri bagi tahun 2017. Ambil cuti rehat sehari awal (Jumaat) sebab nak ke Johor dan Mid Valley Megamall untuk race kit collection. Buat kerja gila join 2 running event serentak dalam satu hari yang sama. 

Bertolak dari Melaka ke Mid Valley Megamall jam 9.50 pagi dan sampai di sana lebih kurang jam 12.00 tengahari. Round sekejap dalam pameran coklat di sebelah kaunter race kit collection lepas tu terus pecut masuk highway balik sebab nak kejarkan race kit collection di Educity Sports Complex, Nusajaya petang tu juga dan juga check-in ke hotel yang dah ditempah awal melalui Booking.com.

Flag off untuk kategori 4KM adalah pada jam 7.05 pagi di perkarangan Educity Sports Complex, Nusajaya, Johor, dan aku mengambil masa hampir 50 minit untuk menghabiskan larian sejauh 4.7KM (bacaan sebenar dari app Strava) untuk route yang disediakan. Disebabkan mengejar masa untuk ke Cyberjaya, kami tak menunggu lama di situ, lepas je dapat finisher medal dan sijil penyertaan kami terus gerak balik ke hotel, berkemas dan pecut masuk highway. Tapi Alhamdulillah, dapat juga berjumpa dengan salah seorang member dari group whatsapp Virtual Run kami dari Johor, Kak Dyna.


Alhamdulillah! Medal pertama di bumi Johor.

Ok, nak rebiu sedikit tentang hotel bajet yang kami tempah melalui Booking.com iaitu Hotel Victory City di Nusa Sentral. Overall memuaskan, fasiliti lengkap (ada Coway water dispenser, ada ruang ironing di setiap aras) cuma dah nama pun bajet kan, so ruang pun agak terhad la dan tiada kemudahan lif (kami ditempatkan di tingkat 3...penat panjat tangga huhuhu). It's ok sebab menginap pun 1 malam sahaja. Kami sampai dan check in di hotel pun dah lewat petang (pukul 6.00 petang). Selesai mandi dan solat jamak, kami keluar cari kedai makan di kawasan berdekatan; Restoren Warisan Noor dan lepas tu terus balik hotel untuk rehatkan badan.




4 comments:

  1. sporting husband yani join event larian tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ST...ade juga running buddy Yani yang takkan tinggalkn Yani jauh-jauh. Hehehehe....kalau kena tinggal juga, memang merajuk hentak kaki tepi jalan la...

      Delete
  2. Caiyok Yani..penat baca sbb berlari tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes...chaiyok! Fieza kalau masuk apa-apa event running bagitahu la Yani...boleh kita jumpa & lari together-gether...hehehe

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)