05 July 2015

18 Ramadhan : Ziarah Pusara Bonda


5 Julai 2015.

Lepas sahur tadi, adik bongsu whatsapp tanya nak pergi ziarah pusara arwah mak tak hari ni? Aku kata ok je, rasa rindu nak ke sana jenguk mak.


Ikutkan beberapa hari sebelum bulan Ramadhan aku dah pergi jenguk pusara arwah mak. Masa tu belum tanam lagi pokok atas pusara. Ateh yang datang tanam. Jadi nak pergi jenguk perkembangan pokok tu, hidup ke tidak.


Ingatkan Aina tak ikut sama sebab adik bongsu awal-awal dah cakap dia datang seorang, kalau nak tunggu Aina bangun...tengahari la jawapnya. Tengok-tengok anak dara kecik ni terjaga awal tu yang terus ikut mama dia datang ke pusara nenek.

Boleh pulak masa aku tengah bacakan yasin tadi (surah yasin dalam hp) , Aina duduk atas riba aku lepas tu cakap "Cikda....nak main game!"... Hadoiyai...sabar jap Aina, CikDa nak abiskan baca yasin ni hah...

2 comments:

  1. Akk selalu teringat awak yang bongsu tau..hihi..
    Alfatihah utk arwah mak awak dan semua muslimin dan muslimat yg dah meninggalkan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la KekDa, Yani ada adik bongsu yang kerja doktor tu. Terima kasih kak, mendoakan...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)