12 March 2015

Cekodok Pisang 40 Hari

12 Mac 2015.

Ni gambar cekodok pisang 40 hari yang buat tempohari. Haritu pergi pasar beli barang basah dan kering untuk stok seminggu. Lalu depan kedai buah-buahan dok pandang pisang emas nak buat cekodok. Belek-belek macam tak berapa lawa kulit dia (memilih pulak eh?), tanya budak kedai tu, pisang apa selain pisang emas yang boleh buat cekodok? Dia kata pisang 40 hari pun boleh. Aku kan bab-bab pisang mana la kenal sangat. Huhuhu...dah tak kenal, rajin-rajin lah bertanya ye...jangan jadi bodoh sombong.

Kenal pisang 40 hari?
Meh tengok gambar...ni gambar hasil google ye. Pinjam dan kredit pada blog Zatajul. Rupanya nama lain bagi pisang 40 hari ni ialah pisang lemak manis, pisang boyan, pisang mantan dan pisang bulin.



Aritu dah pernah buat cekodok pisang emas (rujuk entri bulan Januari ni : Cekodok Pisang Emas). Kali ni pakai resepi yang sama tapi adjust part sukatan tepung gandum dan gula pasir tu. Belajar dari kesilapan, bak kata orang tua.

Bahan-bahan:
4-5 biji pisang 40 hari
2 sudu gula pasir
Secubit garam
Sedikit baking powder
Tepung gandum

Cara Memasak:  
1) Lenyekkan pisang, lepas tu campurkan dengan gula dan garam.
2) Masukkan tepung gandum.
3) Masukkan sedikit baking powder.
4) Gorengkan dalam minyak yang sederhana panas.

10 comments:

  1. sumpah seumur hidup akak, akak tak pernah dgr pisang 40hari. Mengapakah 40 hari? huhu. Nama lelain dia pun akak tak pernah dgr. Tp kalau tgk gambar tu sure akak kata pisang emas je.

    Oh. Akak seumur hidup juga, akak tak pernah buat cekodok pisang (T_____T)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehu..Yani pernah dengar dulu arwah mak sebut nama pisang ni. Tapi biasa la time arwah mak ade dulu mana ade usaha nak belajar kenal jenis2 pisang dari mak...semua buat x heran je. Skrg baru nak terhegeh2 nak bertanya org yg menjual...free2 je kena gelak sebab tak kenal jenis2 pisang.

      Yani pun tak sure kenapa nama pisang ni pisang 40 hari. Ada yang kata sebab pisang ini akan masak lepas 40 hari keluar jantung, ada pula yang kata sempena kebiasaan amalan menghidangkan pisang ni dalam majlis jamuan tahlil 40 hari lepas arwah meninggal. Wallahualam....

      Owh btw....Yani pun baru belajar masak cekodok pisang umur nak masuk 32 tahun ni hah....

      Delete
  2. Cantik elok bulatnye cekodok itu...tak macam akak punye,bersegi2..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nuriz..ni sebab cedok adunan masuk dalam frying pan pakai sudu...kalau celup pakai jari, memang berbonjol2 bentuk dia...huhuhu....amatur macam Yani ni memang first2 skema kat dapur....hehehe!

      Delete
  3. i pon x kenal pisang... i tau pisang goreng ja :-P hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe....Kat rumah arwah mak ni, ada sebatang pokok pisang, tapi Yani x tahu apa jenis pokok pisang ni. Masa arwah mak ade, x de teringat nak tanya. Ni tunggu berbuah baru tanya kat mak2 sedara yg pandai tgk pokok pisang jenis apa....

      Delete
  4. serius x tahu pon ada pisang nama 40 hari.
    gambar tu mcm pisang emas.
    kalau belah kedah, guna pisang wak buat cekodok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Sue....kalau tengok fizikal pisang ni lebih kurang macam pisang emas. Tapi bezanya, kalau nak kopek kulit dia...dia akan melekat sedikit kat isi pisang.

      Delete
  5. saya pun baru tahu yang pisang 40 hari boleh buat cekodok pisang.. sebab ada orang cakap yang pisang 40 hari tak boleh buat cekodok pisang, sebab nanti dia akan berminyak sangat.. tp saya tak pernah try la buat.. hihhihihi.. maybe kena cuba buat dulu ni.. nampakn sedap je tengok cekodong pisang tu.dapnyaa.. thank you share resepi cekodong pisang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, semoga Puan Siti dapat manfaat dari entri ni dan dapat cuba buat cekodok pisang menggunakan pisang jenis 40 hari ni.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)