29 March 2015

Ziarah Pusara Mak Abah


30 Mac 2015.

Pagi semalam (29 Mac 2015), Along ajak adik beradik menziarahi pusara arwah Mak dan Abah sebelum bergerak balik. Kami bergerak dua kereta. Memula ke pusara arwah Mak di Paya Rumput. BangLong buat tahlil kecil di pusara mak.


Lepas tu bergerak ke Bukit Darat lalu Pantai Kundor untuk melawat pusara Abah pula. Rindunya kat Abah...15hb April ni tarikh hari lahir arwah Abah.


Masa nak bergerak balik, suami tunjuk ke arah satu kubur bertentangan dengan kawasan perkuburan arwah Abah....ada 1 ekor kucing duduk di sebelah satu kubur. Tak berganjak langsung bila dipanggil.

Along ajak singgah rumah Nyah (kakak kepada arwah Abah), yang terletak berdekatan kubur Abah. Bila dah singgah, dihidangkan pula dengan makanan dan minuman...lama juga duduk bersembang.


Bila dah berjumpa sedara mara ni, soalan wajib ditanya semestinya "Dak Ida dah ada anak ke belum?" Aku sengih je...sambil tunjuk kat anak-anak buah "Ni semua anak-anak Ida lah ni"

Mak sedara pun ada yang menegur, kata raut wajah Aina ada iras aku...gelak je la. Jawapan aku senang je..."Aina duduk dengan mama dia, ikut la muka mama...Aina duduk dengan CikDa, dia ikut la muka CikDa. Jadi anak CikDa!" Huhuhu....

2 comments:

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)