13 March 2015

Minggu Penuh Kesyukuran

13 Mac 2015.

Alhamdulillah, murah sungguh rezeki sepanjang minggu ini.
Awal minggu ini, asalnya sekadar mengusik kawan sepejabat yang tak tahu nak buat apa dengan baucar buku yang dia dapat. Cakap dengan dia, kalau dah tak tahu sangat nak beli apa, apa kata belanja belikan buku motivasi untuk aku. At least, dapat juga pahala setiap kali kita kongsi-kongsi baca buku tu.

Ingatkan mati cerita kat situ je la, sekali kawan whatsapp masa kat kedai buku tanya nak beli buku apa. Memula menolak juga, cakap bergurau je, tak serius pun. Dia insist nak belikan juga, alang-alang pilih buku Q&A Perihal Keluarga Bersama Ustaz Kazim Elias. Datang-datang pejabat, tengok-tengok buku dah ada atas meja. Alhamdulillah dan terima kasih sangat!

Bos pergi seminar di Thailand, balik berikan buah tangan pada staf. 
Alhamdulillah, dapat sehelai pasmina. Cantik!
Rezeki lagi.

2 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah....rezeki yg Allah datangkan dengan cara tak dijangka...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)