29 March 2015

Tahlil dan Yasin Genap 1 Tahun Arwah Mak


29 Mac 2015.

Genap setahun arwah Mak pergi meninggalkan kami semua. Kami adik beradik berkumpul semula di rumah pusaka malam tadi (28 Mac 2015) untuk buat tahlil dan bacaan Yasin untuk arwah Mak & Abah. Syukur Alhamdulillah semua adik beradik dapat balik berkumpul walaupun untuk tempoh masa yang singkat.


Kami dapat berkumpul menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Lepas solat Maghrib kami sambung dengan bacaan tahlil dan bacaan Yasin.


Entah bila dapat berkumpul lagi bersama-sama macam ni...tahun ni raya di rumah mertua masing-masing. Masing-masing sibuk dengan keluarga dan kerja. Hanya kami yang duduk di Melaka ni je yang boleh dikatakan kerap berjumpa. Nasib baik aku babysit Aina hampir setiap hujung minggu, dapatlah jumpa dengan adik bongsu sekerap mungkin.


Untuk makan-makan selepas solat Isyak, kami menyediakan makanan dan minuman secara potluck. Along bawa balik roti sarang lebah dan brownies choc walnut. Ateh buat nasi lemak, sambal, ayam goreng berempah, dan cocktail. Alang bawa sambal udang. Adik bongsu bawa side menu nasi lemak; ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, telur dadar dan timun. Aku macam biasa...ditugaskan sedia pinggan mangkuk cawan dan bancuh air teh o serta sirap limau. Aku tambah sedikit makanan dengan kuih bakar dan kuih tat.


Masa ni la seronok bila dapat jumpa anak-anak buah. Macam-macam kerenah ada. Berbual panjang sampai lewat malam.


Dari kiri : Bangah, Alang, aku, Adik Bongsu, Ateh dan Along

Bergambar bersama-sama adik beradik. Inilah penyambung kasih sayang arwah mak dan abah. Masing-masing ada iras arwah mak dan abah.

2 comments:

  1. Al-Fatihah. Esok 30/3/2015 genap 3 tahun arwah nenek pergi pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat-dekat tarikh pemergian orang tersayang kita, kan Lea? Al-Fatihah juga buat arwah nenek Lea....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)