24 January 2017

6KM Chocolate Run 2017

24 Januari 2017.

Sambungan kerja gila kami berdua suami isteri Sabtu lepas (21 Januari 2017), lepas berlari di Nusajaya, Johor di sebelah pagi kami continue dengan larian 6KM Chocolate Run 2017 di Taman Tasik Cyberjaya di sebelah petangnya pula. Bertolak dari exit Senai Utara jam 9.50 pagi, kami tiba di Cyberjaya lebih kurang jam 1.30 petang. Kami check-in terlebih dahulu di Citadines Apart' Hotel, DPulze Cyberjaya untuk rehatkan badan dan solat jamak.

Lebih kurang jam 4.00 petang, kami bergerak ke Taman Tasik Cyberjaya. Ramainya umat manusia! Alhamdulillah dapat bertemu buat kali pertama dengan Blogger Gee yang turut sama berlari. Ada beberapa perkara yang kurang menyenangkan berlaku semasa larian terutamanya berkaitan pengurusan organiser Chocolate Run tapi takpelah, benda dah lepas. Cuma, mungkin ini first and last kami join event ni, lagipun running fees nya agak mahal.

Flag off untuk kategori 6KM adalah pada jam 5.00 petang dan kami berjaya tamatkan larian 1 jam 10 minit kemudian. Mengikut bacaan Strava, route kami adalah sejauh 7KM berbanding jarak 6KM yang dinyatakan oleh pihak penganjur gara-gara perubahan route larian di saat-saat akhir. Agak kelam-kabut pengurusan penganjur kerana kekurangan usher yang boleh memberi maklumat yang betul dan terkini menyebabkan kami berlari dalam keadaan was-was dengan arah route yang ditunjukkan. So, ada di kalangan pelari yang memotong route yang sepatutnya sebab tak diberikan arahan yang lengkap.


Race kit Chocolate Run 2017

Oklah, kita rebiu la serba sedikit tentang Citadines Apart' Hotel DPulze Cyberjaya ni ye? 

Kami tempah di Booking.com (setakat ini, semua bilik hotel kami tempah menggunakan app Booking.com) dengan kadar harga RM195 satu malam belum termasuk GST untuk bilik jenis Executive Studio. Total bayaran untuk semalam adalah sebanyak RM206.70. Bilik hotel kami lengkap dengan semua kemudahan asas, termasuk juga dilengkapi dengan ruang pantri yang perfect untuk keluarga. Jadi tak ada masalah sama ada nak memasak di dalam bilik hotel ataupun makan di luar kerana hotel ini adalah dalam satu bangunan yang sama dengan DPluze Shopping Complex. Owh satu lagi, hotel ini ada rooftop swimming pool di aras 8. 

Lengkap dengan safety box, iron board, hair dryer dan seterika. Cuma satu je kurang; tiada sejadah. Mungkin kalau request dengan pihak hotel, mereka boleh sediakan.


Kitchenette yang dilengkapi dengan microwave, peti ais dan cerek elektrik. Peralatan dapur pun lengkap.


Panorama di rooftop swimming pool

Pagi Ahad, lepas bersarapan kami berdua naik ke Aras 8 untuk berenang untuk 2 jam. Memang best view dari tingkat 8, dapat tengok pemandangan sekitar Cyberjaya hingga ke Putrajaya.


4 comments:

  1. belum ada rezeki nak berjumpa dan berlari dengan yani :) .. yani, cuba book hotel dengan agoda..biasanya lebih murah dari booking.com . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. DrCat...inshaAllah kalau ada running event di Johor, inform Yani ye? Mana tahu kalau kena masa, boleh Yani turun Johor lagi.

      Agoda Yani pernah try survey, memang murah tapi ada term "pay later" tu Yani tak berapa paham. Apa beza dengan pay at counter? Maybe boleh cuba booking next stay guna agoda.com pula...

      Delete
  2. yani, bayar pakai kad kredit kan?

    ada dua option masa book dengan agoda.

    1. masukkan no kad kredit dan klik pay now.agoda akan terus decut dari kad kredit.

    2. pay later tu...masuk no kad kredit juga tapi akan di tolak kemudian ( agoda akan bagi tarikh...) conoth mcm sy baru2 ni book hotel di kajang, sy book pada 21/1, nak menginap pada 28/1. Pay later pada 25/1.


    agoda ada option free cancelation juga(tengok hotel mana yang bg buat mcm tu..) free cancellation ni conoth nya kalau sy cancel sebelum 26/1 (bg kes di atas), duit dari kad kredit tidak akan ditolak.

    Kalau sy cancel pada 27/1...rugilah sebab tak duduk hotel tapi duit tetap ditolak..hehehehe dlm kes ni, refund pun xde.

    kena baca syarat2 agoda ni.

    tapi agoda best, sgt murah berbanding yang lain... plus kdg2 last minute dia ada offer smpi 50%(ikut nasib n rezeki masa kita surf tu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde kad kredit. :)
      Sebab tu prefer cash payment masa check-in.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)