14 January 2015

Tiada Lagi Restu Bonda Tercinta

13 Januari 2015.

Hari ini genap 6 tahun ulangtahun aku sebagai penjawat awam. 13 Januari 2009 - 13 Januari 2015. Jika sebelum ini, arwah mak akan jadi insan pertama di awal pagi yang mendoakan diri aku, kini semua tinggal kenangan. Tiada lagi doa dan restu dari seorang mak. Berkat doa seorang mak tu sangat kuat, tiada hijab dengan Allah SWT.

Setiap tahun, setiap kali sampai tarikh 13 Januari aku akan bawa arwah mak makan-makan di luar, meraikan kesyukuran bersama-sama. Dah macam tradisi. Tahun ini inshaAllah aku akan sambut secara sederhana dengan adik beradik nanti.

Banyak mana pun gaji kita, tinggi mana pun pangkat yang kita ada sekarang...tapi kalau tak dapat diraikan dan direstui oleh seorang ibu/ayah.....tiada ertinya. Inilah yang aku rasakan saat ini. Sayunya rasa hati, hanya Allah SWT sahaja yang tahu....rindu Mak, rindu Abah!

4 comments:

  1. happy gomen servant anniversary :)
    Me thun ni baru nak masuk tahun ke 4..jauh lagi perjalanan kita kan,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Umi, and yup...jauh lagi perjalanan kita nak menuju alam pencen. :)
      Tapikan....bila dah sibuk dengan kerja seharian...terlupa sudah dah makin banyak tahun berkhidmat....sekejapan je rasa...

      Delete
  2. alfatihah buat ayah dan ibu yani... InshaAllah, berkat doa ibu ayah yani masa hidup dulu, kesannya sehingga ke akhir hayat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah harap2nya begitulah...tapi memang perasan sangat sekarang ni berbeza kehidupan "dengan" dan "tanpa" restu arwah mak ayah....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)