18 January 2017

Eat Clean & Workout

18 Januari 2017.

Dah masuk minggu ketiga dalam cabaran WLC, dan dah 2 hari bermula fasa cabaran 5 hari eat clean dan 5 liter air sehari. Apa beza fasa eat right (minggu pertama dan kedua) dan fasa eat clean (minggu ketiga)? Tak jauh beza pun cuma pada fasa eat right kita makan berpandukan komposisi yang betul; kena ada karbohidrat yang baik, sumber protein yang baik dan juga fibre/serat yang baik. Dalam fasa eat clean pula, kita makan makanan yang lebih sihat dan cara penyediaan lauk yang lebih kepada teknik rebus, kukus dan bakar. Tujuan kita eat clean adalah untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan dan pembakaran lemak dalam badan.

Hari pertama semalam, konon nak cari ikan bakar di kedai, sampai dua kedai mencari dan akhirnya jumpa ikan kembung bakar di Kedai Ikan Bakar Malim. Saiz boleh tahan, harga pun boleh tahan juga. Nampak gaya kena bawa bekal dari rumah la, jimat pun jimat dan tak buang masa keluar tengahari. Jadinya, malam tadi marinate ayam dengan sos lada hitam dan bakar dalam oven pukul 6 pagi tadi. Jerang nasi guna mini lunch box untuk dua orang dan masak sayur bayam tumis air dengan carrot. Bekal sncaking macam biasa la; buah-buahan sebelah pagi dan kekacang di sebelah petang.

Malam tadi, coach dah maklumkan hari ni dah start workout dan dibekalkan contoh senaman workout yang boleh dibuat di rumah. Setiap voice note yang dihantar oleh coach, aku tuliskan dalam buku untuk rujukan dan back up sekiranya attachment dalam group whatsapp hilang/ terbuang. Berguna juga buku planner GreenAard yang aku dapat awal tahun ni, boleh buat buku nota WLC. ;)


2 comments:

  1. hai!!!!

    LAma tak lawat blog ni...

    heehehhe..

    Seronoknya join program diet. Semoga berjaya ya.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hie Miss Orked, tu la dah lama tak jengah je blog Yani ni....doakan ye Yani dapat turunkan berat before proceed usaha TTC tahun 2017 ni..

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)